Wednesday, July 30, 2008

Ayam Goreng, Money Order dan Bas Yang Belum Sampai

“Pegi mana Leman?” sapa Haji Salleh dari dalam kedai kopi Jaafar.

”Pejabat pos” Leman jawab malas-malas. Mata tengok kat selekoh, kot-kot ada bas datang.

”Ambik rebet cukai jalan ke?” Haji Salleh cuba memancing borak. Dia tahu Leman ada Honda EX5. Bawak pegi kebun. Bawak hantar anak pegi sekolah. Bawak bininya, Milah pegi pasar malam kat depan masjid. Dan selalunya lepas Asar, anaknya Rahim Darjah 6 buat main pacak-pacak kat jalan lurus depan masjid. Mesti motor tu dah buat cukai jalan.

“Ha’ah” Leman jawab lagi. Ringkas. Malas nak melayan. Apa dia ingat pejabat pos tempat ambik rebet aje. Dulu masa minyak naik, Haji Salleh sampai ketuk-ketuk meja kat kedai kopi Jaafar. Bencikan kerajaan. Bencikan Perdana Menteri.

Sudahnya Leman dengar, Haji Salleh jadik orang nombor tiga beratur panjang ambik rebet. Subuh Syafi’ei dah keluar rumah. Cuma tak dapat lawan Ajis dengan Ujang Tembun. Diorang lagi pagi. Balik dari dangdut kat Bahau terus tidur depan pejabat pos.

”Kayo lah pakcik tengahari kang, Leman” Haji Salleh macam sedikit menjerit. Dua tiga orang kutu tengah main dam kat kedai Jaafar sengih-sengih.

”Kayo atuk lu” getus Leman dalam hati. Dia ingat pejabat pos boleh buat orang kaya ke? Setakat bagi RM150, buat isi full tank EX5 pun tak boleh tahan setahun.

Leman toleh lagi ke selekoh. Tengok kalau-kalau bas datang. Ikut hati memang dia naik motor aje pegi pejabat pos. Tunggu bas memang buat sakit jiwa. Tapi Husin Janggut kasitau tadi polis ada buat road-block. Nak cari budak pusat serenti lari. Cuak jugak Leman. Tak pasal-pasal kang motor kena angkut.

Leman toleh lagi. Kedai Jaafar ramai orang. Haji Salleh senyum tengok Leman. Dia nampak Leman parking motor kat tempat biasa tadi. Terus datang tunggu bas. Macam orang lain jugak. Pergi pekan mau jimat minyak. Motor tinggal, naik bas bayar 50 sen. Macam orang lain jugak.

”Aduh lambatnya” bisik Leman lagi. Ada 4 orang wanita lain tengah tunggu bas. Macam senang hati bunyinya. Ada bunyi jugak nak pegi pejabat pos. Nak tukar money order anak kirim dari Kelumpo.

Ah! Money order. Leman jadi resah. Itu jugak tujuan Leman ke pejabat pos. Money order jugak buat Leman jadik malas jawab soalan Haji Salleh. Money order jugak buat Leman resah seminggu dua ni.

Dah tiga money order Leman dapat. Rashidi yang kirim. Dalam surat katanya untung dia meniaga ayam goreng kat sekolah. Ah! Leman jadik makin resah. Mana mungkin budak asrama meniaga ayam goreng. Kalau untung pun takkan boleh hantar 3 money order. Satu keping RM50. Kalau sudah 3 keping?

Leman toleh lagi. Bas belum jugak muncul. Hati Leman jadik lagi resah. Apa lah yang dibuat Rashidi sampai dapat kirim money order. Nak tunggu balik lambat lah pulak lagi. Pergi camping lah, rombongan ke Putrajaya lah. Nak tunggu telefon tak jugak. Selalunya seminggu sekali telefon mintak duit. Ini dia pulak yang bagi duit.

”Ko pun tunggu bas, Leman?”

Leman tengok belakang. Haji Omar muncul. Pakai baju smart semacam. Gaya pun macam nak pegi pekan.

”Ha’ah, dah berdiri pun kat sini, ji!. Nak ke mana?” Leman jawab sambil senyum.

”Pejabat pos” Haji Omar balas sambil berdiri makin dekat.

”Ambik rebet ke?” tanya Leman pulak. Walaupun dia tahu Haji Omar takde motor. Ke sana ke sini naik basikal. Cuma pergi pekan aje dia naik bas. Macam orang lain jugak.

”Rebet apa jadahnya, basikal aku tak pakai cukai jalan pun”

”Habis tu, kirim duit?”

Money order, ni si Budak Form One tu ngirim ke aku. Entah apa gile nya dapat duit banyak. Niaga ayam goreng kat sekolah katanya” Haji Omar cakap sambil tunjuk 3 keping money order. Satu keping RM50. Bangga kot dengan anak bongsunya tu.

Money order? Ayam goreng? Leman jadik makin resah. Memang lah Rashidi dengan Budak Form One member sekampung. Memang lah Leman dan Haji Omar pun kebun sebelah menyebelah.

Tapi apasal pulak dua-dua sekali boleh kirim duit? Apasal pulak dua-dua sekali dapat untung jual ayam goreng jugak?

Haji Omar makin rapat. Terus pegang bahu Leman. Macam dapat baca Leman tengah resah. Jiwa kacau kata orang muda.

”Aku tak kisah sangat pun, Leman. Kecik-kecik dah pandai bantu orang tuanya, dah keje nanti lagi lah senang kita ya” Haji Omar tersengih.

Leman jadik makin resah. Bas pun tak muncul-muncul. Lagi lah Leman jadik resah.

8 comments:

TOOLBOX said...

Scenery luar daipado laman Sekolah & Pokan Tampin. Bagus!.. buek cerblog lu makin best. Lopeh ni agaknyo ado scenery kek dalam bilik dresar sepita tampin pulak :p

Gua raso tontu Leman, Hj. Salleh, Hj. Omar dll org kampung raso menyosa tak sudah.. beraso bodoh amek2 tak mengundi calun Parti Pundak marin tu. Kalu tak.. tontu dah buleh ulang-alik poie pokan naik bas dabel dekkar ado air-cond.

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

woi cerita mende ni woi?? gua dah panik ni..ayam goreng mende pulak tu..??sambung lekas..

Anonymous said...

pp,
lu tinggal bus lah, bro. ini sudah masuk bab ke berapa pun wa tak ingat.

bro,
gila lah lu boleh pakai perkataan dresar. bapak punya old skool lah dresar tu.

Anonymous said...

Lopeh ni agaknyo ado scenery kek dalam bilik dresar sepita tampin pulak :p....mmg pun bro dresar tu kalu buek kojo mmg mengalahkan doctor pusrawi ekekek..hebat eh mengalahkan pakar sakit tuan ...tapi sian yo den nengok si leman tu terkobil2 biji mata dio nunggu bas x tibo2..hj salleh plak tanyo soalan2 maut kek dio bengkek yo leman ikutkan hati eh tu mahu je dio bagheh capal jopun tat sing eh kek muko hj salleh...tp konangkan org tuo buek tak tau yo lah...esok luso mesti dah xterdayo laei dok kodai kopi jaafar takdo la tgk laie muko dio.

LuciusMaximus said...

haha, ada jugak scene orang tua kat kampung. bagus, drama melayu mesti ada babak kampung, kedai kopi, bus stop pastu orang tua bersembang pasal anak kat pekan...

bagus niaga ayam goreng, kat asrama dulu aku niaga gak, tapi arnab goreng. tak pernah kirim money order pun, duit semua abis aku buat joli dulu

Anonymous said...

Ayam goreng.. kalu wa dulu duk asrama ayam goreng, nasi lemak istilah rokok, memang laris woo kalu lu berani dan politik lu bagos dlm negara asrama...

The.Libyaman said...

jang,
apo buleh buek, bas manjang lambat yo kat tompek den.

max,
bapak punya maju sekolah lu. orang masih makan ayam sekolah lu dah berani goreng arnab.

cyclone,
abis bang takkan mau cakap lu ada nasi lemak sebatang?

n a s e h a said...

tak boley ckp nogori la
ckp terengganu boleh la
=)