Thursday, July 24, 2008

Sediakan Gel Rambut dan Baju Lu Yang Paling Hensem

Semasa di Jordan dulu, setiap tahun, kebiasaannya sekitar November dan December, pelajar warga asing perlu memperbaharui visa. Ia dipanggil iqamah. Sebagai pelajar, lu akan dapat izin iqamah selama setahun. Gua belum pernah dengar lagi ada yang dapat iqamah lebih setahun.

Proses memperbaharui iqamah ini, agak rumit bagi sesetengah orang. Nur Shahril Hadi Munir misalnya. Ini kerana, jika lu daripada kumpulan penyangak, tak campur dengan persatuan atau pun berambut panjang, lu kena bikin iqamah sendiri. Satu lagi kriterianya ialah kalau lu banyak menghabiskan masa bermain PS2 dan menonton satelit 1000 channel.

Jika lu bukan kategori tersebut, tugas lu mudah sebab persatuan akan tolong buat. Secara berkumpulan lah. Hanya perlu hantar dokumen berkaitan dan nanti lu pergi collect semula. Jadi, untuk kumpulan manusia terbuang, mereka perlu ke balai polis, beli setem, fotostat passport dan macam2 lagi. Semakin bertuah jika lu dah lambat nak renew iqamah, lu kena denda, kena pergi Kementerian Dalam Negeri, pejabat hal ehwal pelajar dan sebagainya lagi.

Pihak polis juga, seringkali curiga, khususnya dengan mereka yang lewat renew iqamah sampai bertahun. Maka kumpulan manusia terbuang ini, akan melalui satu proses istimewa sebelum boleh mendapat iqamah baru. Lu kena jumpa dengan mukhabarat. Senang cakap SB lah. Proses ini dipanggil muqabalah.

Maka hebohlah kalangan penonton tv satelit 1000 channel dan para pemain PS2 yang berjaga siang dan malam, bersiap berpakaian kemas dengan rambut sikat ke belakang ditepek gel dua sudu besar. Malah ada yang simpan cermin bilik mandi bawa dalam beg, takut rambut kusut. Itu cerita lain.

Muqabalah dengan mukhabarat, hanya kumpulan manusia terbuang yang istimewa sahaja yang pernah melaluinya. Itu dulu lah, muqabalah zaman jadik pelajar.

Lepas habis belajar, tiba masa untuk lu carik kerja. Lu hantar resume beratus-ratus. Gambar entah berapa keping yang masuk dalam tong sampah. Dalam almari kat opis gua pun ada berpuluh gambar pencarik kerja, zaman kegemilangan Al Jazeera dulu lah. Itu cerita lain.

Sekali lu punya resume cantik sikit lah. Kompeni tu sudah jatuh hati. Dia panggil lu datang opis dia. Sekali lagi, lu jumpa perkataan muqabalah. Senang cakap interview lah. Sekali lagi drama sebelum ini, muqabalah dengan mukhabarat di Jordan berulang semula. Pakai baju yang paling hensem, seluar slack dengan kasut hitam. Gel rambut kali ni bukan dua sudu besar dah, dia kaut satu tapak tangan terus. Ada sorang mamat ni kawan gua, dia datang interview opis gua dulu, pakai vest sekali. Gaya macam waiter kat Mandarin Oriental pun ada. Apahal tengok semua orang keje shift malam ada yang pakai t-shirt dengan wind breaker “Maktab Perguruan Ilmu Khas”? Itu cerita lain lah.

Cuak beb, muqabalah nak dapat keje nie. Takde keje mana boleh kawin. Lu mau bagi anak dara orang makan apa? Dialog mudahnya “nak bagi anak orang makan pasir?”. Resume dah bikin sikit punya cantik, time muqabalah pun mesti mau cantik.

Itu, muqabalah zaman selepas belajar. Zaman mahu cari kerja. Semua orang pernah rasa.

