Wednesday, February 13, 2008

nasib anda sudah ditentukan

Di bawah kerajaan Barisan Nasional, nasib kamu memang sudah ditentukan. Kamu tidak akan miskin. Kamu tidak akan kebuluran. kamu punyai hak? hak kamu akan dijaga. kamu mahu bebas bersuara, kerajaan Barisan Nasional akan berikan kamu hak itu. Begitu juga untuk berkumpul dengan aman, menubuhkan parti-parti politik,pertubuhan, kebebasan kamu menulis dan sebagainya.

kamu tidak akan menderita di bawah kerajaan Barisan Nasional. Kamu sebagai rakyat tidak akan terbeban dengan sebarang kenaikan harga barangan, kenaikan harga bahan bakar, kenaikan kos perkhidmatan utiliti, kenaikan kos pengangkutan awam bahkan juga sebagai rakyat kamu tidak akan terbeban dengan kenaikan kos perubatan, pendidikan atau pun kamu merasa sukar untuk membayar tol setiap kali kamu menggunakan lebuhraya yang dibina oleh kerajaan Barisan Nasional dan diselenggarakan oleh syarikat-syarikat kroninya.

Kesusahan dan penderitaan tiada dalam kamus kerajaan Barisan Nasional. Itu kamu perlu tahu dan pahatkan di dalam minda yang Tuhan kamu kurniakan. Di bawah kerajaan Barisan Nasional, gua tidak akan susah.

Kamu juga tidak akan dimomokkan dengan sebarang salahguna kuasa, penyelewengan kuasa dan wang, rasuah atau kamu merasa diri kamu sebagai rakyat yang dianaktirikan. Konsep kesamarataan adalah agenda utama kerajaan Barisan Nasional. Begitu juga dengan keadilan yang akan diberikan secara sama rata kepada semua rakyat berbilang kaum, tanpa mengira sama ada kamu bersunat atau tidak, kamu boleh makan babi atau tidak atau pun kamu seorang atheist. Nasib kamu di bawah kerajaan Barisan Nasional sudah ditentukan. semua yang baik-baik sahaja.

kamu boleh melihat segala bentuk pembangunan yang kerajaan Barisan Nasional jalankan di negara ini. Ia tidak sama sekali menyusahkan kamu sebagai rakyat. Kamu tidak akan terbeban walaupun kerajaan menggunakan wang berbillion dollar untuk projek-projek pembangunan yang akhirnya akan membawa keuntungan kepada kamu sebagai rakyat suatu hari kelak. atau mungkin jika kamu mati awal, keuntungannya untuk anak cucu kamu, generasi selepas kamu.

dengan kerajaan Barisan Nasional juga nasib kamu sangat menguntungkan. selain projek berbillion dollar yang kami khususkan untuk kamu sebagai rakyat, kerajaan Barisan Nasional melalui agensi dibawahnya juga sentiasa memulangkan keuntungan berlipat kali ganda kepada rakyat sebagai pelabur. contohnya Tabung Haji dan KWSP. Begitu juga ASN dan ASB yang baru-baru ini kami sudah paksa para mufti mengangguk kepala untuk bersetuju hukum pelaburannya harus. Peneroka FELDA juga berkongsi keuntungan di bawah kerajaan Barisan Nasional ini. Mereka tidak akan tersisih. Kami berikan mereka dividen yang begitu tinggi. Kami berikan mereka bonus. Kehidupan mereka sangat mewah. Mereka tidak susah. Jika kamu terlihat di dalam rancangan Bersamamu di TV3, ada rakyat yang susah, atau jika ada peneroka FELDA yang hidupnya melarat dilaporkan di dalam akhbar atau pun TV3, itu bukan di Malaysia yang tercinta ini. Itu hanya propaganda media yang mahu mengaut keuntungan. Mereka itu berlakon. Mereka itu dibayar untuk kelihatan susah. Di bawah kerajaan Barisan Nasional nasib semua rakyat Malaysia yang tercinta ini sudah ditentukan, kamu tidak akan susah dan menderita.

Kamu sepatutnya berbangga dengan apa yang kita miliki pada hari ini di bawah pimpinan kerajaan Barisan Nasional. Pembangunan yang pesat yang perbelanjaannya tidak membebankan rakyat, pertumbuhan ekonomi yang sangat pesat walaupun pada ketika Amerika Syarikat yang merupakan kuasa ekonomi dunia dan rakan dagang utama kita berdepan dengan masalah ekonomi yang kian meruncing. kami sentiasa bersifat belas kepada rakyat. kami memberikan subsidi untuk bahan bakar. kerana itulah harga bahan bakar kita masih terlalu murah jika dibandingkan dengan negara-negara lain, walaupun tukaran matawang mereka adalah lebih tinggi. Persetankan itu. Paling utama ialah minyak kita murah walaupun RM1.920 seliter dan 1.90/liter dollar Singapura itu adalah jumlah yang berbeza dan pendapatan per kapita yang juga berbeza. Kita tetap beruntung.

