Friday, February 22, 2008

Jangan Bersekongkol Dengan Penipu!

“Apa jadi dengan missing girl tu? Sharlinie? “

Oh gua lupa plak, takde sapa dah yang peduli sebab semua sibuk nak pilihanraya. Semua orang baca suratkhabar. Polis pun baca suratkhabar. Mereka juga tonton berita, layari internet, khususnya website pembangkang. Sebab nak pantau, bila akan ada ceramah politik. Hantar pengintip dalam setiap bilik gerakan PAS, DAP dan PKR. Polis semua sibuk. Tak sempat nak menyiasat.

Pembaca berita juga sibuk. Mulut kena berlatih selalu menyebut Barisan Nasional, nama-nama pemimpin Barisan Nasional, calon-calon Barisan Nasional dan segala yang berkaitan dengan pemerintah. Penulis skrip berita juga mungkin sudah terlupa bagaimana untuk mengeja nama Sharlinie dengan betul, termasuk nama bapanya sekali. Kasihan.

Oleh kerana pilihanraya yang semakin hampir, apa sahaja bahan bacaan/media yang penerbitannya bersifat harian sudah menjadi satu benda yang amat membosankan. Begitu juga dengan body panas Norazlina Redzuan dan kebaya nipisnya sudah gagal untuk menjadi tarikan audien lagi. Bosan. Malam tadi, mak dan atuk gua nak tengok Forum Perdana, diorang pergi bincang pasal pilihanraya juga, apa punya turrrr…
Sekali lagi, jika lu rasa mahu melakukan sesuatu yang lebih berfaedah pada 8th March nanti, pastikan ia bukan untuk beratur menyerahkan kad pengenalan kamu untuk diberikan 2 keping kertas dan menuju ke satu kubikel paras leher untuk memangkah dengan pensel 2B. Ia adalah satu penipuan yang nyata dan lu tidak sepatutnya bersekongkol dengan penipuan ini. Boleh pergi berkelah sebagai contoh.
Sebelum gua lupa, isteri gua tidak pernah seumur hidupnya mendaftar untuk menjadi pengundi (sebab itu dia boleh menjadi isteri gua walaupun abahnya/keluarganya adalah fanatik UMNO), apatah lagi keluar mengundi. Dia juga tidak pernah membayar yuran untuk mana-mana parti politik, sama seperti gua (Ich Liebe Dich Meine Liebste!). Tapi...


IC Number 770314016752 / A3630300
Name MUEZAH BINTI ABDUL RAHMAN
Birth Date
Gender P
Locality 161 / 46 / 18 / 002 - JALAN DATO ABDULLAH
Polling District 161 / 46 / 18 - NGEE HENG
State Assemblies 161 / 46 - PENGKALAN RINTING
Parliamentary 161 - PULAI
State JOHOR
Polling Centre SEKOLAH KEBANGSAAN NGEE HENG
Polling Stream 3
Voting Time 08.00 PAGI - 05.00 PETANG
Serial No 1415


apa pula kaitan wife gua dengan Parlimen Pulai sedangkan dia sendiri tidak pernah ke sana. Sedara pun takde. Gua tidak tipu tentang daftar pemilih ini, orang yang buatnya yang menipu. Jangan bersekongkol dengan penipu.

5 comments:

Anonymous said...

Gua dah kato SPR tu kan lobeh toghok dpd suruhanjayo video linggam :)

thinker bell said...

weh, beghak tu. mu takdok saing SPR ko? tanyo demo.

ish, i think that's the exact reason la that we should daftar ngundi. pegi atau tidak is a different issue.

that's why i registered. i wouldn't fancy someone else becoming me. sbb i kan best, like pehal org lain nak jadi best cam i lak kan. heheh.

just to share something with u la kan, there's this one org kuat of UMNO youth told me the exact same thing. he said something abt registering ourselves before our names being used and manipulated by others.

so, don't give them any room to make us the victim.

LuciusMaximus said...

bro, betul kata thinker bell...

sebab apa jadi begini kerana ada antara kita yang tidak berdaftar jadi pengundi. sepenggal, dua penggal, tiga penggal kemudian bila tuan punya badan masih berdiam, akan ada pihak tertentu yang tolong daftarkan.

setiap satu jasad dalam malaysia ini, rekodnya sudah ada semenjak lahir, mula dengan sijil kelahiran, kemudian kad pengenalan, mungkin lesen memandu, lepas tu keahlian kwsp, nombor cukai dan daftar pengundi. akhir sekali sijil kematian...

jangan takde makhluk yang pantau semua ni? kalau orang rumah lu yang selama ni sudah ada sijil lahir, mykad, lesen atau nombor kwsp dan cukai tapi sampai sekarang belum daftar mengundi, mesti ada beruk yang ambil kesempatan...

mengundi atau tidak, itu pilihan masing-masing bro (walaupun aku lebih suka kalau kita semua undi dari berdiam diri). tapi bila kita sendiri gagal nak mendaftar, jangan salahkan orang lain bila nama kita digunakan untuk kepentingan diorang...

siapa kata dunia ini adil dan politik bersih beb?

silversarina said...

katanya ramai yang didaftarkan kerana tidak mendaftar... akak akan keluar mengundi sebab dah ada orang yang tolong 'clearkan' my mind..

Anonymous said...

beghak sengoti kak bell weh, hehe..

suratkhabar pon ade org report nama dia 'terdaftar'..

malaysian, hint, hint!

isk, lupa, derang buta..