Tapi tahun 2008, gua sedikit kurang faham lah. Rupanya vocabulary gua tak sampai tahap tu lagi. Ada pulak muqabalah lain. Duduk semeja dengan UMNO, yang gua rasa tetap menuntut tindakan yang sama. Sebab UMNO dengan mukhabarat tak lari jauh. UMNO dengan “bakal” majikan pun tak lari jauh jugak. Mesti ada yang dah tempah suit daripada Den Wahab (apa kes ni?), beli gel rambut Brylcream mahu kasi pacak, dan kasut-kasut hitam kasik kiwi kilat. Jangan bawak cermin, sudah lah.

Kelakar lah sikit bang. Gua tahu ilmu bahasa Arab gua takat cukup makan aje, tapi bukan benda macam tu diorang panggil, ijtima’, mufawadoh atau pun tasyawur ke? Ini mesti bukan sebab main PS2 atau menonton tv satelit 1000 channel. Gua harap lah.

18 comments:

TOOLBOX said...

Patut lar!.. Gua rasa mama terpikat & jatuh cinta kat lu masa tengok lu pakai gel 2 sudu :)

Anonymous said...

aku pun termasuk dalam golongan terbuang tu...kena buat iqamah sendirik!
tapi bukan sebab aku rambut panjang, sebab aku pakai tudung tiga segi & berbaju kurung, tidak berjubah dan berniqab...

nasib baik laa ada pakwe prihatin! lol.

The.Libyaman said...

masa rambut panjang tak pakai gel bro. sapu minyak zaitun aje. nak jimat kos. ahak ahak.

zalin,
kalu lu tak rambut panjang, takkan lu botak plak. :) buat2 mcm tak paham. sapa lu hah? baju kurung dengan tudung tiga segi satu kriteria sinonim juga dengan kumpulan lelaki terbuang. lawannya pakai jubah warna kelabu tahi anjing dengan tudung putih labuh. aduh berattt budak-budak PAS ni nak berjalan!

Anonymous said...

wakakakaka...wa nak pecah purut baca citer muhabarat lu ni la bro...lu mengingatkan nostalgia lama la ..mmg betul 101% la citer lu 2...wa pun sama la kena buat iqamah tu mcm tp xsampai kena masuk tahanan reman muhabarat barang sehari dua kat amman..wa tau sgt mana biliknya sebab penah hantar kengkawan yang kena tahan reman muhabarat gampang tuh!!!!memang citer kengkawan yang kena sadis la...soalan mmg mencabar minda tuk jawab sampai atuk nenek lu kat msia pun dia kenal mcm ne die bleh tau semua tu wa pun agak respect jgk la dgn muhabarat mangkuq ayun tu...apepun wa masih bleh tarik nafas lega lagi la setakat wa dengar blum ade kengkawan yang kena jail sebab x dapat jawab soalan2 muhabarat tu...kena buli2 skit2 la mcm ugut2 besa la tu kan.

Anonymous said...

Ko ingat Jali x? Alah, student al attas dulu kat mafraq.
Akulah wanita di sisinya itu...hehe

mohdhaslanr said...

dulu saya belajar di negeri omputeh takde plak kena renew student visa (iqamah kalau kat arab la) tiap tahun yg ada cuma kena renew student id tiap musim fall/luruh..student visa saya cuma apply sekali saja masa memula nak masuk college (aaply dari malaysia la) pastu akan tamat sebaik sahaja graduate ..jadi saya tak pernah merasa bermuqabalah la ber muhabarat la...kalau simpan rambut panjang pun takde sapa risau..
saya pernah mecari rezeki di pakistan kat sana pun kena ada visa juga di panggil buisness visa tempoh sah laku nya ialah 3 tahun...di pakistan pun tak plak saya kena pergi ber muqabalah la atau ber muhabrat la...agaknya lain padang lain belalang kot
wassallam

Anonymous said...

benz,
jangan risau. sekarang kat BolehLand pun sudah ada muqabalah. nanti kita dengar orang PAS cakap UMNO tanya apa sama dia. yg kompim moyang2 nik aziz memang orang UMNO tahu lah.

zalin,
haha, otak gua masih berfungsi baik. ko dengan Jali kawin, cuba tengok semula sijil nikah ko tu, sapa yang jadik saksi pertamanya. ahak ahak. welkam welkam.

haslan,
welkam bro. lu kena lepak negara yang civilize. wa lepak negara yang sistem perisikannya lebih kurang aje dengan BolehLand. Lu baca komen Hobenz, cemana well organized mukhabarat ni. dan muqabalah wa tak rasa maksudnya ialah duduk semeja dengan kumpulan yang hapuskan kuasa raja-raja Melayu tapi hari ni mengaku pulak membela kedaulatan dan ketuanan melayu. Puke!

