Ada seorang lelaki tempang, bernama Fawwaz. Sakit kencing manis. Normal di kalangan bangsa Arab Jordan. Fawwaz ada kedai runcit di bawah flat gua tinggal, di Mafraq. Gua tak tahu sama ada Fawwaz nie sembahyang atau tidak tapi jarak masjid dan bangunan kami hanyalah kurang dari 100 meter.
Satu petang, lepas habis main bola gua singgah di kedai Fawwaz untuk beli sebotol Coke. Kebetulan orang tengah mula solat maghrib. Sekaligus menunjukkan gua dan Fawwaz juga tidak bersolat di masjid. Fawwaz macam tengah membebel. Gua pun tanya apahal beb? Rupanya dia tengah kutuk imam tu punya tajwid salah.
Memang pun dah ramai yang perasan sebelum nie, imam yang merangkap seorang tukang jahit tu, baca Al Quran berterabur. Tapi sekurang-kurangnya dia dah pikul tanggungjawab jadi imam. Dalam kawasan yang ada banyak masjid. Ada ramai orang cerdik pandai. Dan orang macam Fawwaz dan gua. Yang hanya tahu mengkritik.
Malam tadi untuk yang ke berapa ratus kali, gua terpaksa berdiri di belakang imam-imam seperti yang dibebelkan oleh Fawwaz. Di BolehLand. Gua seperti biasa akan menyalahkan sistem (baca; kerajaan). Gua tiba-tiba terfikir. Apakah tiada yang berkelayakan untuk memegang jawatan imam di negara ini? Oh! Imam, ia satu jawatan khusus untuk bekas-bekas polis, guru atau pun tentera. Di kampung gua pesara kerani pejabat tanah yang kini menjadi imam. Orang muda mahu jadi posmen dan mat rempit. Kerja kilang Samsung di Seremban atau pun ambik lesen kontraktor kelas F. Daftar jadi Putera UMNO nanti boleh dapat projek repair longkang masjid.
Kerajaan Islam Hadhari di BolehLand, sanggup membayar berpuluh ribu untuk Mawi buat persembahan bulan kemerdekaan tapi bila gua tulis doa untuk Mawi baca dalam majlis berbuka puasa, mereka hanya berterima kasih. Gua nanti dapat pahala. Mawi dapat duit sebab baca doa. Jangan demand sangat dengan ilmu akhirat. Nanti tak berkat. Biar ikhlas. Tuhan tahu apa dalam hati gua. Dan Tuhan pun tahu apa yang ada dalam dompet gua.
Mengapa jawatan imam, atau cuba lu jadikannya lebih profesional, pegawai tadbir masjid sebagai contoh - tidak disenaraikan dalam SPA.? Setiap masjid seluruh BolehLand ini, mesti mempunyai seorang imam. Orang muda. Bayar gaji level graduan. Bukan lagi elaun yang jadi rebutan polis-polis pencen. Semua imam-imam itu ada ijazah. Lulus ujian kelayakan. Beb! Imam ini jawatan profesional. Kena ada ujian.
Tapi politik lebih berkuasa daripada agama. Sebab itu polis pencen boleh jadi imam. Bukan gua menafikan kelayakan mereka. Tapi majoritinya menjadi imam kerana mereka ahli UMNO cawangan. Kalau di Kelantan, mungkin sebab mereka ahli PAS cawangan. Sorry, gua tak pernah pergi Kelantan. Gua agak aje.
Institusi masjid itu sudah dipolitikkan. Oleh UMNO dan juga PAS. Orang yang tak faham macam gua akan keliru. Islam itu seperti kesederhanaan UMNO atau pun ia putih seperti bulatan dalam bendera PAS. Bila dua kumpulan ini berpencak, segala macam pentas mereka gunakan. Termasuklah masjid. Lu ahli UMNO maka lu boleh jadi ahli jawatankuasa masjid. Walaupun lu seorang korup. Lantik jangan tak lantik. Jangan nanti masjid kita dikuasai orang PAS.
Namun bilamana PAS boleh menguasai masjid itu, lain pulak jadinya. Mereka, melalui agen-agen mereka iaitu imam dan segala bala tentera AJK masjid menjalankan propaganda parti. Jangan tipu gua menafikan PAS menjadikan masjid sebagai pentas propaganda. Pegi aje masjid di TTDI Jaya, Shah Alam. Buktikan gua silap!
