Petang tu, cuaca okay jugak lah. Tak panas mana pun. Dah 3 petang hari hujan. Kaki bola seme buat muka monyok kat asrama. Mula-mula tu ada jugak yang turun. Best apa main bola dalam hujan. Tapi warden dah sound tak kasi main time hujan dah. Bulan lepas budak sekolah Dato’ Taha kena panah petir masa training hoki. Mujur tak mati. Patah aje, kayu hoki yang dia pegang tu.
Hari ni ramai yang happy balik. Dapat turun main bola. Kecuali Bob, semua hari sama aje. Lepas prep petang, dia landing sambil menangkup. Kipas dinding bukak speed 3, hala tepat kat kepala. Orang lain gedegung-gedegang bersukan.
Petang tu, cuaca okay jugak lah. Tak panas mana pun. Rashidi baru balik dari dewan makan. Lepas solat Asar. Ambik biskut dengan air teh o. Join minum dengan bebudak surau kejap. Cerita pasal akhirat. Dan juga ilmu-ilmu silat terbang.
Masa nak siap turun main bola tampar, budak Form One entah muncul dari mana tiba-tiba datang bagi salam. Masuk bilik sambil parking selipar Tat Sing kat tepi pintu.
”Kau nak turun riadah ke?” budak Form One yang mula bertanya. Diorang nie member sekampung. Dah lama kenal tapi umur beza dua tahun. Kalau bukan depan senior, memang dia main kau aku aje dengan Rashidi.
“Main bolatampar” Rashidi jawab tarik satu baju dari hanger.
“Boleh cakap kejap?”
“Apahal? Muka cam problem aje kau ni.”
Budak Form One tengok dulu dalam bilik tu. Selang 4 katil, Basiron dengan Khaidir tengah lepak. Dengar radio kecik. Bukak stesen Johor Baharu FM. Petang-petang nie layan DJ si Manis Syam. Ramai budak tahu, Basiron selalu hantar surat minat dengan DJ tu. Tapi tak pernah pulak bebudak nie dengar cerita dia dapat reply.
Katil lain semua clear.
”Aku cakap dengan kau, tapi jangan kasitau sesapa” budak Form One cakap dengan volume yang lebih rendah daripada radio si Basiron.
”Macam besar aje. Cakap lah cepat” Rashidi dah siap dengan stokin sekali. Bangun. Berdiri.
”Aku kena ehem ehem lah dengan Abang Pudin” budak Form One punya suara dah macam berbisik pulak.
”Kau ni biar betul? Jangan main-main beb, buat malu orang kampung aje”
”Betul, aku serius, tu pasal aku jumpa kau. Nak mintak tolong”
Rashidi macam tak percaya. Tapi budak Form One nie muka memang nampak innocent. Layu aje. Lagi pun dah lama kenal. Takkan member sekampung nak kelentong. Dulu masa orientasi, Rashidi selalu tengok-tengokkan member sekampung ni. Banyak kali jugak lah, nak-nak masa tasmik. Takkan member sekampung nak kelentong.
“Kau nak aku tolong apa?” tanya Rashidi. Duduk balik atas katil.
“Aku nak mengadu tapi takut pulak kalau kena belasah. Kengkawan Abang Pudin semua ganas-ganas”
“Habis tu takkan aku pulak nak mengadu? Form 3 bukan senior pun!”
“Kau tahu cemana nak cakap dengan Abang Bijan? Dia mungkin boleh tolong panjangkan ke Cikgu Roslan. Atau pun ke Guru Besar”
“Aku dengan Bijan tu pun tak biasa gak. Tapi nanti aku tanya akak angkat aku si Nadia. Dia baik dengan awek Bijan”
“Aku mintak tolong sangat ni. Aku takut lah. Nak jumpa terus memang tak berani”
”Okeh, nanti aku cuba. Apa-apa hal aku kasitau kau” Rashidi cuba berjanji. Dia tahu, nak borak dengan senior bukan senang. Macam lah jauh sangat beza umurnya, tapi nak buat cemana. Nak pegi jumpa dalam bilik lagi lah takut.
Masuk bilik senior kat tingkat atas tu macam rasa nak pegi mengadap polis trafik mintak kurangkan saman. Biasa yang pegi sebab nak kena tempeleng, atau pun pegi sebab hantar biskut dengan air teh o. Oh, ada satu lagi. Tolong sampaikan surat atau pesanan daripada awek diorang. Kalau takda hal tu, jangan gatal-gatal pegi melawat. Tak pasal-pasal kena jadi tukang urut badan pulak.
Oh! Kecuali Osman. Dia adik angkat Azhari Miskon. Tapi dia pun kem Pudin. Setakat bilik Pudin aje dia boleh masuk. Pernah sekali dia pegi bilik Bijan. Tapi lepas tu asrama kecoh Bob mengamuk adik angkat dia kena tasmik sampai menangis dek Bijan.
