Tuesday, July 08, 2008

Apa Yang Kecoh Sangat nie Bro?

Carburetor Dung, sewajarnya mengucapkan terima kasih kepada penonton-penonton agresif di Kelana Jaya. Mereka mungkin tidak pernah terfikir, satu hari, satu ketika mereka akan muncul di muka depan media ”penjilat UMNO”. Muka depan.

Alak juga mungkin tidak pernah berimaginasi, satu hari satu ketika, seluruh BolehLand akan dapat melihat style Zack de La Rocha wannabe nya. Umumnya lah, Carburetor Dung sendiri. Kalian mungkin tidak terbayang dalam sekelip mata boleh jadik famous.

Mak gua yang hanya minat Sharifah Aini pun dah kenal dengan Carburetor Dung. Gua cakap, alahai mak, si Joe Kidd yang bukak kedai sebelah Bau-Bau Kafe tuuu. Dia punya band lah tuuu.

Atuk gua pun mungkin sedang dalam proses menyebut dengan betul nama Carburetor Dung, sekarang. Sebab pagi tadi masa gua keluar dia sedang layan Utusan Malaysia yang gua bawak balik semalam. Layan muka depan, macam lama sikit.

Bersalah? Memang bersalah. Sebab tak pandai baca crowd. Itu aje. Carburetor Dung hanya menjalankan tugas sebagai sebuah kumpulan muzik. Menghayati muzik, juga isi nya sekali, ketika di depan crowd. Pasal akhlak, tingkah laku, budaya kuning merah atau pun hijau, itu bukan hak sesiapa untuk menilai. Semua orang sudah besar panjang. Setiap orang juga punyai justifikasi dalam sebarang tindakan atau pun tutur kata.

Cuma jangan lah lebih sudu daripada kuah. Pembangkang itu bukan PAS sahaja. PAS hanya sebahagian daripada pembangkang. Semua saling memerlukan. Jangan tipu. Jangan sombong pulak. Tapi gua tahu, hormat menghormati adalah penting. Prinsip berbeza, tapi mahu duduk sebumbung.

Orang baru kawin, bukan semuanya positif. Masing-masing bawak cas negatif dan positif. Kena pandai toleransi. Carburetor Dung tu pun benci dengan kerajaan jugak. Bahkan mungkin benci mereka tu lebih lagi daripada mamat-mamat radikal PAS yang baru join lepas abis sekolah menengah. Jumpa di kolej. Ikut-ikut usrah.

Kita bukan bersendirian. Ingat tu kawan. Lu nak kutuk orang lebih-lebih, lu suluh dulu dalam cermin, tengok muka lu. Tengok family lu. Lu tanya balik, dulu masa orang kena pukul demonstrasi circa 1998, lu ada kat mana?

Kalau PAS join sekali, ketika itu, gua yakin, F**k Lah tak sempat nak jadik PM. Tapi PAS masih lagi lembut masa tu, berapa kerat aje pimpinan PAS yang sanggup turun? Tangan sebelah kalau bertepuk tak berbunyi. Lain lah kalau lu tempeleng muka orang.

Cuba jangan jadik hero sangat. Hero tidak menonjol, tapi ditonjolkan. Kalau setakat lu jadik ahli PAS baru 10 tahun, baru kenal pakai kopiah 2-3 tahun, baru ikut usrah 20 kali, tak payah jadik Tuhan. Jangan cuba jadik Tuhan. Faham maksud gua.

Kalau wife gua tak tarik lah tangan gua, memang gua bagi sebiji mamat yang baling botol mula-mula sekali tu. Gua cam muka dia. Agresif tak kena tempat. Berlagak nak jadik moralist. Go home boy!

Dah, petang kang kita cerita skandal kat sekolah semula.

7 comments:

Anonymous said...

Mak aii.... kelibut jap gak mula2 gua baca nukilan post-KJ (Kelana Jaya)ni. Kena tukor mode "serious" habis ni. Entertaining. Very. Kena lak citer pasal budak si Alak dgn pungkok dia.

Bagi la dia "benefit of the doubt" for whatever that may mean. Kita mana nak tahu khususnya gua yg dah ada uncancellable event yg tidak membutuhkan gua untuk hadir walaupun kalau bawak keta Made in Malaysia ni adalah 7 minit je dari rumah. Maybe next time la hor?

Anyway back to pungkok si Alak. Let the man speak la. Mula2 tu memang gua geram. tapi gua pasti Hishamudin Rais dah vetted these people. Dah briefed the Dos and the Donts. So trouble was not expected. Tapi entah apa mende yg masuk dalam si Alak ni maka terjadi lah kejadian yg memungkinkan Utusan &*!^%@$ mempaparkannya di muka depan. Apa? Takde dah citer2 yg lebih baik nak kena letak kat muka depan? Tuiiii!!!!!!! Lagipun, dia buat depan2 orang. Sekurang2nya Alak takde nak claim orang buat apa2 kat pungkok dia. Tanpa bukti. Saksi.

If ever, ada satu je yg buat gua betul2 panas pasal citer si Alak ni. KERAjaan, melalui Utusan *!&^@%#nyer exploited story ni macam la si Alak ni adalah cermin kepada pasangan yg baru "kawin" 8 Mac lepas. Come on la. Dah takde modal? News Editor ni kelulusan mana ni? Jgn asyik nak merendah2kan intelligence rakyat. Tak belajar lagi la tu dari episod 8 Mac. Ada lagi banyak isu2 yg lebih besor yg boleh letak kat muka depan. Mcmana nak tackle kenaikan harga itu ini. Macamana nak elakkan bazir organise pesta sana sini. Gua bukanla wareh si Alak tapi sapa2 saja yg memilih ABU 8 Mac lalu, itu dah kira wareh gua.

So kepada mana2 pihak yg nak tunjuk his "holier than thou" attitude, insaf2ler....

OK. Petang kang ek? Bijan ada lagi petang kang?

Kurie said...

biasa lah bang...

diorang ingat politikal ni hanya pada parti saja...

jilat, jilat...mari menjilat...

adios...

The.Libyaman said...

wak,
petang nie kisah benar. Bijan dan Rohaya Sabirin.

kurie,
paper siap keluar lirik lagu lagi tu. bapak punya femes

TOOLBOX said...

cam mano nak sobot beboto yo?

KA--BURIT--TER DANG?

Anonymous said...

Tapi Rohaya ni bukan dah ber-coupling dgn budak sekolah kat Tampin tu ker?

Bukan si Rohaya ni yang dok tergiler2 kat si Bijan? Siap mandrem baiiiiiiiiiik punyer!!! Bukan?

Bukan ke si Rohaya ni ber-visi yg si Bijan akan jadi Ketua Pengawas Berwawasan dalam waktu terdekat ni? Sanggup break lagi dgn pak we Tampin yang camana ntah rupanyer tu? Coupling dah lama tu....

Perhhh!!! Rohaya ni memang power!! Power Rangers warna Biru. Eh? Pink!

OK Bro. All yours. Kami tungguuuuuuuuuuuuuu.....

Anonymous said...

Bijan.. Rohaya.. Cikgu Roslan.. Ketua Pengawas... Alak.. Ka-Burit-Ter Dang.. Waaaaaaa...

Kasi ajer ler si Bijan jawatan tu.. bukan boleh tahan lama pun...

Anonymous said...

pastikan terlebih dahulu samada yang membaling dari PAS atau provocator atau .....

Unit Amal sudah blah dari awal.

Apakah kita mula membenci kerajaan pada tahun 1998?
jika tiada apa2 berlaku pada tahun 1998, siapakah anda?

ISLAM tidak sesekali boleh kalah