Monday, March 12, 2007

Salah Siapa?

Kebelakangan ini kita memang mudah terbaca di akhbar atau mendengar berita di tv mengenai pelajar sekolah yang dipukul atau dicederakan oleh guru. Dicederakan rakan sekolah memang biasa berlaku malah sampai meninggal dunia pun pernah berlaku. Cuma gua rasa agak hairan dengan mereka yang dicederakan guru atau kadangkala tidak dicederakan pun cuma terjentik sedikit sahaja.Gua hairan bukan kerana tidak pernah mengalaminya semasa gua sekolah dahulu tapi yang gua hairan kenapa waktu gua kena belasah dulu gua x kaluar suratkhabar ye? kalau tidak mesti gua dah gunting keratan akhbar tu dan tampal dalam album gua. setidaknya bila gua pergi Jordan dulu gua boleh bawa keratan akhbar tu dan tunjuk kat member2 baru gua. Tapi segan juga sebab bukan kita yang belasah cikgu tapi kita yang kena belasah. Tak mengapa kira gua cancel aje.Tapi gua cancel bukan sebab malu satu Malaysia tahu gua kena belasah dengan cikgu tetapi sebab gua rasa macam takde faedah langsung gua nak mengadu. Kalau gua mengadu lepas tu gua dapat peluang balik belasah semula cikgu tu orait jugak? Takpe gua cancel aje sebab memang confirm gua tak dapat belasah balik cikgu tu.Tapi gua cancel bukan sebab gua tak dapat peluang nak belasah semula cikgu tu, tapi macam yang gua cakap tadi takde faedah apa2 pun. Lainlah kalau gua mengadu tu Kementerian Pendidikan waktu tu boleh beri gua soalan bocor SPM ke, dapat jugak gua register 21 subjek, confirm gua dapat buat rekod 21 A1 dalam SPM. Mesti nama gua terkenal sebagai pelajar pertama yang menggalakkan pelajar lain buang masa buat rekod. Takpe gua cancel aje sebab mesti KPM x bagi gua soalan punya, lebih baik diorang bagi pada anak Menteri atau anak VIP lain, harum jugak nama bapak diorang. Tapi gua bukan cancel sebab gua confirm x dapat soalan bocor cuma gua rasa ia tak memberikan pulangan lumayan pada gua. Lain lah kalau gua report lepas tu datang mana2 institusi yang sanggup sponsor gua pegi belajar kat luar negara dan sediakan pekerjaan apabila gua balik. Mesti gua x payah menyusahkan mak bapak gua untuk belanja gua belajar atau gua sendiri nak pening kepala hotak bayar loan MARA macam sekarang atau pun kerja separuh mati nak dapatkan gaji bebanyak. Tak kisah lah gua cancel aje plan nak report gua kena belasah tu sebab mesti xde sapa yang sponsor gua. Baik Yayasan Pok Rafeah mahu pun Pekida. Habihkan boreh aje.Tapi gua bukan cancel nak report tu sebab gua yakin xde sapa nak sponsor gua cuma rasanya macam ia akan merugikan gua balik. Lainlah kalau gua report tu, media akan highlight cerita gua then ramai yang simpati ambik gua jadi anak angkat, belikan gua villa, Truck GMC serta wariskan pada gua syarikat import eksport mereka. Bukan ke dulu kalau bisnes kayo skit mesti buat import eksport. Mesti gua senang hati punya terus jadi boss seumur hidup. Takde lah menjalar siang malam nak cari duit buat beli rumah, bayar ansuran kereta atau masuk skim cepat kaya. Hahahahahaha! Tapi confirm xde yang simpati. Gua yakin sangat. Buat malu gua sendiri aje. Mesti orang kata, "kepalo hotak kau jang dah kau menyetan tu pasal cikgu kau belasah kalau den pun den tembak"Gua sedar, yang gua ni mentimun, Ustaz Ali Tajid itu durian. Sekali dia belasah gua guna tangan kanan dia mesti gua terhantuk kepala kat dinding sampai tanggal jam tangan Seiko dia yang beli kat Tampin tu. Kalau gua report lagi mesti dia belasah gua lagi. Sekali lagi jam tangan dia tercabut. Kalau sepuluh kali