Thursday, January 22, 2009

Debu-debu Yang Melekat Pada Rambut Gua

Bagi manusia yang suka makan nasi, tempat kerja gua sekarang memanglah terbukti sangat mesra nasi. Memang gua sudah diberitahu, makanan disediakan tapi gua tidak membayangkan limpahan makanan selama 24 jam sehari.

Seperti yang gua cerita sebelum ini, orang Melayu dengan makanan Melayu nya, memang seperti isi dan kuku. Sangat kamcing, dan atas alasan itulah 2 orang tukang masak didatangkan khusus dari BolehLand. Maka disitulah puncanya limpahan makanan.

Para pekerja BolehLand terpaksa dijaga dengan baik. Makanan disediakan tanpa had. Air minuman diberi sekotak besar. Ini bukan jenis pakai straw punya, lu mau minum banyak mana pun, berapa kotak sekali pun itu lu punya suka.

Dan atas sebab yang sama juga, gua tengok kafe orang Melayu sahaja yang beroperasi sehingga jam 4 pagi. Ketika kafe Thailand, Libya dan Turkey sudah cuci lantai dan susun kerusi atas meja, orang-orang Melayu masih lagi mengisi perut sambil menonton tv.

Itu belum kira lagi masa sarapan pagi dan makan tengahari, yang seperti kebiasaannya juga, akan dianjakkan waktunya kepada suku jam yang terdekat, paling kurang.

Bangsa Melayu, dan makanan Melayu. Kata mereka jika tidak mendapat nasi maka mereka tidak boleh bekerja. Dan rasa gua juga, mereka tidak boleh bekerja jika tidak makan tengahari lama-lama, minum kopi lama-lama dan duduk berborak lama-lama.

Arab? Budaya kerja mereka ialah lapan ratus kali lebih buruk daripada Melayu yang suka minum-minum dan berborak. Kalu tidak takkan dalam opis boleh ada tukang buat air. Datang kerja masuk tangan dalam poket seluar. Keluar masuk opis hisap rokok bau busuk walaupun sticker dilarang merokok tertampal besar atas kepala.

Kemudian datang berborak kat opis member. Tanya khabar sampai 10 minit kemudian tekan-tekan telefon buat macam sangat sibuk. Gua mintak stationery hantar semalam sampai petang nie pun masih belum dapat. Padahal mintak pen 2 batang dengan kertas satu ream aje. Gilo.

Staff memang bagus. 2 perempuan seorang lelaki. Yang perempuan nie dah masuk dua hari tak datang kerja. Main pesan aje kat orang lain. Dia ingat gua tak boleh baca dia dah plan tak mahu dating keje. Petang last keje sudah sumbat tisu dalam hidung. Lepas tu balik opis tak kunci. Esok tak datang. Konfirm dia dah plan sebab dia saja yang pegang kunci. Cis! Apa dia ingat gua keje dengan kedai hardware ke dulu.

Tak tahulah sampai bila gua boleh sabar dengan perangai Arab nie. Mana aje dalam dunia gua pegi, perangai Arab memang sama. Boss gua sudah cakap “ Lu diperlukan untuk menjadi orang yang bersabar dan faham dengan perangai Arab” Heh?

12 comments:

FabulouswithAs said...

gmba atas tuh gmba kat marj ke?

datang kelas/ofis sambil beramai2 bawak secawan kopi kt tgn,sebelah tgn lg hisap rokok,rilek2.ofis hour stat kol 10.kol 12 dah break lunch.kol 1bukak balik kalo rajen la.paling panas kol 3 da tutup ofis.blom cmpo tyme ramadhan lg.kol 2 da tutup ofis..

tapi seburuk2 dorg pon tetap rase best gak dok joden nih.. bangge tau cakap arab..ngeh3..

Babazahra' said...

itu gambar benghazi dik. imagine lah marj cemana. tak sampai hati nak upload gambar marj.

jordan is in my blood, whatever they said.

NURAZZAH8 said...

babazahra, yellowrose, hurm...korang berdua yang dah lama duk negara Arab taulah macamanakan...akak yang datang sekejap pun tak tahan...Masa akak datang Jordan...naik teksi, naik bas..tak sah kalau tak bau rokok...masa nak pergi Laut Mati, we all request drebar teksi jangan hisap rokok...mana tahan..poning kepalo den bau rokok sepanjang jalan... tapi tgh jalan tengok semacam aje dia...bawak teksi pun macam tak betul aje...agaknya tak dapat pekena rokok lah tu..last last kami kata hisap lah rokok tapi bukak tingkap teksi... lepas tu kena bekal gula-gula dan bawa Vicks every time nak naik teksi!
....

silversarina said...

Nampak gambar kat atas tu macam kem pelarian palestin di Baqaah .... bisnes apa sampai Malaysians boleh sampai kat tenpat baba tu , kalau akak nangis dah... tapi baba kena tabah, selagi ada debu selagi tu kena sahut cabaran hilangkan debu tu , janji ada nasi :)

macam kata asma , apapun akak pun suka duk Jordan and I like my jiran arab .

take care !!

Anonymous said...

huhuhu..ni jalan yg lu dah setuju pilih bro so nak xnak lu kena tahan la perangai cibai arab2 ni...kalu aku la mmg xkan sanggup la nak terima keja mcm lu ni...pk 80x pun wa rasa xkan pegi ehehehe smga sukses la bro..layan la arab2 tu dengan penuh kesabaran...

mama said...

doa saya semoga awak tabah hidup di Al marj dan sabar dengan kerenah arab yang memang susah nak diubah tu...
sama je arab ni kan...
walau apa pun... ada juga kenalan arab tika di jordan dulu yang baik sangat betul tak hheheh

Elsa S said...

Datang kerja masuk tangan dalam poket seluar. <--- sila jelaskan bab ini. berminat pulak nak amik tahu, hehe.

mama said...

biar saya tolong jelaskan
hhahhah...
itu tabia'at arab yang suka masuk tangan dalam poket seluar la elsa... suka ngulo.. cakap orang KL apa ye.

Anonymous said...

ASKM...

ni akulah mohd kamal sripetaling ....amcam kat sana? tak ada maqlubah ke...uploadlah gambar2 .... bhs kat sana mudah difahami?...

Anonymous said...

kak azzah,
sign no smoking besar lagi dari kepala diorang, tapi muka relaks aje hisap rokok dalam opis. cool.

kak ina,
tong sampah tu imej yang agak mahal hehe. rasanya kena berendam seminggu bila balik msia nanti nak cuci debu.

benz,
apa boleh buat gua layan aje. lama2 nanti dah jadik biasa. silap2 gua plak jadik perangai arab hehe.

elsa,
maksudnya buat gaya cam bagus,cam berdisplin,cam smart, cam banyak kerja, cam busy, cam rajin, tapi semua hampeh.

syeikh nazmi,
el hayah miyah2 (quweisah) wa asya'ab keda bardu. fi maqlubah bas li asyhar syei indhum hu bazin. el lughah el mahalliyah tob'an bikhtalif bikathir. da bikhtalit ma'a itoliyah wal qobaliyah, khususan da wahad bita' ar ra'is. mabruk al intikhabat.

Jorji said...

lu dibayar utk tahan maki dan memaki.

mahal tu!

Anonymous said...

dude, saba jela dengan arab2 tu.. ko bayang je macam mana nabi dulu deal ngan arab2 quraisy tu..
anyway, untung ko dapat keje sana, baru mahal cv nanti...