Wednesday, April 09, 2008

Al Jazeera Dalam Kenangan

Boleh lu bayangkan sebuah cinta yang berusia 7 tahun? Lu hidup, bernafas, makan dan tidur, mandi dan beribadat serta berdoa dengan cinta itu. Tiba-tiba hari ini cinta itu hilang, atau berakhir. Bagaimana perasaannya?

Gua rasa sedikit sukar untuk menghadapi hari ini, 9th April 2008. walaupun gua tahu setiap yang bermula itu pasti akan sampai ke penamat, tapi gua tidak sangka ia tamat terlalu awal, dan singkat.

Hampir 7 tahun yang lepas, 15 hari selepas gua pulang ke Malaysia. Gua rasa dah sampai masanya untuk mencari kerja, lalu gua ke Kuala Lumpur. Ah! Klise sangat sikit-sikit nak cari kerja kena ke Kuala Lumpur.

Selepas beberapa kali temujanji, gua sampai juga ke pintu pejabat Malaysiakini, di Bangsar Utama. Sangat minat menulis menjadi faktor gua menyertai temuduga mereka, walaupun yang gua bawa hanyalah buku-buku nota catatan peribadi gua sejak berusia 14 tahun untuk dinilai di samping beberapa artikel berbaur politik yang gua tulis dan disiarkan oleh Malaysiakini, Harakah, Tamadun dan beberapa media yang lain. Maklumlah zaman reformasi,darah sangat panas.

Tapi gua pemberontak yang pengecut, bila ditawarkan kerja sebagai wartawan pelatih siap dengan amaran bahawa kerja gua akan dipantau terus dari Bukit Aman, pergerakan dalam perhatian dan macam-macam isu berkaitan gari, akta, polis, Black Maria, lokap dan mahkamah, gua terus meminta masa berfikir. Gua faham Malaysiakini hari itu sangat mendapat perhatian.

Keluar dari sana gua menaiki kereta seorang kawan ke Putrajaya. Kami berlima dengan salah seorang mempunyai urusan di Kementerian Pendidikan. Juga seorang lagi yang punya temujanji untuk ujibakat di Astro. Di dalam kereta itulah cinta gua berusia 7 tahun ini bermula.

Mamat yang mahu pergi ujibakat ni got no balls. Masalahnya kaki dia di Astro sudah booking satu audition dan mesti ada orang pergi untuk audition tu, dan gua dengan rasa sangat bertelurnya telah menawarkan diri. Kerjanya untuk menjadi penterjemah di saluran berita Al Jazeera.

Gua melepasi audition dengan sangat selamba. Bagi gua ia terlalu mudah. Gua buat terjemahan secara langsung, serentak tanpa skrip walaupun bila bersiaran nanti translation script perlu disediakan lebih awal untuk dubbing. Dan gaji yang sangat lumayan, RM250 untuk sejam voice over. Gua rasa gua keje sebulan mesti boleh pegi melancong ke Sweden ni...

Gua makan tidur minum bernafas dan sebagainya dengan kerjaya ini. Gua tidak rasa ada satu kerja lain yang lebih hebat daripada apa yang gua buat. Walaupun selepas tidak lagi dibayar mengikut jam, gua hanya perlu bekerja 15 hari sebulan, tidak termasuk 3 hari cuti tahunan yang gua perlu habiskan setiap bulan, sekaligus menyebabkan gua hanya bekerja sekitar 12 hari sahaja sebulan. Selebihnya gua boleh tidur, jaga anak, shopping, tengok movie, menulis, jadi pemandu pelancong, balik Jelebu atau Muar paling kurang sebulan sekali serta menonton tv sampai jam 3 pagi tanpa perlu risau tidak cukup tidur.

Kalau mahu cerita tentang mereka yang bercinta dengan gua juga adalah sesuatu yang menarik. Kami pernah mempunyai keluarga yang besar sehingga mencapai 19 orang dengan masing-masing mempunyai pendapatan yang besar juga. Ada yang mampu memiliki sebuah rumah lot tepi di Seremban bersama 5 biji kereta dan 5 orang anak dalam tempoh 7 tahun ini. Ada yang mampu membuka sebuah hotel bajet murah di Bangi di samping mempunyai lebih daripada 2 biji rumah namun masih memandu Proton Saga.

Itu belum cerita tentang bisnes yang gagal, yang tersungkur menyembah bumi, yang memandu BMW 5 Series dan kemudian ditipu lebih 200k, atau yang mempunyai 5 kad kredit gold dengan setiap satu had kreditnya sekitar 15-20k. Juga hutang yang bertimbun-timbun.

Oh ya, semua kami juga turut mendaftar program Sarjana dalam pelbagai bidang di UM, UPM, UKM dan UIA, tapi hanyut terus ketika hanya perlu menyiapkan tesis. Sehingga nama-nama kami semua dilupuskan terus daripada senarai pelajar.

Kami ketawa dan menangis bersama. Di pejabat, kami menonton movie yang rakan kami download di rumah sambil menjamu selera dengan nasi ayam percuma yang sedap ditebus dengan meal card.

Kami membaca 3 akhbar harian utama setiap hari yang diberi percuma, kami pulang ke rumah menonton tv dengan percuma tanpa risau dengan bil bulanan, kami juga boleh menghubungi telefon bimbit sesiapa sahaja di seluruh negara melalui talian pejabat tanpa perlu bimbang dengan sebarang caj.