tercabut mesti kali yang ke-11 jatuh ke lantai sebab Cikgu Kamar pun malas nak sabarkan dia. Silap2 Ustaz Ali Tajid boleh meninggal dunia sebab darah tinggi kerana marahkan gua. Kan panjang ceritanya tu. Banyak lah pulak orang terlibat. Gua pulak boleh dituduh menyebabkan kematian. Maahad Ahmadi akan dikunjungi ramai SB. Polis pasang tali rentang "Do Not Cross. Police Line" Silap2 diorang letak polis berkawal kat sekolah n asrama. Cikgu Kamar kena tukar x jadi warden lagi. Payah lah pulak bebudak nie nak hisap rokok kat atas siling bilik air tingkat 4 atau nak panggil Hantu masuk 4.4 untuk tasmi'. Itu dah kira menganiya diorang. Gua x sanggup nak mengaiaya kawan2 gua. Banyak lah pulak kisahnya kalau gua report. menjelang semua benda tu nak berlaku sakit kat kepala gua kena hentak dengan Ustaz Ali Tajid pun sudah reda. Dia pun lepas kena aircond kat dalam opis dia mesti dah kurang marah. Mesti dia maafkan gua sebab dia tahu perangai budak-budak tengah nak naik. Cayalah Ustaz Ali Tajid.Tapi semua tu hanya berlaku pada gua sahaja dan ada macam2 pukulan lagi yang Ustaz Ali Tajid sudah berikan pada anak2 muridnya yang menyetan. Degil x mau dengar kata. Berlagak konon dah besar sangat. Biasalah budak2 tengah nak naik. Setakat sewa van pegi Port Dickson masa koperasi buat mesyuarat agung tu kira cincailah. Kena respek juga sebab pada usia remaja lagi mereka dah berani buat aktiviti yang mencabar. Menyusup keluar pagar melalui kawasan perumahan. Meyakinkan tuan punya van untuk berikan van sewa serta berkayak secara berkumpulan di Port Dickson. Kalaulah Malaysia Book of Record dah wujud masa tu, mesti hari ni ramai pelajar sekolah yang teruja nak buat acara berkayak beramai-ramai. Memadamkan rekod kami. Semua tu x payah kitorang nak belajar kat PLKN. Dapat secara ilham aje.Tapi itu cerita zaman gua sekolah. Bukan zaman sekarang di mana dalam tempoh kurang 4 tahun lagi anak gua yang pertama pula akan bersekolah. Cuma yang gua sangsi ialah dengan zaman sekarang ini, zaman gua telah tidak bersekolah lagi dan anak gua belum bersekolah lagi. Hampir setiap hari gua baca pasal pelajar dipukul guru. Pelajar kena ketuk kepala. Pelajar kena tampar dan bermacam aksi lain yang gua rasa Ustaz Ali Tajid pun sudah x pakai lagi sekarang ni. Gua x tahu lah kalau Ustaz Ali Tajid masih belasah pekerja di kebun sayurnya atau pun backhand pekerja TESCO yang lambat datang ambik sayur kat kebunnya.Ada ketikanya bila gua baca alasan cikgu tu ialah sebab kebangangan murid itu sendiri. X bawa buku teks. X buat kerja rumah dan macam2 alasan lain yang sememangnya silap diorang. So, what's the deal dude?Lu orang yang buat silap lu orang kena tanggung akibatnya. Xkan cikgu tu gile nak main belasah x tentu pasal. Mesti dia dah hilang sabar punya. Macam Ustaz Ali Tajid jugak. Dia hilang sabar dengan gua sebab dia tahu gua yang plan sewa 2 biji van pegi Port Dickson. Kalau gua pun mesti bengang sebab koperasi sekolah buat mesyuarat agung sekali korum x cukup langsung. Tapi bukan ada sapa nak pantau pun jalan aje mesyuarat dengan bebudak perempuan dan beberapa orang "pembaris". hehehehe.Zaman sudah berubah. Jika segala yang wujud dalam dunia hari ni juga wujud waktu gua bersekolah, mesti gua dan ramai sahabat yang lain sudah koma dibelasah Ustaz Ali Tajid. Handset kitorang xde, vcd belum sampai lagi, PlayStation belum buat lagi,komputer plak Cikgu Siti ajar guna MS-Dos aje bahkan istilah Mat Rempit pun belum terhasil. Bagaimana dengan