Bukan hari raya pertama. Dah 2 hari pun raya. Nun jauh di Kemunting, Perak pada tahun 2002. Kami ramai-ramai bawa makanan. Rendang, ketupat, kuah kacang, lemang juga tapai yang mak gua buat sendiri setiap kali raya. Ada macam-macam lagi. 5 keluarga. Untuk 5 orang yang dikurung tanpa bicara.
Ezam ada kasut baru. Dia kata sneakers nie Kak Bahirah bawa. Untuk jadi kasut raya. Cantik kasut raya tu. Dia kata senang nak main badminton. Sambil duduk tukar-tukar makanan di bawah khemah yang macam kenduri budak bersunat. Untuk 5 keluarga. Bagi 5 orang yang dikurung tanpa bicara.
Mereka semua ceria. Walaupun hanya berselipar. Tapi Ezam ada kasut raya. Kak Bahirah yang bawa. Senang Ezam nak main badminton. Semua makanan pulak memang sedap. Masak khusus untuk mereka. Juga rokok Surya yang diseludup masuk di dalam bekas ketupat. Dan beberapa buku terlarang yang gua selitkan di belakang baju.
Masa nak balik semua orang bersalam. Berpelukan walaupun kami tiada sebarang pertalian. Apatah lagi dengan Tian Chua yang memang suka dapat banyak makanan. Semua yang tak habis boleh bawa balik dan simpan. Gua pun pergi jumpa dan salam.
Pak Abu kata “ Terima kasih kerana sudi datang. Teruskan perjuangan”
Ustaz cakap “ Nabi Yusuf juga dipenjara dulu kan? Ini pulak kita manusia biasa”
Isham pulak “ Nanti datang bulan depan seludup masuk Surya satu kartun, wa nak buat stok”
Tian Chua senyum “ Terima kasih and selamat hari raya”
Ezam salam dengan serius “ Teruskan perjuangan. UMNO itu musuh kita yang perlu dihapuskan”
Eh! Ini cerita 6 tahun yang lepas. Untuk 5 keluarga. Bagi 5 orang yang dikurung tanpa bicara. Juga sneakers baru Ezam. Kak Bahirah yang bawak. Senang Ezam nak main badminton.

11 comments:
Melayu mudah lupa
orang politik melayu mudah lupa
Rasanya sneakers Ezam dah koyak. dia perlukan sneakers baru.
kecewa kalau betul...
Lu patut tanya Ezam kenapa.Dia masuk UMNO pun ingat sila panggung?
Bro, mana ko lebih tak percaya? Anwar atau Ezam? Aku punya kawan, tak sedikit la, ramai gak, masih sangsi dengan keikhlasan Nuar. Ko?
Pasal Ezam nih, mmmmm tak ada maklumat. Isham dah komen ke?
ikan,
politik saja, mcm max cakap
max,
orang politik melayu sahaja kan
anon,
6 tahun dah haus pun
kurie,
kalau tak betul?
yuzy,
kasut baru bro, kasut baru!
omar,
personally, Ezam lagi true! tapi siapa lagi yang kita ada. by hook or by crook. hehe fullstop.
takda sapa boleh menang lawan ezam main badminton..tu yg dia cari sparring partner kat team lain.
itu namanya politik macibai.
Zul,
Apahal! Chegu Bard pun dah bunyi nak seberang. Kalau betul2, ko nak duku kepala dia tak. Ingat lagi ganasnya polis menarik dia masa demo depan IOI Mall dulu....lajunya angin beralun
So, yang ramai2 lagi kat dalam sekarang ni dan dah hampir mencecah 6 tahun tempoh tahunan mereka ni, tak pergi ke melawat mereka? Takkan tahanan zaman Reformasi jer kot nak dilawat...
omar,
bad pun dah angau kot. tapi rasanya x betul kot
content,
undang2 ISA melarang yang bukan darah daging pergi berziarah walaupun seagama. Mansuhkan ISA bukan hanya untuk reformis 6 tapi untuk semua.
Post a Comment