Monday, July 07, 2008

Teh Tarik Kelat & Maggi Kari Goreng di Kedai Tukiran

”Kalut dah bebudak ni, malas ana nak layan dah” Ustaz Zakaria mula bercakap sambil meletakkan gelas teh tarik. Ada buih melekat sikit pada misainya yang tak bertrim tu.

Enta baru ni rasa malas, ana ni dah lama menyampah” balas Cikgu Faisal pantas.

”Itu semua sebab nak jadi Ketua Pengawas aje tu, berebut!”

”Ana dah cakap dulu, hapuskan aje jawatan Penolong Ketua Pengawas ni”

”Guru Besar tak nak, dia kata nak ikut hirarki macam politik. Dia kan orang politik tu”

Ustaz Zakaria ambik gelas teh tarik. Hirup lagi sepam. Ambik plak kuih keripap. Cikgu Faisal tengah layan mee goreng. Kantin makin hiruk. Budak-budak keluar rehat. Tiba-tiba Cikgu Fatimah datang rapat ke meja, sambil bawak suratkhabar dan nasi lemak. Duduk.

“Tahu apa jadi kat atas tadi?” Cikgu Fatimah tanya sambil bukak suratkhabar Bacaria. Edisi minggu lepas rupanya. Itu mesti baca gossip artis.

“Ada apa lagi yang baru?” tanya Ustaz Zakaria semula.

“Abdul Rahman Koyakutty pulak datang bersumpah kata Bijan ada skandal ngan budak Form One yang kena pukul dek Rohaya Sabirin tu” Cikgu Fatimah bercakap dalam satu nafas aje.

“Oh! Kira betul lah sumpah si Zamri tu ye. Ingatkan dia kelentong aje” Cikgu Faisal pulak menyampuk.

“Tak abis kat situ aje kisahnya, kejap-kejap aje lepas tu Abdul Rahman Koyakutty tarik semula sumpah dia. Takda dah nama si Bijan”

“Apa sebab pulak?” Cikgu Faisal semakin berminat. Walaupun sebenarnya dia lagi minat nak rapat-rapat dengan Cikgu Fatimah. Ada chemistry katanya, nama masing-masing mula huruf “F”.

“Entah lah. Warden kata, ada budak dengar Abdul Rahman Koyakutty borak dengan Cikgu Roslan kat tangga lepas buat sumpah tu. Diorang sebut pasal maggi kari goreng lah, pasal kedai Tukiran lah”

Ana nak cakap sikit dengan Abdul Rahman Koyakutty ni. Sumpah-sumpah ni tak boleh buat main” Ustaz Zakaria bangun macam nak blah.

”Tak payah lah cari Ustaz, sejak tadi jugak hilangnya. Puas dah cari satu sekolah tak jumpa” selamba aje Cikgu Fatimah cakap sambil mata tengok gambar Khalid Jamlus tepi kolam renang.

Boleh tahan, bulu dada dia.

9 comments:

j or ji said...

Tabloid Bacaria..oldskool tu!

babazahra' said...

ada jual lagi ke sekarang? haha Bacaria dulu ada banyak kisah-kisah "panas". Auwww!

wak nihat arjun said...

ARK aka Kutty dah masuk semak. Melengkor. Menyorok. Kejap je tu. Budak2 sekolah cepat lupa. Ni pasti Cikgu Roslan punya slow talk la ni. Ala. Sekolah bukan besor mana. Pengawas pun ramai. Sure jumpa kalau nak cari. Cari je dalam semak. Apa guna habiskan budget sekolah ajor Pengawas ilmu mengawas. Takpayah nak kecoh2 ajak orang Tampin datang tolong. Ada la si Kutty kat semak. Letih melengkor nanti dia keluor ler. Pastu dapat habuan teh tarik kelat & maggi kari goreng Tukiran. Masyuukkk!! Masyuukk!!!

Jgn kena sumpah jadi sumpah sumpit udah. Itu la pasal orang tua kata budak2 jgn suka sumpah2. Kang jadi sumpah sumpit. Tak pun jadi ulor. Belasah je!!!

Entah2 si Kutty tengah layan Bacaria dalam semak? Dia memang suka nyelit2......

TooLBoX said...

CERBLOG lu buat gua teringat pada Jibam.

Kalau lu rajin (baca istiqamah dan fokus) menulis lu boleh duduk sebaris dengan Faisal Tehrani (bukan Teh Tukiran) atau Saharil.

Btw ttg Abd Rahman Koyakutty tu gua rasa dia dah fly gi KFC. Cikgu Roslan bagi dia RM50 utk tarik balik sumpah & tutup mulut. Tambahan pulak masa slow talk kat bawah tangga tu ARK ada sebut jugak dia nampak Rohaya Sabirin letupkan "mercun katak" kat "anu" budak form one tu.

babazahra' said...

wak,
wa pun dengar Kutty nie dah tukar mailing add. Helsinki ke kalau x silap wa hehe

bro,
kalau pegi KFC mesti dah jumpa. Informer Guru Besar ada keje kat situ. KFC Tampin kecik bangat, jenis waiter datang ambik order, bukan self service punya.

wak nihat arjun said...

Helsinki? Perrrhh???? Lu bagi dia lagi 2 minggu, sah putih melepak. Wareh semua sah2 tak kenal dah....

Tergamak ke Rohaya meng"anu" "anu"nya budak Form One tu dgn mercun katak? Sadis......Ko sungguh sadis Rohaya. Menepati jangkaan.....

Kutty..... ke mana ko Kutty... ni wareh ko satu pekan dah kecoh ni Kutty....

= e i z u a f = said...

hua hua bulu dade khalid jemlus.... ;p. mmg sempoi kisah ni bro. teringat zaman2 skolah dulu...berebut nk jadi pustakawan skolah....bole slalu lepak lib n tdo.ah ah ah.klu gua tau, gua pon buat konspirasi gak dulu.huhu.

babazahra' said...

eizuaf,
wa x payah konspirasi, dapat jadik ketua bilik tayangan. itu paling cool. kunci wa pegang. lu nak tengok apa, kita boleh deal punya.

alfarabiey said...

weh tukiran masih bukak warong dia ke???masih pakai pagoda yang kain licin tu ke???eheheeh wa betul2 rindu la nak gi makan roti telur dia best wooo...maggi pun okay jgk la layan..ape kata senang2 nati kita gi sana bro mau ka???