Showing posts with label Az-Zahra'. Show all posts
Showing posts with label Az-Zahra'. Show all posts

Sunday, June 07, 2009

Az-Zahra' Zulhazry


Juga melibatkan pemanduan yang melebihi had laju yang sudah ditetapkan oleh Samy Vellu. Namun kali ini jaraknya agak jauh, dari KL ke Muar, seorang diri. Perjalanan yang sepatutnya sekitar dua jam setengah menjadi hanya sekitar 2 jam.

Atau kurang sedikit. Itu pun selepas singgah di Bangi, pinjam duit nak buat bayar tol dan isi minyak sebab semua ATM Maybank tidak beroperasi selepas 12 malam. Apa punya turrr…

Menerima anak sulung, lebih kurang macam menunggu keputusan interview nak jadi Interpreter jugak. Berdebar-debar, bukan sebab nak tahu dapat ke tidak tapi nak tahu apa dan bagaimana. Sepanjang perjalanan ke Muar,gua berdebar-debar antara perasaan gembira untuk menerima anak sulung dan juga bimbang dan cuak, untuk lalu kubur Cina Batu 10 di Bukit Kangkar pada jam 1.30 pagi.

Habis semua cerita-cerita hantu di highway juga cerita hantu Bukit Kangkar muncul membuat tayangan amal di dalam kepala gua. Mujur ada Arab pernah tertinggal kaset mengaji Al Quran masa gua jadi tourist guide, sampai ke hospital Muar gua mengaji.

Bakinya juga adalah sejarah. Dan gua memang akan hanya ada 2 sejarah menanti kelahiran anak. Az-Zahra’ memang betul-betul satu penantian sebab gua terpaksa melepak hampir 2 jam bersama 4-5 orang bapak yang lain yang memang tak cool langsung.

Az-Zahra’ hari ini 07 June 2009 sudah enam tahun. Gua rasa macam baru semalam gua melihat Az-Zahra’ ditolak keluar oleh cik Missy hospital Muar. Tapi sekarang Az-Zahra’ sudah melebihi paras pinggang gua. Dan untuk kali pertamanya gua tidak bersama Az-Zahra’ ketika hari lahirnya.

6 tahun dengan 2 tahun di dalam pra-sekolah, boleh mengira one to twenty ketika berusia kurang 10 bulan, peminat Sesame Street sejak berusia dua bulan, berkawan dengan Elmo sehinggalah berkenalan dengan Hannah Montana, berbahasa Inggeris dengan American accent, spaghetti dan cheese, juga hidangan ayam di IKEA, sudah habis Iqra’, boleh solat dan sedang mengaji muqaddam, hafal lagu-lagu Hannah Montana, Sesame Street, Zack apa entah yang berlakon 17 Again tu (bukan Zack de la Rocha – itu baba dia), pandai melukis dan sudah hampir 6 bulan di Art Class, peminat Geng Bas Sekolah dan sering tag-team dengan mak gua ketika menonton drama-drama Melayu.
Happy Birthday.