Thursday, November 22, 2007

Pilihanraya di Jordan

Sedikit personal. Pilihanraya telah berakhir semalam. Islamic Action Front yang salah seorang pemimpinnya ialah Dr. Ruheil Ghraybah telah kehilangan separuh daripada kerusi Parlimen mereka. Mafraq pula menyaksikan seorang calon baru bertanding, Tayseer Shdeifat. Bagi yang lupa, Tayseer ialah seorang pemandu bus yang paling agresif dalam pemanduannya dan bus yang dipandunya dihidupkan menggunakan wayar dan bukan kunci. Tapi Tayseer kalah kepada Karim Dughmi, bekas menteri Kehakiman yang juga sepupu kepada Dr. Rakan Dughmi. Gua pun tak tahu apasal Tayseer boleh bertanding pilihanraya. Mungkin dia bosan memandu bas. Tapi dia menduduki tangga kedua pungutan undi.
Dr. Ruheil pula ialah pensyarah Mazahib wal Firaq (bagi yang lupa, ini subjek pasal mazhab dan pecahannya, duhh..) dan Adyan Muqaranah (Perbandingan Agama) yang sangatlah err..syadid. Kalau lu mau cerita lanjut, pegi baca suratkhabar sendiri. Punktlich.

1 comment:

Anonymous said...

Sementara itu di BolehLand bila pilihanraya akan diadakan masih lagi menjadi teka-teki kerana Perdana Menterinya masih tidak mendapat "ilham" mengenainya.

Seorang menteri kanan yang tidak perlu menjadi pemandu bas untuk menang setiap kali piliharaya diadakan berkata semalam bahawa RM380j terpaksa dibayar jika tidak naikkan tol di BolehLand.

Kerajaan terpaksa membayar pampasan berjumlah RM380 juta jika kadar tol di sembilan lebuh raya di negara ini tidak dinaikkan mulai awal tahun depan, kata menteri "Kerja Raya" BolehLand.

Beliau berkata, lapan daripada lebuh raya itu dijadual menaikkan kadar tol masing-masing mulai Januari dan satu lagi dijadual mulai 1 Oktober tahun depan.

Antara lebuh raya itu ialah Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Hulu Klang yang perlu dibayar pampasan RM28 juta, Lebuh Raya Utara-Selatan Bahagian Tengah RM18 juta, Lebuh Raya Seremban-Port Dickson RM178 juta, Lebuh Raya Kulim-Butterworth RM10 juta, Link Kedua Malaysia-Singapura (RM6 juta) dan Jambatan Pulau Pinang RM22 juta, manakala RM75 juta lagi diperuntukkan untuk membayar pampasan kepada Litrak kerana mengurangkan kadar tol daripada RM2.10 kepada RM1.60 yang diluluskan tahun ini, katanya.

“Ini semua angka untuk satu tahun saja!...” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2008 peringkat jawatankuasa bagi kementerian "kerja Raya" di Dewan Rakyat di sini, semalam.

Ketika seorang wakil rakyat bangun dan bertanya sampai bila kerajaan harus membayar pampasan dan rakyat harus membayar tol, menteri "Kerja Raya" itu berkata; pihaknya masih berusaha mencari satu kaedah yang boleh menghasilkan suasana "menang-menang" untuk pihak konsesi dan juga pengguna.

“Perkara Yang Berhormat cakap itu saya sudah fikir sejak enam bulan dulu. Hari-hari saya duduk (minum teh tarik) bersama pegawai saya dan bincang bagaimana nak atasi beban yang terpaksa ditanggung kerajaan” katanya dengan nada yg tersangat patriotik.

Beliau berkata lagi; walaupun angka kutipan tol yang diterima oleh syarikat konsesi nampak begitu "menarik", hakikatnya ialah mereka terpaksa membayar hutang kepada bank, selain membayar gaji kakitangan dan menyediakan peruntukan untuk menyelenggara lebuh raya.

“Apabila sudah bayar semua ini, baru tahu berapa saja baki yang tinggal.. (ini sama seperti kira itu kambing)".

Jadi kerajaan kena "fikir" juga semua ini. Kerajaan juga prihatin dengan beban yang terpaksa ditanggung rakyat.

“Kerana ini jugalah kita sudah menyerahkan kertas kerja kepada Kabinet yang mencadangkan tiga perkara (ini tidak ada kena mengena dengan itu nombor 3 magis punya cerita) untuk mengatasi masalah ini dan bagaimana nak bagi rakyat terima kenaikan tol ini,” katanya.