Cuma dalam kes PAS mereka patut diberi pengecualian kerana mereka tidak punyai banyak saluran. Mereka seringkali menjadi mangsa kezaliman juak-juak UMNO yang menguasai masjid. Juga mangsa kezaliman Jabatan-jabatan agama yang turut dikuasai juak-juak UMNO. Mungkin harapan untuk menyaksikan perubahan pentadbiran masjid ini dapat kita lihat di 5 buah negeri pembangkang.
Keadaan tidak banyak berubah. Langsung. Bagaimana dengan mereka yang tidak menjadi ahli? Tidak mahu berpolitik? Bukan PAS dan membenci UMNO? Tapi mereka mahu pergi solat di masjid. Berdiri di belakang imam-imam yang dilantik kerajaan. Ada yang layak dan ramai pula yang membawa rebah. Islam hanya yang diwarisi, bukan yang didalami dan diperinci. Teks khutbah jadi membosankan, bagai kata Abdullah Jones, sangat kerajaan.
Sedang masjid patutnya jadi satu institusi paling bernilai. Digunakan dengan sebaik mungkin bagi menyatukan umat manusia atas nama agama, dan bukannya atas nama ideologi politik. Bebas sebebasnya.

10 comments:
Agama itu telah menjadi andaian kerana diwarisi tanpa pemahaman.Ada juga bro imam-imam muda professional yang menjadi kepala imam.Cuma,belum merebak sampai ke kampung2 kerana di kampung senioriti Tok Imam tu kriteria utama.
Bagi aku institusi masjid yg bebas politik,masjid tabligh je.Macam kat Sri Petaling atau mana-mana.
Abih dah satu jordan lu tawaf tp Kelantan lu tak ponah sampai. Buek malu yo :) Kayuh lar Punto tu poie. Kalau punto lu tu buleh komplen lamo dah dio komplen "apo ni boss? asik kinrara-jelobu kinrara-jelobu yo, sesekali yo den dapek jalan jauh sket gi muar"
Yuzy,
Masjid Sri Petaling memang cool. Khutbah tanpa teks yang kekadang dalam bahasa Arab. Juga Nasi Beriyani RM7 satu set. Cuma jemaah tabligh masih belum terjumpa hadith tentang kebersihan untuk di"bayan"kan.
Bro,
Wa ada cita-cita aje nak ke Kelantan, kira ok dah tu. Rasa macam jauh sangat. Orang kata Kelantan lebih kurang macam Mekah ahak ahak. Mesti wa boleh jumpa nasi 5 riyal punya.
lepas ni boleh jadi imam di masjid bandar kinrara tu la nampaknya...
imam imam tua ni eksen sikit ngan orang muda.
Gua dulu kerja samsung corning seremban ok! heh
nway..hanya imam kat kampung je tua2..kat bandar,imam semua ada ijazah dan baca surah panjang2 dan kebanyakkannya bagus.lantang bacaannnya..kutbah masih teks la..
try mesjid kat kg sg penchala...macam best...atau mutiara damansara...
..memang setiap jemahat kitaorang pilih2 mana nak makan..kadang2, mana sembahyang ditentukan oleh apa nak makan tengahari tu!
ingat nak makan nasi padang,sembahyang kat mutiara...nak makan kat cherry, sembahyang kat sg penchala.
Ikram dorang kuat bro.Lagipun,kebersihan juga harus 'zuhud'.
Sama cam tempat aku kat Tumpat...
1 masjid 2 iman...
1)Iman Senior - Kira masa PAS baru menang, beliau iman lama kat situ(BN)..tapi ok jugak cuma ada beberapa perkara yg buat dia tak popular..
2)Iman Junior - Kira org PAS...tapi ok jugak..
Tapi masalah utama "politik kedai kopi"...terlampau eksrim kadang2..
Dulu...sekarang...dah ok skit...
time dengar khutbah jumaat la masa terbaik untuk tidur bersila di masjid
jorji,
besar betul jasa kilang Samsung Seremban pada anak2 muda N9
yuzy,
kebersihan x boleh melampau
kurie,
wa rasa ada ketika AJK masjid sendiri serba salah nak kick imam tu. sebab tu diorang masih ada.
yu,
mana x tido, dengan nasi padang nasi beriyani nye lah. siap boleh pilih masjid lagi
salam bro,
kalau topik imam yg diutarakan, bagi gua hanya yg bertunjangkan Al-Quran & Itrah Ahlul-BaitNya aja yg layak nak claim kepimpinan ummah tu, di mana2 pun. Mcm gua ni, elok jadik syiah (bukan mazhab tu, tapi pengikut yg setia) ajalah.
solawat...
Post a Comment