Malaysia juga menjadi tumpuan pelancong dari segenap pelosok dunia. Ia menjadi penyumbang kepada ekonomi negara ini. Kita adalah destinasi pilihan walaupun prasarana pelancongan kita tidak berada dalam kelompok teratas. pelancong sukakan keamanan di Malaysia, sebabkan itu kerajaan Barisan Nasional sentiasa mematahkan sebarang percubaan untuk menggugat kestabilan. Jangan sentuh tentang ISA. Ia akan menjadi penyelamat kepada kita semua. Ia adalah senjata ampuh kita untuk memastikan negara kita terus aman, bukan untuk memastikan Barisan Nasional terus berkuasa.

Sekarang pilihan di tangan kita. Nasib kita memang sudah ditentukan. Orang miskin pun diberi wang kebajikan. Mangsa banjir juga diberi wang ehsan. walaupun kenaikan elaun kebajikan dikuatkuasakan sebulan sebelum pilihanraya atau wang ehsan banjir diberikan ketika orang tengah berkempen pilihanraya.

Cukuplah, panjang-panjang sangat gua dah hampir nak migrain. Makanan yang gua ambik tengahari tadi dah nak terkeluar sebab rasa loya. sekarang tugas hanya pada lu orang yang membaca apa yang gua tulis tadi. secara reverse psychology. terbalikkan semula. jumpa kawan-kawan kamu, mak bapak bagi mereka yang masih punyai mak bapak, sedara mara. adik kawan dan awek balak. beritahu mereka tentang pilihan yang mereka ada pada pilihanraya kali ini. jangan pergi mengundi atau jika pergi mengundi, bikin undi rosak. satu undi rosak boleh membawa perubahan.punktlich.

9 comments:

Anonymous said...

Humang aih!.. togak meromang segalo bulu2 yg ado kek badan gua baco entry lu ni.. biar boto.. nasib baik ado disclaimer kek peronggan last.. logo raso :)

Bro, kalu lu pakai songkok ala2 Rais Yatim & baco teks lu tulih ni bukan bapak mentuo lu yo yg suko, tapi makcik2, pakcik2, tokwan2, toknyang2, kambing2, lombu2, kobau2 dll semuo dari ulu kelawang bawak ko konkoi sampai ko seroting semuo sepakat seiyo sekato tak boleh tidak nak lantik lu jadik ketuo UMNO heheh..

Gua pastekan kato2 mantan perdano mentori BolehLand (dio cam meludah ko langit yo balik bertepek kahak kek muko dio) maso konvensyen umno ke 50;

"38. Sementara demokrasi sering menggalak korupsi di kalangan rakyat dan pemimpin, ia juga kerap menyebabkan ahli politik menyalahgunakan sentimen dan kejahilan pengundi dalam bidang-bidang tertentu.

Orang2 kek Perlis dah berani mintak kalu buleh nak balik semulo kepado caro memerintah berajo dulu2 sobab tak cayo dah kek demokrasi (baco tak cayo kek shahidan).

Pada gua demokrasi masih relevan. Yang buek tak relevan adolah suruhanjayo. SPR tu gua raso kalu tak samo, lobeh toghok dari suruhanjayo video linggam, buek ngabihkan boreh yo!

Punktlich! (pinjam lu punyo)

Anonymous said...

haha, ape la ko anon. baru bace blues jelebu ke? aku mmg dah agak dah.

eh, kalau ikutkan mmg malas pon nk mengundi ar, bapak aku kate suh ngundi, aku kata malas.

undi pon, UMNo gak menang.

tp, bapak aku kata dah jadi 'wajib'. heh, aku pon x tau sangat. tarik nafas, ak amik keputusan pegi. check n balance bak kate lucius maximus.

p/s: ape lg meloyakan dr kerajaan sendiri?? pfftt.

BabaKaisah said...

zul, 8 mac undi beb....dulu gantung poster satumalam 50ringgit..berapa rate sekarang?

Anonymous said...

Gua x tahu sangat. Lu kira untung dapat RM50 gantung poster. Gua punya rate last sekali ialah RM5 sehari. Gua buat 2 hari dapatlah RM10. Itu pun gua gantung poster BN. Cerita masa darjah 3 lah. Masa tu bendera BN pun gua cacak belakang basikal. Phewwwwiiiitttt!

Anna Shariff said...

huh.

nasib baik saya masih tak layak megundi.

kalau tak.
pening kepala woo.

Anna Shariff said...

huh.

nasib baik saya masih tak layak megundi.

kalau tak.
pening kepala woo.

miemie said...

anarki hadhari mana mengundi.
kalo mengundi pom buat undi rosak jek.

Anonymous said...

undilah umno kalo ko kat jelebu..org sana sampai 7 keturunan sokong umno..udahlah..toksah migrain2..beruk hitam tu hampir pasti menang di rembau...

gayour said...

mereka ingin menjadi seperti nabi sulaiman a.s. yang cuba memberi rezeki pada semua makhluk!
hasilnya...
tengok la apa dah jadi pada kita hari ini!

punkrock sungguh!