Monday, April 23, 2007

Dia Kembali


Pada mereka yang berasakan eranya sudah berakhir pada July lepas, mereka yang mengharapkan satu perubahan akan berlaku selepas ini, mereka yang sentiasa mendoakan agar dia terus terlantar dan mati, mereka yang mengharapkan peluang muncul selepas ini untuk menghenyak dan menghentam dan menguasai tanahair yang dibebaskan dengan susuk empat keratnya itu, mereka yang mengharap untuk kembali dan menjadi penguasa baru, mereka yang mengharap dan bersedia untuk mengubah ideologi yang sudah sebati terasas selama ini dalam minda rakyatnya dapat diubah serta mereka yang berharap dapat diingati kerana menjadi pimpinan Yankee pertama melawat negaranya, anda semua perlu dan berhak untuk kecewa.

Dr Fidel Castro Ruz is back. Dia sudah kembali. Susuk yang menerajui revolusi penuh romantis bersama 80 yang lain termasuk Ernesto Guevara Lynch de la Serna itu, lantas membebaskan negaranya dan menerajuinya hingga ke hari ini sudah sihat, boleh berdiri dan berjabat tangan dengan pelawatnya. Selamat kembali dan menerajui Marxisme-Leninisme dalam dunia yang ekonominya dikuasai kapitalisme.

3 comments:

Anonymous said...

wa makin smagat lepas baca blog lu... smagat anti'bolehland'

wa ni kaki ambik gamba.. kalu lu ade idea menarik utk dishare2... slambe bgtau wa... wa ni ok je..slamat!

maklang said...

salam...lompat dari Jordan ni...

The.Libyaman said...

salam
welcome welcome. ahlan wa sahlan.