Anonymous said...

haha, wa ingat wa ingat...
lu la saksi pernikahan wa dgn jali!

muizzah pe kabar? sampaikan salam wa pada dia. ( cehh ber 'wa' 'lu' plak aku...lol!)

mama said...

toolbox,
erbarmlich miene mann na verwendung haarol... spekong german sikit ni. hhahahhhhaha
aber.. ich lieb ihm weil ihm gute mann fur mir.

zalin..
ich bin gute.

TOOLBOX said...

mama,

Gua tak pandai bahasa jerman jugak urak iso ngomong jowo :)

Ecehh!.. bukan rupa paras baba ke?.. Bapak punya hensem (mungkin hansap jugak) baba time tu apa..

aber.. ich lieb ihm weil ihm gute mann fur mir lebih kurang lar (kalau gua silap tolong betulkan) tapi.. saya suka (sayang & cinta) dia sebab dia (baba) baik untuk (kpd) saya. Sweet sgt! sure kembang bontot baba yg mmg dah semulajadi kembang tu! heh

Anonymous said...

mama,

walaupun aku tak amek german masa kat al bayt dulu, aku ngerti apa yg ko cakap tu.

I am good/fine. kan? kan? kan?

oh the wonders of the world wide web..heh!

anyway, it's been that long huh. diam tak diam nak dekat 10 tawun aku & jali kawin..teehehe! korang pun dah ada 2 anak eh. mabruuk mabruuk..

peh..mcm jejak kasih la pulak :p

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

bukan paras rupa tapi hati budi dan imannya...

lin... bagi aku emel ko la.. anak berapa sekarang?

Anonymous said...

email aku : myzalyn@yahoo.com.sg

aku baru ada 1 daughter. 2 y.o.
peh...korang yang semakin produktif yer...hahaha!

= e i z u a f = said...

bro, Tuan Guru cadang bubar UMNO, bubar PAS..wat parti baru berlandas islam, bukan identiti bangsa.. ape komen lu?

Anonymous said...

itu wa rasa dia punya buah dah tu. selama ni bagi bunga aje. umno dah mcm gila nak merge sangat so, berani ke diorang nk bubar. gua harap lah nik aziz pun pikir perkara yang sama.

Anonymous said...

Tuan Guru Nik Aziz acah je tu.... mana hardcore2 Parti KeBANGSATan tu nak... takleh nak masyuk la kalau bubar *mNooo... takleh masyuk.... Perjuangan demi poket sendiri dan kaum kerabat aka kroni mana ada nak bela2 rakyat...

Ini semua dah tak payah nak bersuluh2 di siang hari daaaa... kalau nak bermu-mu-zakar-Lah buatler sebelum 8 March. Buat pact demi ISLAM dan Melayu. Bukan bila dah tertiarap 5 negeri baru nak huhahuha pasal kesatuan Melayu la, Islam la mende. Tapi kalau malaikat yg jaga gate syurga nanti announce "Melayu" (Hadhari?) masuk syurga dulu!" then gua pasti sokong anak Jawa terulung lagi putih tu... mu-mu-zakar-Lah banyak2kali pun. Bersatulah ASAP!!

Pirah mu-mu-zakar-Lah.. banyak lagi benda berpekdah nak buat...

= e i z u a f = said...

well said lah wak...wa pon pikir cmtu.why now? klu BN tu menang besar arituh, jgn harap laa depa nk wat cmni.keji doh derang ni.balik2 rakyat jugak yg suffer.hmmm...