Thursday, November 15, 2007

3 itu adalah satu nombor magis

Pernah dengar lagu ni? Dalam video skateboard Girl & Chocolate team, berjudul Mouse, tahun 1997, kali pertama gua mendengar lagu ni, menyaksikan watak seekor tikus menaiki skuter rakannya yang mahu ke tempat kerja, di sebuah kedai burger. Tikus singgah di tengah jalan, dengan skateboardnya, tikus menghabiskan masa, di beberapa tempat, dihalau security guard, hampir dilanggar kereta dan menarik perhatian anak-anak kecil. Mengisi masa sebelum rakan skuternya habis bekerja.
3 is a magic number, yes it is it's a magic number.Somewhere in the ancient, mystic trinity, you get 3 as a magic number.
A man and a woman had a little baby, yes they did. They had 3 in the family, and that's a magic number.
Every triangle has 3 corners, every triangle has 3 sides, no more, no less.You don't have to guess.When it's 3 you can see, It's a magic number.
Bila membaca akhbar hari ini, gua teringat lagu yang sangat mudah ini. Rasanya bapak-bapak menteri juga suka mendengar dan percaya dengan teori angka magis ini. Laporan Haider sudah siap. J/kuasanya terdiri daripada 3 orang. Haider, Lam Thye dan Mahadev Shankar. Mereka diminta meneliti kesahihan LingamGate. 3 bulan yang lepas. Bila laporan itu siap, gua ingat BolehLand akan segera tahu, siapa yang berak tengah jalan? Adakah Anwar Ibrahim sudah bosan menjadi politikus dan mahu mengembangkan karier sebagai penggiat filem? Tidak, kamu tidak boleh tahu apakah kesudahan LingamGate, hari ini esok atau pun lusa.
Kabinet telah pula memberikan tonggengjawab kepada 3 tikus..opps maaf 3 bapak menteri yang lain untuk meneliti laporan itu. dan gua sangat berharap selepas ini, Pak Nazri, Pak Radzi dan Pak Rais tidak menyerahkan laporan mereka kepada 3 orang hakim, sultan atau 3 pemimpin UMNO pula untuk diteliti. nanti selepas 3 tahun pulak gua baru tahu kesudahan video yang kelam-kelam suram itu. 3 watak utama dalam video itu, encik pelakon utama, encik hakim yang dilawan bercakap, dan encik Mahafiraun, dalam tempoh 3 tahun lagi mungkin ada kalangan mereka yang sudah tidur di bawah tanah. 3 kaki, kalau x silap gua.
satu lagi nasihat mudah untuk 3 bapak menteri, gua ada 3 syor yang tidak disampaikan kepada j/kuasa haider sebelum mereka meneliti kesahihan video itu. pertama, panggil encik pelakon utama, tanya betul ke gambar lu? kedua, tanya encik hakim, itu dia call sama lu ke? ketiga, panggil tuan direktor Anwar "Kurosawa" Ibrahim, tanya dia pulak, lu takde DVD version ke video nie, rakyat dah pening tengok yang x clear.
Berbalik kepada video "Mouse", tikus tu kena marah dengan kawan dia yang keje di kedai burger. Sebab mamat tu dah habis shift, kena tunggu tikus tu yang tak sudah2 nak show dia punya trick skateboarding kat tepi jalan. Sampai kena tampar kepala. Gua harap tikus itu aje yang kena tampar kepala, bukan 3 haider atau pun 3 menteri. Sapa yang tampar, itu gua pun x tahu lagi. Video sangat kelam.

6 comments:

Yusmir Yusop said...

Dah sah video tu tulen.Bak kata Husam Musa kalau ekor dan badan cicak terpisah dan kita tanya budak kecik yang ekor cicak tu apa,dia akan kata 'tu cicak pak'.Kalau bawa kepalanya pun dia akan cakap 'itu pun cicak pak'.

Tak tahu apa sudahnya.Tunggu bini aku beranak 3 pun belum tentu.Tunggu aku kahwin kali ke-3 pun...belum tentu.Dan paling sedih kalau keturunan aku generasi ke-3 pun tak tahu lagi.

Tunggu je la...

LuciusMaximus said...

nombor 3 telah ditulis sebanyak 20 kali dalam pos tersebut, terima kasih.

Anonymous said...

Gua nak komen ikut langgam bahaso gayour..

Yang sebonarnyo bondo tu takdo lah rumit sgt.. buleh yo selosai tigo haghi tigo malam.. tapi sajo nak buek bagi lambek-lambek.. kalu buleh sampai tigo tahun..

Kalu Tan Sri P. Ramlee masih idop dah tontu dio sonyum yoo.. iyolah.. dio lobih advance, inovatif dan kreatif dlm memagiskan nombo tigo.. yg buek semuo org suko.. tengok tigo puloh kali sampai haus vcd/dvd sobab gambar itam putih tak torang pun buleh nampak jalan cerito dan sapo aktor-aktor dio

Jorji said...

itu video kelam-kelam style Tim Burton gitu.

kat malaysia ni semua benda cepat sejuk...

lagi 3 bulan sejuk beku la video clip tu.

Led said...

tiga adalah no ganjil.tiada yg ganjil bila tiga dikaitkan dalam soal transparencies gomen...

The.Libyaman said...

max,
21 kali. tahu apa itu 21? 21 ialah 3 times 7. hehe juga disebut dalam lirik lagu itu.

yuzy,
dah tentu ada sekor aje cicak yg terputus ekor ye?

bro,
gua lupa nak sebut pasal Tan Sri P.Ramlee, diorang nie banyak sangat tgk film P.Ramlee kot,itu sebab pilih 3.

jorji,
video itu akan dibekukan dengan kes Mike Tyson dan budak bawah umur kena rogol dengan hero Melaka.3 kes berwibawa.Pfftt.

led,
gomen kena melihat 3 kepentingan sebelum buat keputusan, UMNO, Melayu n Islam. x sangkut baru boleh jalan. kecuali ada kambing berwarna hitam.