Gua memang takda masalah dengan PAS. Dengan orang-orang PAS pun gua takda masalah. Cuma mungkin orang-orang PAS kadangkala bermasalah dengan gua. Itu cerita lain.
PAS pun bukan asing sangat dengan gua. Masa zaman puntung berasap lagi, keluarga gua dah jadi peneroka PAS. Tapi tak sampai ke mana pun, mungkin sebab bukan bersusur galur dari utara atau pun pantai timur.
Hj Hadi cakap, ia hanya satu muzakarah dengan UMNO, bukan nya kerjasama. Perlu dibuat perbezaan antara 2 perkataan itu. Khalid Samad pulak cakap, ia hanya taktik untuk lengahkan BN masa PR nak buat kerajaan di Selangor. Lagi satu Hj Hadi cakap, PAS bebas nak jumpa sesiapa, kerana Anwar jumpa SAPP pun tak bagitahu sesiapa.
Sebenarnya PAS ni pun manusia jugak. Bukan malaikat pun, walau berkopiah dan berjubah. Lagi pulak bila dah terjun dalam politik. Akal fikiran dan selera juga kena jadi macam orang politik lain. Jangan cuba untuk menafikan.
Tapi bukan satu kesilapan untuk cerdik pandai agama berpolitik. Cuma perlu pandai. Kalau pakai kopiah putih bersih tapi akal dan selera macam orang politik taik dalam UMNO, maka gua rasa baik lu bakar aje kopiah tu.
Dulu masa zaman gua cuba-cuba nak jadik Zack de La Rocha, rambut panjang paras bahu dan memberontak dengan idealisme Marxist, Hj Hadi telah berkunjung ke Mafraq. Sebagai pemberontak kononnya, gua mesti pergi untuk mendengar apa yang dia akan cakap. Masa tu dah hampir ke arah pilihanraya 1999.
Gua pun berdiri sekali dalam rumah yang sempit tu. Panas sebab orang ramai walaupun musim sejuk. Nak bersalam dengan Hj Hadi. Bila tiba turn gua dia terus cakap “Huh! Rambut panjang pun ada sini?” yang gua boleh tafsirkan, “budak rambut panjang pun ada belajar kat sini” atau pun “apa hal ni budak rambut panjang datang majlis ceramah aku?”
Sejak itu gua memang tak suka dengan Hj Hadi. Lagi pulak bila gua dengar ceramah dia malam tu. Takda apa yang best langsung. Tak berisi langsung. Banyak melayang dan berangan. Bukan orang politik.Jadi bila Hj Hadi, hari ini keluarkan statement yang gua tengok macam dah merapu. Kejap ke kiri dan sekejap ke kanan, gua tak rasa hairan. Sebab gua yakin Hj Hadi bukan pilihan terbaik yang PAS ada hari ini untuk menjadi Presiden.
Apa beza muzakarah dengan kerjasama? Kedua-duanya menuntut pertemuan dengan UMNO, satu kumpulan ahli politik jahat, busuk hati, tidak pernah ikhlas, berasaskan ras dan sanggup melakukan apa sahaja untuk terus kekal berkuasa. Tak faham, baca semula sejarah politik Malaysia dan buat catatan betapa busuknya UMNO itu.
Lu sanggup duduk semeja dengan UMNO atas nama muzakarah? Atas dasar kepentingan orang Melayu dan Islam? Wah! Sejak bila pulak UMNO ni menjadi pembela orang Melayu dan Islam? Mereka hanya membela kroni sahaja. Yang kebetulan beragama Islam. Juga yang bukan Islam.
Parti Buruh British ke yang menjadi dalang peristiwa di Memali? Parti Robert Mugabe ke yang selama ini memenjarakan ribuan rakyat di bawah akta zalim ISA? Tu yang ramai-ramai di Kamunting sudah masuk tahun ke-7 terpisah daripada anak isteri, ahli-ahli marhaen PAS itu, adakah mereka dipenjarakan oleh CIA?
UMNO itu lah yang menjadi musuh selama ini, yang memijak kepala dan kopiah orang-orang PAS selama ini. UMNO yang jahat dan busuk hati itulah yang selama ini menghina, mencaci memenjarakan ahli-ahli PAS. Tak ingat? Bukak balik suratkhabar lama. Cari di internet. Pergi ke library. Pergi ke arkib.
Ada yang baik yang pernah UMNO buat untuk PAS? Ada yang baik UMNO pernah cakap tentang PAS? Lagi-lagi sebelum PRU12. Cuba fikir semula, di mana PAS sebelum ini di hati UMNO? Cuba juga ingat semula, bilakah ketikanya perkataan muzakarah ini muncul?
