Cukup cukup lah dengan Firaun. Mengapa hidup harus berhenti apabila Firaun juga berhenti bernyawa? Mengapa kamu perlu ikut terjun dari tebing yang tinggi sesudah melihat Firaun juga terjun? Apakah pengeluaran beras negara perlu dihentikan semata-mata Firaun telah membunuh diri? Firaun cuma pernah menjadi seorang pemerintah zalim di BolehLand tetapi Firaun bukan nyawa BolehLand.
Semasa kecil, gua membaca dan mendengar berita tentang Memali. Ustaz Ibrahim Libya. Takkan x pernah dengar? Itulah dia kekejaman pertama Firaun yang gua pelajari. Lu tak percaya itu kerja Firaun? Pergi tengok siapa Perdana Menteri BolehLand ketika itu.
Lu tahu tentang operasi Lalang? Berapa ramai isteri dan anak-anak yang kehilangan bapa diheret oleh soldadu Firaun dan dicampakkan bertahun lamanya ke Kem Tahanan Kemunting? Itu semua kerja Firaun dan itu adalah kezaliman-kezaliman Firaun.
Apa cerita dengan Tun Salleh Abbas? Kalau lu pernah membaca tentang Iftikar Chowdry, lu juga perlu tahu, sebelum Musharraf di Pakistan, Firaun telah melakukannya terlebih dahulu di BolehLand. Tak percaya itu semua kerja Firaun? Pergi buka buku sejarah siapa Perdana Menteri Malaysia yang ke-4.
Ada seorang ibu, bangsa Tionghua dan anak kecilnya, menyewa sebuah teksi berwarna biru dari jenis Toyota Crown. Datang dari Kota Tinggi menuju ke Kemunting. Bertemu suami yang ditahan tanpa bicara pada tahun 2002. ISA. Tiada pertuduhan. Kononnya terlibat dengan pemalsuan kad pengenalan. Walaupun yang sebenarnya terlibat ialah abangnya. Tapi dia juga perlu dipenjara walau tanpa bicara.
Seorang ibu muda dengan 3 orang anaknya. Seorang perempuan dan 2 lelaki. Bertudung labuh. Tipikal pakaian isteri seorang aktivis dakwah. Atau aktivis PAS. Menaiki sebuah van kecil yang berbentuk roti dari jenis Daihatsu. Milik seorang penjual air tebu. Van disewa dan mereka datang dari Johor. Untuk bertemu bapa yang ditahan ISA di Kemunting. Tanpa bicara. Kononnya si bapa anggota kumpulan militant. Terus ditahan tanpa bicara.
Juga seorang lelaki tua. Yang masih terus hidup sampai ke hari ini. Bertemu anaknya yang terkurung kononnya membeli pelancar roket untuk menjatuhkan kerajaan. Berkenderaan dari Jelebu ke Kemunting. Tahanan tanpa bicara. Roket itu kini mungkin mercun yang selalu dibawa pulang anaknya setiap kali hari raya.
Itu semua kerja Firaun. Pemerintah zalim di BolehLand. Hj Mahathir bin Mohamad. Yang pencen pada 2003. Yang memecat 3 timbalannya sebelum terpaksa menyerah kuasa. Yang menjadi punca UMNO diharamkan. Yang menghapuskan (baca; menderhaka) kuasa Raja- Raja Melayu lebih dulu sebelum Idris Jusuh dan Rosol Wahid. Firaun yang memenjarakan tanpa bicara berates-ratus malah mungkin beribu-ribu manusia yang mengancam kuasa politiknya. Firaun yang sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan dirinya terus berkuasa. Firaun yang menyebabkan BolehLand pada hari ini menjadi sebuah negara yang penuh dengan rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, politik wang, tiada kebebasan media dan pelbagai onar lagi. Kebusukan dan kezaliman pemerintahan Firaun itulah yang menjadi punca segala masalah di BolehLand hari ini.
Mengapa beras naik? Itu semua salah Firaun yang satu masa dulu telah memperkenalkan dasar pandang ke Timur. Mahu mengubah BolehLand menjadi sebuah negara industry. Jika Firaun benar-benar bijak dia tidak akan menjadikan kita bergantung sepenuhnya kepada industry dan melupakan pertanian. Jika Firaun bijak, kerajaan hari ini tidak perlu terhegeh-hegeh memberi insentif kepada petani untuk kembali mula menanam padi ketika dunia berdepan krisis beras. Jika Firaun bijak, Malaysia adalah pengeluar beras utama dunia pada hari ini.
Cukup-cukuplah dengan Firaun. Biarkan lelaki tua yang zalim dan jahat semasa pemerintahannya dulu itu menikmati hari tuanya yang penuh dengan sifat pelupa, nyanyuk, mamai dan tak tentu hala. Ke depan salah ke belakang pun silap. Moga Tuhan panjangkan lagi umur Firaun itu bagi dia melihat sendiri segala kebobrokannya ditayang semula.

4 comments:
Teringat pada "SHIT" karya S.N Shahnom Ahmad...
Ahggghh...beras naik harga padi x naik...bengang Nenek aku...
Adios....
Haha.Dia ingat dia dah keluar boleh masuk bila-bila masa.Kalau aku ketua bahagian,memang aku KIV je borang dia.
dia dah nyanyuk sebenarnya tu... banyak2 lah kita yang muda ni baca al-quran tiap hari agar dijauhkan Allah dari penyakit nyanyuk bila tua nanti...
semoga dia sempat bertaubat.
Post a Comment