Tuesday, February 26, 2008

Pilihanraya Bukan Satu Demokrasi

Pilihanraya bukanlah satu demokrasi. Ia hanya satu cabang daripada demokrasi itu. Ada banyak benda lain yang patut wujud bagi membolehkan kamu menggelar diri kamu sebagai pendokong demokrasi. Memperaktikkan satu daripada cabang demokrasi bukan bermakna kamu telah melaksanakan demokrasi itu.

Kali pertama diperkenalkan dengan demokrasi secara mendalam, pada sekitar Jun 1996. ”Demos” & ”Cratos” kata pensyarah gua, yang juga bekas Menteri Awqaf di Jordan. Tiada demokrasi dalam Islam, kerana kita punyai syura. Jangan kamu memandai pulak untuk mengatakan demokrasi itu Islam dan Islam itu demokrasi. Jika kamu maksudkan ia sebagai satu kebebasan dan keadilan, maka ia memang tuntutan agama. Selepas itu macam gua tertidur dan hanya terdengar nama Greek, Socrates dan Plato yang disebut, juga beberapa patah ayat suci Al Quran. Gua tak ingat ayat berapa dan surah apa tapi ”Jika kamu memerintah manusia, maka perintah dengan adil” . Itu memang ada. Gua rasa surah As-Syura, kalau salah tolong betulkan.

Tapi bukan bermakna kita tidak boleh menerima pembaharuan apatah lagi sesuatu yang baik. Jangan salah faham. Bukan gua mahu mengatakan melaksanakan demokrasi itu bukan orang Islam. Dan gua tidak pernah mendaftar untuk menjadi ahli PAS, itu perlu ingat sebelum melangkah ke perenggan seterusnya.

Apa yang mahu gua terangkan di sini ialah selepas gua membaca satu artikel dalam suratkhabar, semalam atau pun balik semalam. Seorang profesor kangkung (sekadar meminjam istilah ciptaan seorang lagi penduduk Jelebu) telah menulis, ”Umat Islam Wajib Mengundi”. Gua bagaikan mahu terduduk memegang suratkhabar yang memang gua tahu sangat tidak menarik untuk dibaca. Ia percuma, ehsan lelaki kedua terkaya di Malaysia, untuk gua salah seorang pekerja kesayangannya. Lalu gua selesaikan artikel tersebut.

Untuk makluman kamu semua, gua ingin mendedahkan satu kaedah jika kamu ingin menulis mengenai agama atau pun bercakap mengenai agama, pada hari ini. Kamu perlu menyebut nama Yusuf Al Qaradawi, selain kamu perlu mengemukakan hujah berasaskan dalil Al Quran dan Sunnah, untuk memastikan pembaca atau pendengar akan berkata ”Wooo! Ini pandangan kontemporari ni, mesti guna pakai ni”

Gua tidak menyalahkan Qaradawi yang memberikan pandangan tersebut. Untuk menjadi sebesar tahi hidung Qaradawi pun gua tak mampu. Gua ingin menyalahkan profesor kangkung itu saja, yang kalau tak silap gua datang dari IKIM,JAKIM atau FRIM, tapi yang pasti bukan Sister In Islam. Kenapa dia hanya memetik satu pandangan Qaradawi sahaja berkaitan dengan demokrasi atau pun memilih pemimpin? Kenapa tidak menggariskan pulak ciri2 pemimpin tersebut dari kacamata Qaradawi? Atau apa pula pandangan beliau mengenai rasuah dan salahguna kuasa? Membolot AP untuk kaum keluarga sendiri? Guna duit rakyat untuk beli kapal selam dan kereta kebal ”besi buruk” pada ketika masih ada rakyat yang tidak berumah dan kelaparan? Atau merampas tanah orang serta memenjarakan orang tanpa bicara? Kenapa pandangan seperti ini tidak disebut sebagai melengkapkan lagi penulisan mengapa ”Umat Islam Wajib Mengundi”?

Untuk sedikit mencantikkan lagi kemarahan gua ini, dalam surah As-Saff ayat 2 & 3, betulkan gua kalau gua salah, ada disebut, ”Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu cakap sesuatu yang kamu tidak buat? Allah teramat amat amattttttlah marah dengan mereka yang bercakap tapi tidak buat.”