Mengikut kewarasan gua, sejak gua pandai membaca, muzakarah muncul tiga kali sejak gua lahir. Pertama selepas kerjasama PAS-Semangat 46-Hamim-Berjasa, keduanya selepas kejatuhan Terengganu dan yang ketiganya hari ini. Tak faham? Berhentilah jadi ahli politik.
Anwar Ibrahim pergi berjumpa SAPP tu, nak ajak diorang join. Bukan Anwar Ibrahim nak join SAPP. Mengikut perkiraan bodoh gua ni, bila makin ramai yang join pembangkang, kerajaan Barisan Nasional yang jahat itu, yang dominannya ialah UMNO itu, akan tumbang. Pembangkang yang akan berkuasa. Termasuk PAS sekali.
Macam yang gua selalu sebut, peluang macam ini bukan datang selalu. Jika Pakatan Rakyat itu goyah sekarang kerana kes Anwar Ibrahim, lu bantu untuk kukuhkan. Bukan tolong runtuhkan. Ini mamat Nasharudin ni pun sama. Buat malu kompeni aje. Kalau lu memang ada niat nak jadik menteri, apasal masa kat Jordan dulu lu tak mahu register jadik ahli Kelab UMNO?
PAS tidak akan dapat kerusi yang banyak dalam Parlimen dan DUN seperti hari ini kalau pembangkang tidak bersatu, kalau Anwar Ibrahim tidak berkempen sama. PAS mendapat undi dari kalangan mereka yang bencikan Barisan Nasional, khususnya yang bencikan UMNO. Ini termasuk Melayu, Cina dan India. Jadi mereka memilih PAS, PKR dan juga DAP. Asal bukan nya UMNO.
Dan sekarang lu memilih muzakarah pulak dengan UMNO?
18 comments:
Spt biasa gua sentiasa respek dgn pandangn lu walau ada yg gua tak setuju.
Dua tiga empat lima kerat yg buat hal habis satu PAS lu marah & sampai bendera pun lu nak bakar :)
Permainan politik kotor desperado guna nama survival melayu & islam berkonsep serampang dua mata UMNO untuk; pecahkan PR & pecahkan PAS
UMNO ngan BN mmg babi
wei, jgn lah mengamuk dulu..pas belum kata nak masuk or join umno..barujer muzakarah...urut2 zakar jer...
lu dah ngamuk2 apahal..rileksss..la..
Semoga kita semua bersatu
zul..lu bacalah tulisan husam...kasi reda sikit lu punya hangin nak terkencing td tu...
Pagi ni memang aku dah hangin. Ape mende semua ni? Bukan nak cakap apa tapi si baba ni dah took the words out of my mouth. Contoh: Pra-PRU12 pernah ke UMNO aka Parti ke BANGSATan Melayu cakap yg baik2 pasal PAS? Pasal umat Islam Maysia? Pasal nak muzakarah lepas PRU12? Ada? Kalau ada kasi tunjuk.
Tapi pengsimpati2 PAS kat tempat aku cuba2 nak cover.
Please la... UMNO aka Parti ke BANGSATan Melayu ni takde niat lain kecuali urut2 zakar2 untuk political survival.
Kalu ini pu tak paham, tak payah bakar bendera. Join je UMNO aka Parti ke BANGSATan Melayu tu...
husam for president? no way, orang macam husam, dr hatta mahu pun mat sabu dan mahfuz, tidak akan ke mana dalam PAS. Kopiah putih masih lagi jadi tanda aras seorang pemimpin. tak kisah sama ada namanya muzakarah, kerjasama, duduk bincang atau pun study group, mengapa perlu dengan UMNO? biarlah PAS tendang si nasharudin ke takpe, jangan sampai semua ahli PAS kena jilat kahak sendiri. wa tak sanggup tengok. kesian.
ni la dia politik msia bro...lu xkan x masak2 laei kot!!!lu pk PAS ni beriya sgt2 ke nak ISLE?mu dop tau lg ko PAS ni GUANO agenda dio???menate puak2 taik piah putih ni weh!!!berselindung jah buke hok sengoti nok perjuang isle hok ala2 pas ni jah ...mu ni gak tau doh dio xsir ore supo mu gi dgr crmah dio mu gi bakpo bro???aku pantang betul la tgk muko HJ HADI ni betul2 aku geram sgt2...menate kero sungguh weh!!!!
Relax bro.
Nah wa kasi lu bendera. Sebab wa rasa kalu lu bakar bendera Pas, cipans umno tinggal tepuk tangan jer. Itu yg dorang nak. Itu puns matlamat dorang selama ni. To prove to everybody that Pas is an ass, and umno be seen as the saviour of Islam and them malays. Kenapa la baduts2 Pas ni senang sangat kena gula2. Nak sangat Kompressor ke?
