Friday, September 07, 2007

Sisi Terang Seorang Lelaki Tidak Bermazhab

Gua tak suka mengecewakan orang. Kalau kita boleh melihat keadaan hati yang kecewa tu, mesti kita tak mahu jadik manusia dah, sebab setiap manusia itu mesti pernah kecewa. Hati itu disiat-siat bagai kita membelah hati ayam kepada potongan yang kecil sebelum digaul garam kunyit dan kemudian digoreng. Aduh pedihnya.
Lagi pun cabaran untuk gua buat benda nie dalam blog besar nilainya. Gua dengar cerita, ganjaran yang bakal diberikan ialah jersey Man United paling baru, original bukan beli kat pasar malam tapi beli kat East Stand Megastore kt Old Trafford. Itu yang buat gua bersemangat. Man United punya pasal, suruh tulis pasal kebaikan UMNO pun gua sanggup. Yang tak paham pegi puasa bulan Syaaban dulu. Here we go.

5 benda dalam bag (bag sandang gua yg sudah lebih 10 kali tampal/jahit)
· Wallet gua dan purse bini gua
· Pampers 3 keping dan Pampers Nite 1 keping
· Bag botol susu
· Baju Zahra’ dan Batoul seorang sepasang.
· Telekung bini gua dan bekas cermin mata gua.

5 benda dalam dompet
· Duit RM174.63 dan sehelai Benjamin yang Arab bagi gua tips July lepas tapi gua sayang nak tukar.
· MyKad dan lesen memandu
· ATM kad dan kad kredit sekeping
· Kad Bonuslink dan Toys r Us
· Gambar gua dengan bini gua dalam salji (I love Jordan)

5 benda favourite dalam bilik istimewa (soalan apakah ini?)
· Katil IKEA
· Tilam empuk IKEA (gua macam nak tido plak)
· Bantal2 IKEA
· Comforter dan quilt cover IKEA (ada orang IKEA nak ambil gua jadi model tak?)
· Pendingin Hawa Panasonic yang membuatkan gua seperti di syurga.

5 perkara yang ingin dilakukan
· Mendapatkan rumah idaman gua
· Membina ramp skateboard kat belakang/tepi rumah tu.
· Sambung semula master gua yang tersadai berkarat di UM tu.
· Bawa family gua ke semua tempat yang gua pegi masa single dulu dan ambik semula gambar exactly on the same location n position i.e Jordan, Egypt, Europe, Mecca and so on.
· Beli sebidang tanah di Mafraq, Jordan dan bina sebuah rumah. Gua nak mati kat sana.

5 perkara yang sedang dilakukan
· Sedang cuba nak siapkan satu projek translation untuk member gua kat TNB (macam dah berkulat)
· Sedang buat satu projek translation yang sangat lumayan upahnya sekaligus menyebabkan projek ngan TNB yang “tolong-tolong kawan” itu tertangguh muahahaha
· Baru lepas hafal jawapan2 phone interview sebab esok ada interview (untuk kali pertama dalam masa 5 tahun)
· Sedang memasuki bulan kedua tidak makan nasi dan tidak minum Coke serta kawan-kawannya.
· Sedang baca 2 buku, Bad Timing tulisan Kate le Vann (untuk dalam toilet) dan ulangtayang kali ke-7 mungkin “Tenggelamnya Kapal Van der Wijck” oleh Dr Hamka (untuk sebelum tidur).

5 orang yang gua mahu tag? Gua memang ada senarai 5 orang itu tapi gua tahu ia tidak mungkin berlaku jadi gua mahu mengakhiri permainan “Smart Tag” itu di sini supaya lepas ini kita akan kembali menulis perkara yang lebih keras dan lebih kasar, lebih Marxist dan lebih Islam. Lebih UMNO dan lebih Jeanne Abdullah. Anyway, tagging people is fun and relaxed.
5 orang itu ialah Karl Heinrich Marx, Ernesto Guevara Lynch de la Serna, Dr Yusuf Qaradawi, Sir Alex Ferguson dan Mawi. Amacam?

5 comments:

zlaa said...

Ha..ha.. memang tak sia-sia tag you. Sesuatu yang berbeza. Jersey Man United? Boleh saja kalau singgah di Old Trafford. Terima kasih ya.

The.Libyaman said...

hehe dont take it seriously 'bout the jersey but if u do visit the Theater of Dream pls let me know. I want u to meet Sir Alex and beg him to answer my tag :)

Anonymous said...

banyak betul benda dalam beg tu...berapa besar agaknya saiz beg itu ek?

The.Libyaman said...

beg sandang lah dik
terikut dari zaman di universiti
sebiji bola pun pernah masuk dalam beg ni.

sabbracadabra said...

MASTER KAT UM ... - lETIH , tak pernahnya dapat siap , cam ni je lah kita posted je sehelai demi sehelai tesis tu kat blog , then bagi orang komen , tak pun kita upah (cari jln le camne nak bayor dia) prof.pruf tu - kalau in Arabic Qardhawi boleh kut , tak pun minta tolong kat nurul izzah kontek taha jabir alwani - so jadila master of blog unversity - tapi nak baguih punya and original , nanti marah prof yang mengaku kepala intelektual tu , ahh bak pe la kena ada master master ni bukan menambah keintelektual pun dalam kadar yang banyak , kalau first degree mmg terlalu banyak membentuk intelektual sbb kat sekolah menengah Msia habuk tarak apa intelektual , tu pun apa la menteri tu suka sangat bagi 20 A tahun tahun depan entah entah 50 A
apasal diaorang ni korup samapa ke tahap tu , Adiputera pulak dibiar begitu saje sedangkan boleh jadi aset Nuclear Designer , tapi ada member dari Perak ni sibuk dok kata Adiputera tu pandai Math je yang lain dia tak pandai so tak yah design special school . DAP dah letak kat komtar tu pejabat khas fokus sekolah cina n prof. ramasamy fokus sekolah tamil , melayu penang cam ne ? Tak pe PKR and PAS must work hard find the way , tugas dema la pulak , UMNO dah pencen , ada le dema dah buat apa yang patut tapi masih sangat tak memadai ................