Tuesday, July 01, 2008

Selalu Sangat di Padang Bola Pun Jemu Juga - Santokh Singh

Menulis blog bukan lagi sesuatu yang mudah. Terutama jika lu hanya bermodalkan politik. Sebab itu gua tulis cerita Cikgu Roslan.

Kalau gua cerita pasal kerajaan yang membazir, makcik dari Felda Pasoh 2 pun dah mula tahu. Hari ini lah. Lepas-lepas pilihanraya ke-12. Makcik dari Felda Pasoh 2 sudah mengerti, Barisan Nasional ialah kapal Titanic. Mulanya saja unsinkable.

Kalau gua tulis pasal menteri yang korup, bagi projek pada kroni, bini beli handbag satu lori atau pun bekas Menteri Besar yang buat jalan muat satu kereta di tengah sawah bernilai jutaan Ringgit, orang akan kata, ya, gua pun sudah baca cerita tu di blog orang lain. Atau mungkin juga di portal lain.

Lagi pulak Kalau mahu cerita Anwar Ibrahim. Aduhai! Tak sudah-sudah dengan Anwar Ibrahim. Sedang elok-elok kita bersantai mengira hari untuk bergerak ke Putrajaya, muncul satu lagi bala.

Ujian-ujian seperti ini sebenarnya bala. Bukan Balakrishnan. Bala dari Tuhan.

Kalau ditulis tentang Anwar Ibrahim, jadik macam burung kakatua pun iye jugak. Blog si anu cerita yang sama, portal yang itu cerita sama, bukak suratkhabar apatah lagi. Jadi ada baiknya kita lupakan sekejap cerita-cerita yang begini.

Politik, hanya kemasyhuran dunia sahaja. Tak lebih dan tak kurang.

Cuma, gunakan lah akal untuk menilai. Jangan sokong membawa rebah. Jangan ikut-ikut orang. Tapi kalau ikut-ikut untuk berdemo itu, sangat patut. Tambah bilangan penentang. Bagi goyang sikit lagi, terus runtuh.

Dan, logiknya Kak Wan itu seorang doktor mata. Khabarnya pakar bedah mata. Dan khabarnya lagi lulusan Royal College of Surgeons, di Ireland. Jika lu nak kata dia bodoh kerana bersuamikan seorang peliwat, lu juga mesti membodohkan kumpulan manusia intelek di Ireland yang pernah memberi Kak Wan anugerah emas ketika usia pengajiannya di bumi Irish dulu.

Bodohkan sekali anaknya yang kini menjadi MP Lembah Pantai kerana masih mahu mengiringi bapanya seorang peliwat. Juga kumpulan pemikir dan intelek yang menghurung seorang peliwat itu. Setiap masa, dan setia tidak berganjak. Kecuali Ezam, yang kecewa.

Bagi gua, cuma itu sahaja yang masih menjadi benteng untuk gua percaya, menyokong dan berdiri teguh dengan penentangan yang diteraju Anwar Ibrahim. Oleh kerana ketika 1998, ramai kalangan yang tidak berpeluang menyertai gerakan reformasi, kali ini jika berlaku lah sekali lagi, jangan lepaskan.

Mungkin boleh jadi labun untuk anak cucu 20 tahun akan datang. Cubalah jadi sebahagian daripada sejarah sikit. Sekurang-kurangnya.

Malam ini cuba kita ke Shah Alam. Tengok apa yang ada. Balik rumah baru boleh sambung cerita Cikgu Roslan. Punktlich.

3 comments:

mama said...

salam.
so apa cerita di shah alam tadi? cerita la sikit.

Kurie said...

Ada satu istilah yang buat aku geli hati dalam bolasepak masa aku main kat kg dedulu...

"curi ayam"...

ada relate dengan apa2 tak?

adios...

Doughlicious Cafe said...

err...pandai belajar tak semestinya pandai akal fikirannya...:)