Sunday, June 07, 2009

Az-Zahra' Zulhazry


Juga melibatkan pemanduan yang melebihi had laju yang sudah ditetapkan oleh Samy Vellu. Namun kali ini jaraknya agak jauh, dari KL ke Muar, seorang diri. Perjalanan yang sepatutnya sekitar dua jam setengah menjadi hanya sekitar 2 jam.

Atau kurang sedikit. Itu pun selepas singgah di Bangi, pinjam duit nak buat bayar tol dan isi minyak sebab semua ATM Maybank tidak beroperasi selepas 12 malam. Apa punya turrr…

Menerima anak sulung, lebih kurang macam menunggu keputusan interview nak jadi Interpreter jugak. Berdebar-debar, bukan sebab nak tahu dapat ke tidak tapi nak tahu apa dan bagaimana. Sepanjang perjalanan ke Muar,gua berdebar-debar antara perasaan gembira untuk menerima anak sulung dan juga bimbang dan cuak, untuk lalu kubur Cina Batu 10 di Bukit Kangkar pada jam 1.30 pagi.

Habis semua cerita-cerita hantu di highway juga cerita hantu Bukit Kangkar muncul membuat tayangan amal di dalam kepala gua. Mujur ada Arab pernah tertinggal kaset mengaji Al Quran masa gua jadi tourist guide, sampai ke hospital Muar gua mengaji.

Bakinya juga adalah sejarah. Dan gua memang akan hanya ada 2 sejarah menanti kelahiran anak. Az-Zahra’ memang betul-betul satu penantian sebab gua terpaksa melepak hampir 2 jam bersama 4-5 orang bapak yang lain yang memang tak cool langsung.

Az-Zahra’ hari ini 07 June 2009 sudah enam tahun. Gua rasa macam baru semalam gua melihat Az-Zahra’ ditolak keluar oleh cik Missy hospital Muar. Tapi sekarang Az-Zahra’ sudah melebihi paras pinggang gua. Dan untuk kali pertamanya gua tidak bersama Az-Zahra’ ketika hari lahirnya.

6 tahun dengan 2 tahun di dalam pra-sekolah, boleh mengira one to twenty ketika berusia kurang 10 bulan, peminat Sesame Street sejak berusia dua bulan, berkawan dengan Elmo sehinggalah berkenalan dengan Hannah Montana, berbahasa Inggeris dengan American accent, spaghetti dan cheese, juga hidangan ayam di IKEA, sudah habis Iqra’, boleh solat dan sedang mengaji muqaddam, hafal lagu-lagu Hannah Montana, Sesame Street, Zack apa entah yang berlakon 17 Again tu (bukan Zack de la Rocha – itu baba dia), pandai melukis dan sudah hampir 6 bulan di Art Class, peminat Geng Bas Sekolah dan sering tag-team dengan mak gua ketika menonton drama-drama Melayu.
Happy Birthday.

9 comments:

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

Ah esok gua menikoh laa.

mama said...

ehheheh sangat manis saat menanti kelahiran anak dan sangat perit rasanya mendidik anak supaya mereka menjadi manusia beriman dan berilmu..
zahra' kekenyangan semalam makan cheese cake ..
janji raya ni baba dia balik dah cukup membahagiakan 'kakak' si manja baba tu...

zahra juga sekarang dah lancar membaca bahasa melayu dan pandai membaca bahasa inggeris.

Kurie said...

Bukan Zack de la Rocha...
hahhh,haaaa,haaaa...
semoga panjang umur anak abang serta bapaknya sekali...
adios...

Jorji said...

aku ingat anak aku 3 tahun dah cukup terrer one to twenty..anak lu 10 bulan!!

balik ni nak buat latih tubi dgn layla.

hehee..

selamat hari lahir Az Zahra!

Fauziah said...

selamat hari lahir. semoga membesar jadi anak yang solehah dan berbakti kepada kedua ibubapa :)

silversarina said...

Happy Birthday Az Zahra ..comel betul dia dan bijak macam baba dan mama dia .

babazahra' said...

kawan-kawan, terima kasih. sori x bleh komen panjang, laptop gua jahanam. ini curi-curi tumpang laptop mat jang. dia takde pegi masak maggi.

pp, eh riak betul lu yer sejak dapat royalti buku 4 juta nie. cuba nikoh skit wa nk tengok.

j, az-zahra' juga peminat giggsy, rooney n ronaldo hehe. eh bro, tiket dah beli?

Kak Azzah8 said...

Happy Belated Birthday Az-Zahra'....maaf lambat..baru buka blog...

saya baru pulang dari makan2 kat rumah kawan saya ni, di ajamu kami sebab nak bercuti tanpa gaji ikut hubby dia ke Libya, tapi dia duk Tripoli nanti... ingat lagi tak kisah dia yang akak cerita dulu... hubby dia ni orang libya. datang belajar kat sini dulu buat master kat UKM....masa tu lah kawan I ni kenal hubby dia ni.. sekarang ni dah anak 4 .... hubby dia baru habis buat PhD kat UTM ...

mana lah tahu kot-kot u ada terserempak ke dgn dia orang nanti...

abdullahjones said...

:)