Thursday, April 10, 2008

Baru Gua Tahu Orang UMNO Rupanya Takutkan Babi

Jika dulu penulis blog dianggap sebagai beruk, hari ini para pemimpin UMNO juga telah turut sama menerjunkan diri ke dalam dunia beruk.

Jika dulu mereka yang turun ke jalanraya dianggap sebagai kumpulan yang mengancam keselamatan dan ketenteraman awam, tapi orang UMNO juga akhir-akhir ini semakin kerap mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.

Paling menarik perhatian gua ialah demonstrasi babi-babi, opps maafkan gua, bukan gua maksudkan babi yang berdemo tetapi mereka berdemo pasal babi. Manusia, yang gua yakin 100% adalah ahli UMNO atau kena suruh dengan ketua UMNO cawangan.

Juga gua 90% yakin bahawa mereka ditanggung perbelanjaan dari Sepang ke Shah Alam, dan mungkin juga diberi duit poket, makan tengahari percuma, “marker pen” & manila kad percuma, serta sepanduk yang memang sudah siap bercetak.

Menarik sekali, majority yang pergi ialah orang Melayu UMNO, yang mungkin beragama Islam, sebab gua tengok mereka sangat takutkan babi. Kalau dilihat daripada sepanduk yang mereka angkat lah. Takde pulak gua nampak muka Ah Hong atau pun Rajunathan. Mungkin Ah Hong suka bekalan makanan dia akan mudah & murah selepas ini manakala Raju plak dah join Hindraf.

Orang-orang Melayu UMNO yang mungkin beragama Islam ini, memekik dan menjerit serta membawa sepanduk yang langsung tidak beragendakan alam sekitar, pencemaran, sensitivity agama (Islam yang melarang makan daging babi bukannya Melayu) atau pun isu peruntukan RM100 juta. Atau juga pengambilan tanah untuk projek tersebut. Semua sepanduk mereka berbaur politik.

Sama ada ini menunjukkan kebodohan si pembuat sepanduk, si penulis manila kad menggunakan marker pen yang diberi percuma, atau pun ia bukti kebebalan orang-orang kampung yang mengikut macam lembu dicucuk hidung. Jerit woi, pekik woi, angkat sepanduk woi, berjemur kita tengah panas woi!Kang balik kita dapat nasi bungkus woi!

Jika si tolol, tidak membaca dan berfikir dengan baik, otaknya lebih kurang sama macam otak babi. Makan najis sendiri. Tapi jika tolol, setiap tindakan diambil dengan berfikir secara matang terlebih dahulu, maka ia hanya dilihat tolol daripada sudut kekurangan sijil akademi dan pengalaman belajar sampai cucur atap. Mereka cerdik dalam bertindak.

Publisiti meluas yang dibuat oleh media mengenai isu babi, jika diteliti satu persatu ayat dalam berita mereka, membuktikan teori tolol di atas. Contohnya gambar air laut yang tercemar akibat penternakan babi yang tidak terancang dan terkawal. Atau juga penyiaran gambar si tolol yang sedang mengangkat sepanduk gambar babi dengan setiap seekornya mewakili 3 parti pembangkang BolehLand.

Jika selama ini, kaum lain melihat PAS adalah fotostat kepada Hizbollah, Osama Ben Laden atau mungkin pejuang-pejuang suci Palestine, akibat isu babi mereka akan mempunyai pandangan yang berbeza.Mereka boleh ketepikan trauma kepada imej serban Haji Hadi atau pun jubah kain keras Dr. Lo' Lo'.

Wah rupanya orang Melayu UMNO itu lebih ekstremis daripada PAS. Mereka lebih sensitive dengan isu babi berbanding dengan PAS. Nampaknya juga PAS bersikap terbuka dengan isu kandang babi. Dan mereka membuat keputusan, selagi ada pilihanraya di BolehLand, mereka akan mengundi PAS. Bravo!

Dan untuk si tolol pulak, babi haram dimakan oleh orang Islam, tapi babi tidak haram dibela dan dimakan oleh orang bukan Islam. Benar penternakan babi di Chuah dan di Melaka yang untungnya masuk ke poket pemimpin UMNO yang mungkin beragama Islam itu telah menyebabkan penyebaran virus nipah, mencemar alam sekitar, pengaliran najis dan sisa buangan yang tidak teratur serta melibatkan pengambilan tanah secara haram. Itulah yang akan diperbaiki di Sepang nanti. Faham?

Mahu jadi babi lagi?

9 comments:

mama said...

babi punya pasal orang melayu ni memang sensitif, tapi kilang arak yang terbentang luas di Shah Alam tu... bila lalu pun dah boleh hidu bau arak tak jadi masalah pulak.

sebab hantu macam mana pun melayu tetap tak mau makan babi kan

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

peh dekat setengah jam gua baca entri lu ni..leceh betul nak tukar perkataan 'babi' dengan liverfool..

Kurie said...

sebab apa anak babi jalan menunduk?....sebab dia malu mak dan bapak dia BABI...

manusia ganjil ikan yu said...

"Babi haram", jawab Salleh Juling.


Glup, glup, glup.

TOOLBOX said...

Tahniah kepado KJ yg dah berjayo jugak jadikan puak2 assabiyyah umno boghok jalanan. Jilat semulo kahak bernanah dorang yg ponoh dongan Mycobacterium tuberculosis dan terojon masuk dalam kubang taik... err najis. Yang bezo cam lu kato mungkin boghok2 ni semuo disponsor berbanding BR dulu guno duit seniri boli marker pen (gua lebih berhemah daripado lu guno boghok yo, tak guno babi okeyy.. hehe)

Gua raso moskel kenapo dio (KJ) dah macam tak bertolo tak berani ke dopan dah. Untuk bersangok baik agaknyo dio poie bersuluk atau mungkin bertapo dan berpati-geni untuk persiapan bulan duo-boleh (jgn join mat rempit@mat cemerlang dah lar). Dedulu dio lah yg paling kedopan menunjuk penumbok pondan sambil menjorit cam ungko kono liwat bilo ado isu2 cam ni.

Samo cam "fitna" BN gunokan isu babi sobab tau "kesensitifan" melayu. Kehabisan modal cam SCOMI utk niago. Cibai!.. Pundek!.. (Ahong & Rajunathan yg kato bukan gua).

Tuhan adil, dlm sibok boghok2 dongan babi tetibo keto-api masuk dlm sungai, gangster main koboi2 (atau combat2) kek KLIA.. heh

Kepado yg was-was ttg isu babi silo baco kek sini dan lopeh tu buat penilaian seniri

LuciusMaximus said...

minta izin link ke pos ini di blog gua

Jorji said...

babi mangsa keadaan.mereka dibabikan untuk mengurangkan cerita pergeseran dalam parti2 pemerintah.

lebihkan citer babi.kurangkan citer parti.

Huzai Mansor said...

Itu Melayu. Kalau arak tak fikir soal haram atau tak. Tapi kalau babi punya pasal memang tiada kompromi. Haram tetap haram. Sungguh ironik.

Yusmir Yusop said...

Baik suruh babi je memerintah BolehLand.Melayu takut,Cina senang,India senyap.

Busuk punya orang.