Sambil jalan turun tangga. Nak pegi main bolatampar. Rashidi nampak sayup-sayup kat belakang dewan makan. Depan tangga surau perempuan. Badan nampak gebu-gebu macam Rohaya Sabirin.
”Tapi sapa pulak budak lelaki kurus pakai spek tengah borak dengan dia tu?”

19 comments:
Hahahahaha!!! This is THE moment of truth. Sorry bro. Kalau part2 ni memang kena speaking London pasal bahasa ibunda ada sikit fail. Dapat kredit je...
Kalau betul budak form one boleh buktikan claim dia, tanpa bantuan SD, tanpa perlindungan Pengawas2, maka wa dengan penuh rendah diri.... sanggup.. sanggup.... tengok wayang dengan MONYET!!!
Apa lu ingat gua giler nak cium tangan si Bijan mintak ampun? Piiiirah!!!!
Baik tengok wayang walaupun dengan MONYET!!!!
Pudin, tunjuk sikit skil lu.... Satu Tampin nak tengok ni...
weh, day banyak sangat watak ni, tak terikut aku, ngalahkan telenovela dah ni!
wak,
apakah masa lu sama banyak macam masa gua sampai adaaaaa banyak masa nak ikut kisah ni? haha mana lah gua nak carik monyet ni nak suruh lu bawak pegi tengok wayang
max,
baik lu biasakan dengan watak-watak ni. nanti bila lu baca harian metro, takde pening sangat.
citer lu beb mcm si*l...putar belit byk sgt poning wa nak fahami satu persatu...kejap masuk azahari miskon xpsl2 ape kejadah dlm ini filem...lu nak kaitkan pun biarle ade kena mengena skit bro...tp wa rasa la lu xtau sgt kisah sbenarnyakan???ehehehe
Bro baba... Salam...
Masa wa takler banyak sgt. Ada sikit2..wa cuma "prioritise" apa mende yg wa nak. Minda ni pepagi memang kena kasi dia jogging sikit. Petang2 pun. Sebelum sign-off.
Ada la 3-4 sites dalam dunia cyber ni yg wa cuba keep up-to-date... mcm lu punya contohnya. Abg Shamudin (Jolobu lagi...) Rais pun lagi satu... Niamah! pun boleh tahan... Off-the-cuff and in your face. Perh!!! Omputih kata "intriguing".. Baru ada kick bro... Lu punya berat satirical tapi ada citer dia... ada.... ada kick......
So? Azman apa citer ni? Tak mencelah? Bila lagi nak masuk daun??
Alahai lupa lak nak komen pada sesiapa yg tak paham, slow aka BENGAP.
Pada hobz, kalu lu slow sangat nak paham, takyah komen apa2. Lu baca la pasal sukan ke...ekonomi ke atau apa2 saja yg Sang Kelembai tulis...
Space ni, space satire (kebelakangan ni la..). Ada la citer dia. Kena selak2. Kena slow2...Tak paham gak, gi cari Metro. Takpun Sinar. Ha...tu bykla citer2 pasal GRO kat muka depan, manusia jumpa hantu polong ala2 Seekers dll yg memang sesuwai untuk sesiapa yg slow aka BENGAP.
Alkisah wa ingat lu ni memang manusia subsidi sejati. Semua nak kasi suap. Semua nak kena depan mata. Otak kaldai pun lagi terer kalau camtu...
Sorry ah Hobz. Lu tak control, wa pun tak nampak ngaper wa nak control. Wa tak kenal pun si Baba ni tapi.....
Kalau orang tua lu lupa nak bagitau lu dunia ni penuh dengan belit dan sembelit, takleh la den nak nolong....
gua benci tasmik.kene pukul pakai sejadah yg dah digulung halus.
senior juga macam haram.tapi,masa gua form 1,senior form five dah macam bapak orang muka dan badannya.memang seram lu nak one by one.
tapi,keluar town sban, kene jugak luku kepala diorang tu semua..paw cukup2.
salam..weh wak karto...lu mcm bgus sgt mcm lu yg bikin citer s***m ni...lu sendri xreti jln citer mcm ne yg lu nak sound wa pehal mcm best lu pirahhhhhhh!!!!peduli hajap wa la nak komen ape ke baba pun x heran lu plak lebih2 apehal wak karto...lu pi bikin temper la mcm abg angkat lu makan temper muko licin bg lawa skit xla mcm jawo toktok lu...ape pun sukat wa la k lu jgn nak kata2 lebih2 wa nak komen ape lu jgn sebuk2 la wa x sentuh pun anu lu tiba2 lu mcm rasa sengal2 kena apesal ???
hahahahaha! u r the Man la Hobz!! Syabas!!! Setotok2 abg angkat gua yg dah hensem berkat tempe (bukan temper bro... temper nak pronounce pun gua tak reti yg mana satu kan kan kan) dapat gak jajah Selangor sepenggal dua. Ntah2 lu pun tinggal kat Selangor. Kena jajah gak dgn si totok yg dah hensem tu.
