Friday, July 18, 2008

Dialog 2 Orang "Gadis"

“Kau rasa plan nie boleh jalan ke kali nie, Man?”

”Insya Allah kak, saya kenal sangat si Pudin tu. Akak pun tahu kan macamana rapat saya dengan dia dulu”

Rohaya Sabirin meletup-letupkan jari. Kemudian mata tengok pada Nadia yang duduk kat tangga surau perempuan. Buat-buat macam tak dengar. Buat-buat belek buku. Lepas prep diorang terus ke sini.

Biasalah, budak sekolah agama. Nak jumpa dengan lelaki mesti ada teman.

”Biar akak cakap dengan abang Bijan dulu” Rohaya Sabirin kembali bersuara.

”Saya pun dah bagi clue kat dia semalam. Budak Form One tu pun dah mulakan keje dia”

“Kalau camtu nanti kita jumpa sekali, ok?” Rohaya Sabirin nampak semakin ceria.

”Malam kang lepas prep lah saya bawak Budak Form One datang jumpa dulu” Azman berjanji sambil bergerak perlahan.

Nadia bangun. Rohaya Sabirin melangkah. Perlahan. Kemudian mereka sudah beriring. Perlahan sahaja langkahnya, tapi penuh harapan.

”Kau rasa Azman tu serius ke nak tolong kenakan si Pudin ni?” Rohaya Sabirin macam berbisik ke Nadia.

Sambil tu mengerling ke belakang, melihat Azman yang sudah jauh hampir ke tangga gajah menyusur.

”Rasanya betul kot, dia dah lama tak join geng Pudin tu. Ada krisis hebat orang kata”

”Krisis apa pulak? Dulu aku tengok bukan main bersumpah seranah keramat ntah hapa hapa lagi?”

”Alahai, ada habuan tu dia join geng abang Bijan. Masa ngan Pudin dia tak dapat sangat”

”Tapi abang Bijan cakap dengan aku, diorang tak bagi Azman pegang jawatan”

”Orang macam Azman tu apa kira, dapat jadi ketua Dorm dulu pun takpe”

”Hehe, takpe janji dia boleh tolong kami” Rohaya Sabirin kembali tersenyum.

7 comments:

Anonymous said...

”Saya pun dah bagi clue kat dia semalam. Budak Form One tu pun dah mulakan keje dia”
budak form 1 ni bukan bleh caya sgt mentang2 la rohaya sabirin mantops...ehehehe tapi aku rasa la azman ni x mcm azhari miskon dia lain skit dia pandai skit la kot cover line ...pudin pun satu hal jgk kalu dah mkn pandai2 la menyorok belakang coridor ke atas syiling ke...ni dia selamber kodok je

Anonymous said...

salam ziarah from Dublin.. :)

Anonymous said...

Hob,

Nasib gua duduk. Idak kalu, nak terduduk gua gelak pasal si Pudin yg dok selamber kodok!

Honestly gua dah blur dah pasal pembabitan anak lanang si Miskon tapi si Azman ni memang menarik....Walau jawatan kecil atau tiada jawatan tapi nampak macam besor je bisa dia...

Anonymous said...

jhazkitaro,
waalaikum salam. ahlin! Dublin. Irish Pub. Bono. Apa lagi ya yang gua pernah dengar tentang Dublin?

hob,
nyorok belakang koridor tak boleh. ustaz dah tahu. atas syiling mungkin.

wak,
wa pun pening dah dengan cerita ni. versi suratkhabar wa tak mahu follow. wa kena dapat internal sources baru wa boleh goreng kat sini.

Anonymous said...

nampaknya cerita semakin panas dan mendapat liputan luar ni... teruskan bercerita ye.

LuciusMaximus said...

sial, aku jugak yang tak terikut cerita ni. baik yang kat suratkhabar, ataupun kat blog ni...

cerekarama betul la...

Anonymous said...

max,
lu fokus kira duit hilang aje. jangan buat benda lain. atau cari kerja lain.