sekarang? Mesti kalau Ustaz Ali Tajid masih jadi cikgu lagi, kitorang terpaksa kumpul duit untuk belikan jam tangan Seiko sebab jam dia selalu terhempas.Sama ada budak sekarang yang terlalu manja atau cikgu sekarang yang kurang sabar? Atau kebanyakan mereka anggota Pekida? Atau mak bapak yang semakin berlagak pandai atau pun budak yang semakin menyetan? Atau pun Kementerian yang lemah sebab menggariskan kod etika yang menyakitkan? Dan membekukan? Apakah hasilnya? pelajar yang hanya tahu menghabiskan masa membuat rekod siapakah yang paling banyak mendapat A1 dalam SPM. Pulangannya sudah tentu kepada KPM sendiri sebab xkan yuran SPM budak tu sama dengan yuran budak yang ambil 10 subjek? Hasilnya juga adalah para pelajar yang hanya boleh berfikir di dalam kotak, bukan di luar kotak. Ibu bapa yang hanya boleh melihat anak-anak mereka betul dan guru-guru tidak lagi perlu dihormati tindakan mereka.Dulu semasa di sekolah rendah, ada seorang sahabat yang telah kembali ke rahmatullah pada 1996. Namanya Zaini. Kerana dihimpit kemiskinan dia selalu ponteng sekolah. Dia akan muncul sekali-sekala di sekolah. Kerana marah dengan sikapnya ditambah apabila dia gagal menyiapkan kerja yang diberikan, Zaini selalu dihukum. Sewaktu itu gua dalam Tahun 2 dan Zaini berada di Tahun 3. Tahukah apa hukumannya? Zaini akan dibogelkan. Tanpa seurat benang. Dibogelkan. Dan di bawa ke segenap penjuru sekolah. Imej yang masih segar lagi dalam ingatan gua sehingga hari ini. Bahkan sewaktu gua memandikan jenazah Zaini yang mati kemalangan pada 1996, imej yang sama juga terbit muncul di depan mata gua. Mungkin kerana itu satu pengecualian, dia datang dari keluarga miskin dan hanya mempunyai ibu yang mungkin juga buta huruf. Terima sahaja apa yang berlaku. Itu satu pengecualian.Tetapi bagaimana dengan Mohd Musabaqah yang benjol dahinya kerana ditumbuk Ustaz Ali Tajid atau pun Asyraf yang lebam kerana dibelasah? Bagaimana dengan Apak dan Sofe yang terpaksa menggantikan gua sebagai dalang melarikan televisyen Pusat Sumber ke asrama untuk menonton final Piala Dunia 1994 serta dibelasah dengan rotan oleh Ustaz Ali Tajid? Bagaimana pula dengan para pelajar kelas 3 Zuhal di Serting pada 1992 yang seramai 45 orang dengan hanya Firdaus seorang sahaja yang terselamat dari libasan rotan Ustaz Aziz Ahmad a.k.a Aziz Tua kerana gagal menyelesaikan masalah matematik? Bagaimana pula dengan gua yang kena belasah hingga kepala gua berlaga dengan papan putih di bilik mesyuarat yang serba canggih di Maahad Ahmadi itu? kepala gua juga berbekas terkena jam tangan Seiko yang Ustaz Ali Tajid beli di Tampin hingga jam itu tanggal. Sakit memanglah sakit tapi macam yang senaraikan di atas tadi, ia memang tidak memberikan sebarang faedah kepada gua jika gua mengadu. Begitu juga apabila gua menumbuk kepala Ustaz Nuri sebanyak dua kali semasa semua orang beratur makan tengahari, mereka tidak pula mengadu kepada pihak yang sepatutnya. Give n take. Terima kasih semua, jika tidak mungkin gua tidak mampu menulis semua ini. Tapi bagaimana dengan hari ini? Ada ketikanya gua rasa mahu menjerit apabila membaca benda yang sama setiap hari. Kisahnya berulang tetapi senarionya berbeza. Dan gua juga rasa mahu menangis bila mendengar di sekolah isteri gua mengajar, ada ibu yang mengadu pada Pengetua, seorang guru mengatakan para pelajarnya bodoh kerana tidak boleh menyiapkan kerja sekolah. Entahlah. Terima kasih buat semua guru yang pernah muncul sepanjang hidup ini.

No comments: