Friday, October 23, 2009

Sekarang Ini Gua Dalam Mood Kebosanan

Gua rasa malas yang teramat. Satu ketika dulu, semasa gua tinggal di asrama, lagu jiwang kapak yang paling hit ialah lagu Ekamatra – Sentuhan Kecundang dengan apa lagi satu yang ada singgah-singgah tu. Dalam radio dalam tandas asrama dalam dewan makan habis semua tempat gua selalu terdengar lagu tu.

Ada sekali tu gua balik ke asrama selepas cuti. Sebaik masuk aje dalam dorm gua tiba-tiba gua terdengar suara satu kutu menyanyi lagu Ekamatra. Terus gua rasa macam nak pengsan. Bosan tahap langit ketujuh. Sejak itu gua terus menyampah dengar lagu Ekamatra sebab ia menjadi symbol kebosanan. Bosan sebab terpaksa balik ke asrama. Bosan terpaksa makan menggunakan tray. Bosan kerana berkongsi bilik air dengan ramai orang. Bosan kerana berpisah dengan masakan mak. Bosan kerana terpaksa tidur katil dua tingkat. Lebih bosan lagi sebab gua tidur katil bawah dan Azmi Fadhly yang tidur katil atas pulak memang stok kencing malam.

Bosan sebenarnya kerana berpisah dengan keluarga. Kali pertama gua duduk asrama ialah masa gua Tingkatan Satu. Maghrib pertama di asrama slow-slow aje airmata gua meleleh teringat mak dan abah gua. Nak cover punya pasal gua terus pegi ambik air sembahyang sambil simbah-simbah air ke kepala tak mahu kutu lain perasan. Nasib baik dalam surau takde siapa yang menyanyi lagu Ekamatra tu, kalau tidak memang gua meraung.

Maghrib pertama gua di Libya pun sayu jugak. Masa itulah pulak nak teringat anak bini. Aduhai lemah betul gua dengan benda-benda macam ni. Kadang-kadang gua fikir makhluk manalah yang mencipta perkataan-perkataan seperti berjauhan, berpisah, terkenang dan sewaktu dengannya. Nak aje gua rembat.

Gua dalam mood bersiap untuk pulang ke Libya. Dalam suasana lintang pukang nak beli itu dan ini. Checklist dah buat tapi masih banyak yang belum complete. Semua ini buat gua rasa bosan. Gua rasa macam baru minggu lepas gua balik tapi bila check semula rupanya dah lebih sebulan gua balik. Dalam pada gua bersiap ni gua pun teringat nak beli seluar jeans.

Kebetulan gua lalu di Pertama Kompleks. Gua parking kereta sekejap di Sogo dan pergi ke Pertama. Kedai seluar jeans betul-betul depan pintu. Gua capai satu seluar, gua test dan gua bayar. Sebaik aje gua keluar dari kedai tu, entah makhluk pemilik kedai kaset mana entah boleh pasang lagu Ekamatra kuat-kuat. Cilaka betul, hancur terus mood gua nak bersiap balik ke Libya. Gua rasa macam nak rembat perut pencipta lagu tu. Buat gua bosan.

10 comments:

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

Keh keh keh... Rilek laa brader.

Rembo said...

Ini perasaan mmg dak2 yang pernah duk asrama je mengerti. Biasanya, gua akan rasa mende ni time nk naik kelumpo lps cuti panjang.

Bengkek je rasa!

Jorji said...

tabahkan hati...
walau payah!

jom layan epl ahad ni..kasi all out lu punya feeling!

zan said...

Rilek2 sudah bro. Tak patut lu samakan lagu Ekamatra dengan simbol kebosanan. Kesian rahmat sengau2 dia nyanyi lagu tu.hahaha

KOYAN said...

rlex la bro..tu la pun yang lu kene bayar bila duk jauh2...bukan lama pun...plan 3 tahun je kan...then back to mesia...bisnes la...sekang nih lagi snag banding tahun 1995-2000 dulu nak tepon pun setahun sekali jek....

Junaidi Asmara said...

take it easy bro...

babazahra' said...

pp,
gua tahu lu Ekamatra Fan Club

Bo,
Rasa sakit hati time kemas baju masuk beg. Arghhh!

J,
itu lagi payah, Devils tengah berentap, gua tengah transit kat Cairo. Airport diorang mana ada kedai mamak.

zan,
gua rasa betul lah, sengau Rahmat tu yang buat gua bosan, bukan lagunya.

Koyan,
Masalahnya Libya tu lebih kurang macam Jordan tahun 1989 beb. Wifi selalu terganggu oleh ribut pasir hehehe.

Junaidi,
gua nak cari time machine jugak lah ini macam.

mama said...

salam sayang ...

bb doakan dirimu terus tabah di rantau orang.

pesan bb buatmu solat di awal waktu, banyak2 baca Quran, jaga makan minum dan ingat kami selalu..

uDean said...

fewit sedara~

Yan said...

masa lagu tu popular, aku tingkatan 4 duk kat AFATS P.D... cam sial la ko... kenangan bosan tu dtg balik...cis!

lagi bosan selepas M.U kena 2-0 ngan liverpool.... aku cadangkan Liverpool tukar pakai lagu Ekamatra pulak... kah.. kah.. kah..