Lu apa ada? Setakat nak komen2 camni je la lu boleh.....
Nway, kalu tak paham, wa tak ikut... Lu pasal B-E-B-A-L aka mentaliti subsidi 150% tu yg B-E-B-A-L tu nampak clear se-clearnyer... Org2 lain walaupun tak paham tapi bagi komen pun man2 je... lu kurang ajor... orang yg kureng kita kena la ajor sikit.. amalan Hod-hari maa....
Ok bro. Lu jgn kasi rosak site ni. Pergi baca benda2 lain yg senang lu paham.. Jap lagi ntah si Azman ke, Rohaya ke, ada nak ciluk ke mende, kang LU yg bernama HOBENZ lagi tak paham. Boleh ah bro? Baca benda lain ah?
Salam and apologies to baba & all...
cool down bebeh! kita kawan-kawan tak boleh lawan.
Jang,
macam kita masak nasi ayam masa bujang dulu lah. mewah dengan memacam bahan tumis. masuk dalam nasik dengan sup. buat sedap aje. tapi bila makan, biji pelaga@ biji puaka, kayu manis dengan bunga lawang kita tak telan pun. Bob, Azhari Miskon, Basiron dan Khaidir tu adalah contoh2 biji puaka, bunga lawang dan kayu manis.
wak,
rehat 4 hari lah. boss wa nak belanja pegi Langkawi pagi-pagi buto esok. jumpa balik Monday Morning Blues, atau Ahad malam. ahak ahak. cool down wak. I like you.
jorji,
wa rasa memang silibus tasmik kena belasah dengan sejadah bergulung lah. gua kesian sorang mamat tu kena, masa lampu surau kena tutup. sadis betul. syaitan mana lah punya idea belasah orang macam tu.
humang aih!.. apo lar lu org gado2.. tengok sampai f**k lah pun nak lopehkan jawatan dio
Eloknya kito semuo dok ontok2 sementaro baba poie langkawi. Nanti dio bolikan wak & hobenz cokelat & rokok sobab kek sanun murah
Bro, nanti lu cadangkan kek bos lu belanjo lu gi kelantan (baco gi golok) pulak yo.. have a blessed trip to langkawi
Marlboro Lights, hard box pls Baba....
Salam....
& Chocolate for the missus...
Enjoy the sun....
cit podah la wak toktok....aku x hingin jejak kaki hidup bumi abg angkat lu la...lu ye hari2 jilat abg angkat lu...kalu x mati la lu ekekekeke...apepun wa bukan heran sgt lu punya komen tp wa heran skit la apehal lu lebih2 mcm lebih sudu dr kuah!!!2 je wa mushkil yg lu sebuk2 nak sound2 pesal beb???ok la apepun buang karen aku je melayan komen bodos lu ni ok bleh blah la lu dengan
komen2 yg lu mcm bagus sgt2 tu...org jerman mmg mcmni kot style die ekekeek...
Sabor Hob....
Hari Jumaat..kita kena saling bermaaf-maafan...
Salam....
Tak Baik tau cakap abang Pudin camtu. Haha! Best lah cite u tulis ni. Baik Punya!
Salam baba...
Lu cakap lu cuti EMPAT hari je....
Ni dah masuk Selasa ni...
Aper citer ni si Bijan ni bro....
Nak gua buat report Missing Blogger ke aper?
haha wak, bos gua memang zalim lah. isnin dengan selasa pun wa tak diberi peluang bernafas. lagi pulak malam ni Pudin nak kena tangkap ketika berdebat, lagi lah wa sibuk. orang TV wak, tak keje kang ramai plak frust tak dapat tengok tv.
Malam ni ek? Pudin kena cekup lagi malam ni ek? Cunnnnn!!!!
Bijan tido lena ler gamaknyer...
Rohaya tak habih2 songeh. Confirm...
Masa berdebat nak kena cekup? PERHHH!!! Daring....Daring giler.... ni kena tengok LIVE ni...
Thanks baba. Bila wa boleh collect Marlboro wa?
Ehh.. dah balik dah baba :)
Gua ingat lu lambek sampai kinrara sobab kapalterobang pun kono tompoh bnyk rodblok.. err maksud gua airblok. Punyolah takut dgn demo abih semuo jln kono blok.
Gua baru lopeh tengok dobat. Tahniah utk DSAI kerano berjaya sampaikan dgn baik kehendak rakyat marhaen. Kesian kek Mentori Penorangan, dok berbuih mulut sobot bondo yg samo, tak menjawab soklan lopeh tu sorang peribadi anuar. Rakyat dah tak buto wlpun mato but, dapek menilai mana yg boto mano yg tak boto..
Post a Comment