Nah! Sekarang tuan profesor kangkung, dan juga ”Ramai lulusan agama jadi calon UMNO”, yang sanggup melepaskan jawatan sebagai pendidik, mencurah ilmu yang ternyata sejuta kali lebih baik daripada menjadi ahli politik demi jawatan, wang dan pengaruh, jangan tipu gua yang lu ikhlas bertanding pilihanraya atas tiket UMNO, mengapa kamu semua tidak pernah mendendangkan tafsiran dan pemahaman ayat ini setiap kali kamu berkempen? Kamu tidak hafal Al Quran? Gua pun sama. Helaian mushaf kamu hilang naik ke langit? Gua boleh beri ganti. Kamu terlupa? Jangan, gua yang selalu menjadikan RATM dan Rancid sebagai muzik wajib dalam kereta gua pun tidak pernah lagi lupa ayat itu, apatah lagi kamu ”Ramai lulusan agama jadi calon UMNO” yang memegang pelbagai jawatan dan tersohor sebagai intelektual agama, dengan kopiah tidak jatuh dari kepala serta janggut sejemput yang dirapi menggunakan pencukur Phillip berharga RM300? Atau kamu sebenarnya ”sangat bodoh?”

Juga tuan profesor kangkung, mengapa pula kamu tidak menyebut mengenai ketidakadilan dalam pemilihan? Jika kamu mengatakan mengundi itu wajib, apakah ciri-ciri yang menyebabkan mengundi itu jadi wajib? Pilihanraya yang diatur? Lahanat tua kutuk yang sepatutnya pencen terus menjadi agen pemerintah? Perubahan peraturan saat akhir untuk menyusahkan pembangkang? Atau kita perlu mempunyai sumber kewangan yang memungkinkan kita mampu membeli saham ECM Libra pada usia 29 tahun baru kita boleh jadi calon dan semua orang perlu mengundinya untuk menjadi pemimpin masa depan? Wajibkah gua mengundi ketika gua sangat sedar yang pilihanraya itu satu penipuan? Atau kerajaan yang bakal dibentuk itu satu kumpulan penipu perompak harta rakyat?

Maaf, gua tidak ada masalah dengan mereka yang masih mahu keluar mengundi, tapi lu menunaikan tanggungjawab sebagai seorang warganegara, dan bukan sebagai seorang Islam.

Berbalik kepada profesor kangkung ini, yang gua baru jumpa artikelnya dan rupanya dia datang dari UM, dia menulis yang umat Islam perlu menerima demokrasi sebagai satu kerangka bagi satu sistem pemerintahan kerana ia mengandungi cara pemilihan pemimpin, cara berunding, nasihat, amar makruf nahi mungkar, menentang kezaliman, menolak maksiat dan sebagainya. Ptuiii! Satu pun yang lu gariskan di atas tidak wujud di BolehLand. Lucutkan saja seluar lu wahai profesor kangkung biar gua lihat sama ada lu bersunat atau tidak. Hanya kerana jawatan dan wang, lu pegi jual agama, betapa hina.



7 comments:

Anonymous said...

BODOH!!!

Anonymous said...

wa baru tahu KJ tu org penang...bukan rembau sejati...

patutlah org lama umno panggil beruk itam..darah mamak, sedara dgn ZAM, supremo BN..

lu org nogori, kalo umno/BN letak babi pun pasti menang...

hidup BN

LuciusMaximus said...

itulah, orang sebelah selatan pekat sangat darah UMNO mereka. kena pulak kalau kat johor, seihup semati dengan UMNO, masuk syurga atau neraka pun dengan UMNO...

cuma di utara dan pantai timur saja yang kesetiaan tidak membabi buta macam babi yang sudah buta.

profesor kangkung yang kau marahkan sangat tu bro, mungkin sebenarnya memberi pandangan berasaskan mazhab islam hadhari, kitab pun mungkin berpandukan al quran mushaf hadhari yang asalnya putrajaya kot?

Jorji said...

dia mungkin dari FRIM. dan statement tu hanya utk penghuni FRIM.

aku jelak baca paper dan tengok berita tv.semua tu beri aku tekanan.
kepura-puraan..pembangunan,keselamatan dan masa depan hanya pada tangan mereka kah?

kalau jatuh kat tangan orang lain,kita semua dijamin lingkup.camtu?

Anonymous said...

sebab peluang tidak diberi. kita dimomok dengan benda-benda yang menakutkan.
btw encik Naim, takkan itu aje yang encik mampu sebut, anak gua pun boleh cuma dia x akan sebut begitu, dia kata "silly"

gayour said...

humang hai... bongih boto ekau yo jang. sampai meludah-ludah! heh!

sekiranya kita mengaku sebagai umat/pengikut Islam yang sebenar, kita tidak ada pilihan selain menyokong ISLAM sepenuhnya!

takut puchong said...

kalau 1 juta org mcm lu tak nak pi mengundi, sampai qiamatle barisan nesyenel jadik gomen. wajip segi agama ke, kebebasan memilih gomen ke, laksanakan je dgn niat menentang kemungkaran. keluhan kita di blog tidak akan mengubah apa2. bak firman dalam quran "tidak akan berubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubahnya sendiri."