Wednesday, November 14, 2007

Gua & Pemuda PAS Rompin

Pagi 10 November itu, gua rasa matahari sangat ceria. Gua rasa ia satu petanda yang sangat baik. Tiba-tiba wife gua cakap, Az-Zahra’ badannya panas. Terpaksa diberi ubat demam dan dahinya ditampal Koolfever.

1000
Kami bersiap untuk keluar ke klinik. Gua dah siap berpakaian yang gua rasakan memang sesuai sekali untuk ke perhimpunan petang itu. Mudah untuk berlari-lari anak atau pun cuba meniru aksi Rabuan Pit di Sukan Asia 1982. Vans Old Skool pun sudah gua keluarkan dari pertapaannya. Siap di”bersih”kan.

1200
Masih belum selesai lagi di Bandar Permaisuri. Ramai sangat yang sakit hujung2 minggu ni. Sesudah rawatan dan dapat ubat, gua gerak pula ke Tesco Extra. Ada lagi barang yang wife gua kata belum beli lagi untuk kursus dia. Di Tesco, sudah 6 SMS gua terima dari mereka yang sudah pun berkumpul di masjid Jamek. Scheiss.

1330
Gua baru nak start kereta nak celah dari Tesco. Terpaksa singgah pulak di Awan Besar, mana sempat nak masak makan tengahari. Bungkus pula nasi campur. Balik rumah.Makan pulak.

1430
Gua baru siap parking kereta di Bukit Jalil. Beli tiket LRT yang terang2 berkompromi dengan UMNO petang itu, untuk menggagalkan impian gua mem”bersih”kan Dataran Merdeka. Gua terpaksa menunggu lebih kurang 45 minit untuk LRT sampai dan perjalanan ke Sogo pula memakan masa hampir sejam. Lu boleh bayangkan jam berapa gua baru sampai? Maka terpaksa lah gua berkawan dengan kumpulan Pemuda PAS dari Rompin yang sedang lepak2 kat Sogo. Diorang kata mujur gua join diorang, boleh jugak jadi tukang ambik gambar. Scheiss.

2 comments:

Anonymous said...

Gua teringat ayat Quran; yg sampai kat tuhan bukan darah korban... pun lu seniri tau semua yg berlaku ada hikmah. Jadi gua rasa lu takyah nak ralat sgt.. relakslar bro.. lu lepak dgn Pemuda (atau pemudi) Pas Rompin bukan lah maksud lu pengecut atau kalau dirakdirkan lu dtg awal dan sempat main police centry atau main galah panjang dgn fru tak juga maksud lu hero. Lu adalah lu yg Allah swt dah jadikan serba sempurna mengikut apa Dia rasa dengan IlmuNya yg lu boleh/sanggup. Balik pada asasnya pada gua mmg kata lu betul.. which is apa pun family come 1st

Ttg bersih tu gua rasa lebih dari mencapai matlamat bagi yg tau guna otak dan berfikir.. kecuali bagi mereka yang berak dan kencing pun dah berbau Umno (lebih busuk dpd bau nun alif jin ya sin) tu tak dapeklah gua nak nolong do..

The.Libyaman said...

hikmahnya, malam Sabtu tu, Batoul masuk hospital 2 hari sebab demam. keluar petang Isnin n pagi Selasa Muezah kena pergi kursus pulak selama 4 hari dan gua kena jaga anak. Tidur malam gua terpaksa dikejutkan sebanyak 2 kali untuk buat susu. Hikmah, gua bapa revolusioner yang mithali, sila hantar nama gua pada Fidel untuk anugerah kehormat Cuba December ini.