Haji Hadi? Kutu ni la yg dulu sibuk tuduh umno memperjuangkan agama suku politik suku. Dan hasil mencampuradukkan agama dengan politik murahan? Kutu2 Pas yg sibuk nak bermu-pegang-zakar-aku-pegang zakar-muzakarah ni lah.
Semuanya cipanszi...
Orang politik dia tak bincang macam mana nak selamatkan negara.Dia bincang politik nak selamatkan negara.Ada beza tu.
Salam. Habis siapa yang betul ni? Poning...
Em bagi wa kalu pas nak diterima pada peringakat keseluruhan kena terima semua level be positive.. jangan ingat diri tu suci sangat.. tapi pada wa untuk terima pas wa akan terima jika parti keadilan takda last choice bagi tidak kepada bn.. gua tengok pas ni diblakang nye wahabi sebab fanatik satu tak caya lu tengok kalu dia orang dapat satu malaysia bersedialah untuk fight gan pas wahabi... islam bukan politik brader islam overall semua sekali.. rambut panjang.. nabi pun rambut panjang sampai bahu..pas kena renew buang hadi buang sabu buang pemimpin yang lebih kurang busuk cam umno 2X5 tu.. tonjolkan pemimpin yang berjuang dengan pemikiran.idea bukan jumut cam umno dan hikmah.
benz,
wa takda la nak sumpah itu macam. cuma wa rasa dia tak bleh nak jadi ahli politik kat M'sia nie sebab dia gagal nak suaikan dengan suasana. baik dia jadi tok guru ngajar masjid rusila aje.
tarings,
wa hanya akan bakar kalu diorang join UMNO. wa tahu diorang xkan join punya tu sebab wa berani kata nak bakar. tapi kalu mati Nik Aziz, wa tak tahu lah apa macam. Kecuali orang seperti Husam dan Mahfuz atau Dr Hatta jadi teraju. Bagi gua orang Islam yang macam tu lagi matang berpolitik dalam PAS.
yuzy,
itu pasal lah wujudnya orang yang macam tu dalam PAS ni. Dalam politik ada negara dan dalam negara ada dia.
kak,
bukan nak cari sapa betul pun. cuma duduk semeja dengan UMNO, lepas PRU12, kononnya untuk survival orang Melayu dan Islam, adalah satu tindakan bodoh. Apa juga keadaan, UMNO tu tetap UMNO, takkan berubah punya. Cuba baca Khir Toyo punya posting. Rasa nak menangis ada, nak gelak besar pun ada.
cyclone,
wa rasa wahabi tu x ada lah kot cuma nampak PAS masih lagi kuat dengan kumpulan konservatif nya tapi bukan wahabi lah sebab wahabi tu pun sebenarnya takde. momokan orang aje. PAS akan lebih hebat bagi gua jika peluang diberi kepada profesional untuk jadi teraju, biar mereka yang berpolitik sebab gua tengok diorang lebih matang. Husam, Mahfuz, Dr Hatta, Ir. Nizar dah pun buktikan diorang memang bagus dan disenangi ramai. Tapi masalahnya, PAS tetap akan pastikan lulusan agama jadi teraju. Bila kumpulan ni yang bercakap, hanya Nik Aziz aje yang gua tengok bijaknya. Wallahu'alam.
Tuan guru nik aziz pon x mboh bermuza2 nih.aritu die komen kuar kt tv3.hmm x tau le ape si hj hadi dok pikir la ni....
Buang masa jer lu nak nangis baca apa khir toyo tulis. Kalau gelak takpe sebab tulisan dia memang lawak, cam seloka pak kadok yang dah hilang kampung.
Haritu bukan main mengutuk dia tulis anuar dgn mimpinya last-last dia pulak nak mimpi-mimpi basah berurut zakar dgn pas..
UMNO ngan BN mmg babi
eizuaf,
tu pasal wa kata hj hadi patut pencen aje. mudah sangat kena goreng. hj hadi, ini politik lah. budak sekolah pun dah boleh baca.
bro,
gua kagum jugak dengan khir toyo ni. dia memang jenis muka relaks. kekadang rasa macam kalau ada depan muka, memang lu nak bagi penumbuk kasi pecah aje.
kita takleh masuk jerat yg sama 2 kali.buduh lah kalau masuk jugak..kene jugak.
Gua jumpa tuan guru jumaat lepas.dari riak muka dia,dan juga kat TV3,dia tak setuju.
gua yakin dengan Tuan Guru!
lu bodoh la...PAS tak buat apa lagi pun. apa sengal lu. diam2 suday
Post a Comment