Friday, April 04, 2008

Artikel Yang Bukan Politik : Tuhan Itu Masih Bersimpati Dengan Gua

Kuala Lumpur hujan petang sejak 2 minggu yang lepas. Jika gua merempit maknanya gua terpaksa menukar jaket baru untuk ke opis hari esoknya. Bagi gua, kalau dah nak balik rumah, basah kuyup pun okay. Tak punk lah berteduh bawah jambatan takut air hujan. Kalau nak pegi opis okay jugak takut air, ini dah nak balik rumah pun.

Tapi sejak Isnin lepas, Tuhan sudah mula menambah bekalan tadahan air untuk rakyat Selangor. Hujan sudah mula turun waktu pagi pulak. Gua bila tengok pagi-pagi dah hujan ni, benda yang pertama sampai dalam kepala otak gua ialah ”Hujan Pagi”, novel agung karya Pak Samad Said. Entah kenapa, mungkin kerana tajuknya begitu, juga ceritanya yang lekat pada jiwa gua (ia bukan cerita pasal hujan, tapi pasal imaginasi/realiti dan dunia kewartawanan), itulah benda pertama yang akan gua ingat setiap kali hujan di waktu pagi, dari gua baca novel tu sampailah ke pagi tadi. Dan juga sekarang ini.

Sejak Isnin lepas juga, gua seperti menagih simpati, memohon kepada Tuhan, agar ”hujan pagi” ini hanya muncul pada hujung minggu. Gua sebak melihat hujan yang turun pada waktu pagi, melihat susuk gua sendiri di cermin ketika sudah siap untuk ke opis. Aduhai, bukan ini sepatutnya pakaian ketika ”hujan pagi”.

Ketika ini juga, gua teringat TukYa yang memandang titisan air hujan yang turun pada waktu pagi sedang dia sepatutnya keluar ke hutan, lewat novel Seorang Tua di Kaki Gunung tulisan Azizi Haji Abdullah. Hujan pagi sangat enak jika ada air kopi dan ubi rebus. Hujan pagi sangat sangat sinonim dengan selimut yang melitup sehingga paras bahu, juga suara mak yang agak nyaring merungut anaknya yang masih dibuai mimpi walau saat matahari sepatutnya sudah tegak sejengkal jari.

Juga sejak Isnin lepas, gua hanya mampu melihat baju-baju yang gua tinggalkan di ampaian, lencun dan kuyup meminta dibilas dan dikeringkan semula. Aduhai hujan pagi menyebabkan mesin basuh terpaksa bekerja sekali lagi. Selalu juga mak gua akan marah bila gua pulang ke kampung dan mengharapkan hujan akan turun pada waktu pagi.

Ramai yang merana rupanya dengan hujan pagi, walaupun gua meminta hujan di Jelebu itu kerana tidak tahan dengan kepanasannya. Tapi hujan pagi bakal membantutkan rezeki orang-orang kampung seperti Tukya, juga di KL akan menjejaskan prestasi kerja manusia seperti gua, yang melihat hujan pagi sebagai satu nikmat yang patut dirasai dengan mata yang pejam.

Hampir-hampir sahaja gua nak MC kalau hujan pagi tidak berhenti. Mujur pagi ini Tuhan masih bersimpati.

10 comments:

Yusmir Yusop said...

Hujan itu juga agenda Tuhan tuntut manusia merancang dengan baik.Kerajaan berubah,iklim turut berubah-ubah.Semacam isyarat.

manusia ganjil ikan yu said...

Emergency Leave sudah.

haha

Jap nk sidai baju

TOOLBOX said...
This comment has been removed by the author.
TOOLBOX said...

Mungkin hanyo 10 atau 20 pagi yo yg berujan di Kinrara dpd 365 hari. Rahmat lar tu bro!

Mungkin maso lu nengok muko lu yg tombam kek ceromin maso hujan pagi tu Pak Lah meronong jauh pado keluasan tasik di Putrajaya sambil nyanyi lagu Hujan -- bila aku sudah tiadaa..

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

hujan pagi?woi lu duduk mana?gua tak dapat pun minggu ni..asyik panas terik je pergi kerja..

Anonymous said...

pp,
wa kt KL aje lu kan di gua batu pulau jawa mana nak serupa

yuzy,
BN kena masa PRU xde isyarat plak, redah terus.

bro,
gua hanya tengok rumput yg gua tanam aje. segar bugar. xde resah mcm PakLah tgk tasik yg luas tapi dalamnya ada banyak rahsia.

silversarina said...

Hujan pagi , hujan petang dan hujan malam...itu yang dirindui... setakat ini panas sentiasa di sini..

Layla Haq said...

Ya, hujan tak kira pagi, petang atau malam kadang merimaskan.

Terik mentari juga dikira merimaskan tatkala kita mengimpikan kedinginan. Namun tuhan lebih tahu apa yang diberi itu.

Jalan pasti jem, kemalangan kerap berlaku dan sesak dalam keadaan basah ketika menaiki bas pasti menjengkelkan.

Namun itu pengalaman juga. Dengan pengalaman kita dapat hadapi hari esok dengan membawa payung sebelum hujan atau sebagainya.

Opppsss....Nak angkat kain di ampaian jap.

Anonymous said...

kak ina,
takpe orang ganu puas dah berhujan, kang nak hujan siang malam, payah pulak rumah kena naik air :)

bayan,
seminggu yg lepas, sesudah sekian lama tidak naik LRT, selepas hujan dengan penumpang yang balik kerja, iyyyeeewwwwwwwww.

mama said...

hari ini pun seakan mau hujan juga da..

hari-hari hujan kan sekarang ni.tapi apakan daya hujan pun salah satu nikmat dunia... kalau panas sangat pun susah jugak.

hujan oh hujan...
semoga bumi ini terus subur disirami hujan dariMu Tuhan.