Showing posts with label Politicshit BolehLand. Show all posts
Showing posts with label Politicshit BolehLand. Show all posts

Saturday, July 09, 2011

Ketika BERSIH 2.0

Scenario 1
BERSIH 2.0 akan berjaya seiring dengan tangkapan besar-besaran. Jumlah yang turun melebihi jumlah peserta Perhimpunan Agung United Malays National Organization. Media-media lahanat peliharaan UMNO akan mencaci dan menghina – BERSIH punca ketidakstabilan ekonomi, pelabur asing bimbang, banyak pusat perniagaan ditutup, perkhidmatan pengangkutan awam terganggu, para peniaga yang ditemuramah mengatakan mereka rugi kerana tiada pelanggan, kerosakan harta benda awam akan dilaporkan, seperti tong-tong sampah yang terbalik ditendang oleh FRU, pokok-pokok yang tercabut daunnya akibat semburan air oleh FRU, juga contengan-contengan graffiti yang jumlahnya jauh lebih kecil berbanding iklan “Honey Massage”. BERSIH 2.0 akan terus dipersalahkan untuk tempoh beberapa lama, temuramah dengan the so-called “cendekiawan” kaki jilat dan pengampu, penganalisis statistic dan macam-macam benda so-called “academia”. Malangnya, sampai ke sudah tiada seekor pun kalangan anjing-anjing penjilat KERAjaan United Malays National Organization ini menyentuh isu undi pos, isu pendaftran pemilih, ketelusan perjalanan pilihanraya, bio-metrik dan kaum kerabatnya, dakwat kekal dan yang sewaktu dengannya.

Scenario 2
BERSIH 2.0 berjalan seperti dirancang dengan jumlah tangkapan yang besar tetapi jumlah peserta yang dapat tiba ke lokasi yang dirancang adalah minima. Maka media-media (baca: anjing-anjing) peliharaan United Malays National Organization akan menyalak mengatakan BERSIH 2.0 tidak mendapat sambutan (bagi peluang gua memaki sekejap; kepala hayah kau tak dapat sambutan) kerana jumlah pesertanya terlalu sedikit. Ramai yang berkumpul di pelbagai tempat yang tidak direncanakan, ketika pelbagai sekatan jalanraya seperti mahu mencari beruang terlepas dari Zoo Negara diadakan, ketika polis-polis menjadi sukarelawan penjual tiket LRT, bertanya anda mahu ke mana, dan atas tujuan apa. Para so-called cendekiawan akan ditanya, member pendapat, memperlekehkan BERSIH 2.0 dan mempersalahkan Anwar Ibrahim. Dan media juga akan terus mempersalahkan Anwar Ibrahim untuk selama-lamanya, tanpa seekor pun so-called cendekiawan ini, mahu pun media-media anjing peliharaan United Malays National Organization ini, yang mahu menyentuh mengenai perjalanan pilihanraya yang adil dan bersih. Oh, mungkin ada seekor binawe yang akan mengatakan jika pilihanraya tidak adil dan bersih, mana mungkin Selangor boleh diperintah Pakatan Rakyat.

***********
Peluang tidak hanya datang sekali. Jika gagal hari ini tidak bermakna kamu akan gagal untuk selamanya. Apa yang paling penting, kepala hotak mesti sentiasa terbuka, boleh menimbang satu perkara daripada pelbagai sudut, secara logic dan penuh pertimbangan, bukan dibayangi satu mazhab, satu parti, satu Firaun, atau pun satu bangsa. Demokrasi bukan sekadar pilihanraya, jangkauannya lebih daripada itu. Demokrasi bukan sekadar kewujudan sebuah bangunan Parlimen, atau sebuah institusi KERAjaan yang mempunyai Perdana Menteri dan ISTERI. Demokrasi bukanlah sekadar mempunyai stesen televisyen dan akhbar, atau memberikan lesen penerbitan majalah. Demokrasi bermula dengan seorang individu, seorang warga, yang bebas untuk melahirkan dan menzahirkan pendiriannya, yang kemudian ditimbang dengan akal dan kewarasan, bukan oleh rasisme mahu pun kebimbangan kehilangan kedudukan.

Friday, September 12, 2008

Satu Ketika Dulu Gua Pernah Tergigit Tahi Kambing di Dalam Bungkusan Kuaci

Betul-betul Melayu apabila peribahasa “Pukul anak sindir menantu” masih lagi digunakan dan masih lagi relevan. Walaupun namanya masih nama Inggeris. United Malay National Organization.

Ia sama seperti peribahasa “Marahkan nyamuk kelambu dibakar” yang masih juga lagi relevan. Walaupun dalam United Malay National Organization terdapat “mamak” atau pun Mat Saleh celup. Atau pun Bumiputera dari Sabah.

Apabila Jeneral tentera itu bersuara 4 hari yang lepas, kita tahu yang dimaksudkan ialah pembangkang. Walaupun najis kering berketul di tengah jalan itu keluar dari perut seekor kambing. Semua orang tahu itu tahi kambing. Budak darjah satu tahu itu tahi kambing. Orang buta pegang-pegang, raba-raba kemudian cium pun tahu itu tahi kambing. Tapi United Malay National Organization tetap mengatakannya tahi lembu.

Oleh sebab itu, sejarah telah membuktikan. Setiap kali United Malay National Organization bergolak, dengan masalah dalaman, pergaduhan sesama sendiri dan perebutan wang ringgit (yang asalnya kuasa) maka yang akan menjadi mangsa ialah mereka yang tiada kaitan langsung dengan United Malay National Organization.

Ketika United Malay National Organization berada dalam keadaan yang sangat lemah, busuk, hina dan porak peranda ketika ini, gua tidak melihat satu watak pun di dalam United Malay National Organization yang menjadi mangsa tudingan jari.

Pak Lah sesuatu yang berkecuali. Kesilapannya ialah kerana menantunya. Pak Lah susuk yang sememangnya sudah Mahathir Mohamad kenali sekian lama. Kelembapan Pak Lah, suka tidur, tidak cekap membuat keputusan dan blah blah blah adalah cerminan sebenar kelembapan, suka tidur, tidak cekap membuat keputusan campur racist, tamak, zalim, korup, bongkak dan blah blah blah yang dimiliki sejak sekian lama oleh United Malay National Organization sendiri.

Jadi, Raja Petra sudah ke dalam? Walaupun kita tahu itu tahi kambing tapi mereka tetap melihat yang bulat-bulat kecil hitam dan keras serta keluar dari dubur kambing itu tahi lembu. Jangan hairan jika ramai lagi yang menyusul. Demi meneruskan legasi United Malay National Organization.