Kerja kami tanpa tekanan, hanya perlu datang kerja dan kemudian pulang. Tiada tugasan di rumah. Homework kami hanyalah menambah pengetahuan melalui berita, ”jangan terlepas keretapi”, dan perlu rajin membaca akhbar.

Indahnya hidup ini selama 7 tahun. Bahagianya anak-anak dan isteri. Boleh pulang ke kampung mengikut suka hati, membeli belah ketika semua orang tersengguk-sengguk di pejabat menjadi hamba abdi atau ...tidur sampai tengahari.

Tapi hukum alam sememangnya begitu. Setiap yang bermula itu mesti akan berakhir. Maka hari ini nikmat itu telah Tuhan tarik semula. Dengan mudah dan pantas, seperti mana ia diberi dahulu.

Al Jazeera versi Arab ini akan berakhir hari ini. Sejarahnya siarannya di BolehLand yang bermula dengan desakan politik kerana menjadi media alternatif paling berani, lantang dan demokrasi akan berakhir pada 9th April 2008 jam 3 petang. Lu tidak akan mendengar lagi suara macho gua dan kawan-kawan.

Walau kami kerap dikritik kerana terjemahan yang agak perlahan tapi kami juga pernah dipuji kerana terjemahan secara langsung ini bukan satu kerja mudah. Tanpa skrip, sejak 21st March 2003. Hanya dibantu kelebihan bercakap dan ilmu tentang berita-berita semasa. Pernah tengok macamana interpreter di UN bekerja?

Gua akan terus berada di sini, kecuali jika Rais Yatim mahu gua menjadi interpreter di Kementerian Luar Negeri. Atau tiba-tiba majikan bukan Melayu lelaki kedua terkaya di BolehLand sudah muak membayar gaji gua. Hidup mesti diteruskan, walaupun gua rasa sangat sedih melihat kemusnahan cinta berusia 7 tahun ini.

Ada kerja kosong untuk gua? Yang lebih lumayan dan berfaedah daripada gua duduk di pejabat dari jam 9 pagi hingga 6 petang hanya membaca akhbar, menonton tv dan kemudian sedikit sibuk dengan deadline info-info program tv pada hari Khamis dan Jumaat? Cepat-cepat e mail gua okay!

12 comments:

broken_nigina said...

baru je rasa tergoda dengan 'cinta' yang disampaikan..
terbit rasa ingin berkongsi dan bermadu..
sayang terlalu terlambat..
ia telahpun berakhir.
haih..

Jorji said...

sedapnya kerja sukahati.gua jugak la yang terus kerja sakithati.

LuciusMaximus said...

maksud lu, lesen siaran setesen tv kesayangan kerajaan BN satu masa dahulu itu sudah ditarik balik?

pua kang kang said...

ada keje kosong bep.. tapi itu pun syarikt bukan melayu n dimiliki oleh oleh orang biasa je.cukup bulan gigit jari nak bayar gaji.Tapi dia bayar gak .nak cuba..

Anonymous said...

nigina,
lu boleh carik madu lain, madu tualang sebagai contoh

jorji,
mulai sekarang gua akan menyertai lu

max,
BN pernah jatuh hati dengan Al Jazeera ke? Wa nak masuk BN la ini mcm.

pua,
hidup mesti mencuba. bring it on, bro.

mama said...

semoga hidupmu di hari2 mendatang lebih diberkati olehNya. semuanya ini ada hikmah di sebalik sesuatu yang kita tidak tahu dan lebih bermakna untukmu sekeluarga di masa depan.

TOOLBOX said...

Tak mencabar langsung kojo lu, lopeh tu subuh2 shafi'e ujan lobek sket raso tak lalu nak poie kojo :) patut bertambah tombam

Gua doa lu dapek kojo baru yg lobeh jantan

Anonymous said...

brader,

don't be too hard on yourself...

semua org akan dapat ujian mengikut taraf iman mereka sendiri...

lepas ni bro, baik jadi petani moden atau sewakan kedai, atau melabur dalam amanah saham...

bila ekonomi kita kukuh, duit bekerja untuk kita, tak perlu nak "mengemis" dengan sesiapa, barulah lu akan jadi org yg benar2 berani...

semua org diuji, bersyukurlah Allah uji sedikit... jgn nak ujian yg lagi berat padahal Allah tahu kita tak mampu... sekadar nasihat utk diri sendiri juga...

teruskan menulis bro! selamat maju jaya... from kucing api

angahcipoi said...

Blues sabar je lah!Biasa lah hidup ni memang camni.Sentiasa berputar!So sahih la dah tak ade terjemahan kat al-jazeera astro lg ye?Apa khabar la sahabat aku ustaz kat rasah jaya tu?esok telefon lah dia!Ok good luck bro.Join pas jelebu lah bagus.
http://pasjelebu.blogspot.com

manusia ganjil ikan yu said...

ini semua gara-gara BERSIH la ni yang memaparkan interview bersama Zam



"erection"

mama said...

bersabarlah menghadapi hari2 mendatang...

kalau bosan sangat tu banyak2kan lah baca Al-quran. Allah sentiasa bersama hamba-hambanya yang beriman.

Yusmir Yusop said...

Ala tak dengar dah suara macho lu