Bukan hari raya pertama. Dah 2 hari pun raya. Nun jauh di Kemunting, Perak pada tahun 2002. Kami ramai-ramai bawa makanan. Rendang, ketupat, kuah kacang, lemang juga tapai yang mak gua buat sendiri setiap kali raya. Ada macam-macam lagi. 5 keluarga. Untuk 5 orang yang dikurung tanpa bicara.
Ezam ada kasut baru. Dia kata sneakers nie Kak Bahirah bawa. Untuk jadi kasut raya. Cantik kasut raya tu. Dia kata senang nak main badminton. Sambil duduk tukar-tukar makanan di bawah khemah yang macam kenduri budak bersunat. Untuk 5 keluarga. Bagi 5 orang yang dikurung tanpa bicara.
Mereka semua ceria. Walaupun hanya berselipar. Tapi Ezam ada kasut raya. Kak Bahirah yang bawa. Senang Ezam nak main badminton. Semua makanan pulak memang sedap. Masak khusus untuk mereka. Juga rokok Surya yang diseludup masuk di dalam bekas ketupat. Dan beberapa buku terlarang yang gua selitkan di belakang baju.
Masa nak balik semua orang bersalam. Berpelukan walaupun kami tiada sebarang pertalian. Apatah lagi dengan Tian Chua yang memang suka dapat banyak makanan. Semua yang tak habis boleh bawa balik dan simpan. Gua pun pergi jumpa dan salam.
Pak Abu kata “ Terima kasih kerana sudi datang. Teruskan perjuangan”
Ustaz cakap “ Nabi Yusuf juga dipenjara dulu kan? Ini pulak kita manusia biasa”
Isham pulak “ Nanti datang bulan depan seludup masuk Surya satu kartun, wa nak buat stok”
Tian Chua senyum “ Terima kasih and selamat hari raya”
Ezam salam dengan serius “ Teruskan perjuangan. UMNO itu musuh kita yang perlu dihapuskan”
Eh! Ini cerita 6 tahun yang lepas. Untuk 5 keluarga. Bagi 5 orang yang dikurung tanpa bicara. Juga sneakers baru Ezam. Kak Bahirah yang bawak. Senang Ezam nak main badminton.