Thursday, May 08, 2008

Selsema Ini Menghalang Gua Untuk Berfikir Secara Waras

Seorang budak tidak bekerja membuat laporan polis di Shah Alam, kerana marahkan kerajaan negeri Selangor sebab gagal tunaikan janji manifesto pilihanraya. Patutlah budak ni tak bekerja, sebab dia bodoh.

The Real Firaun meracau lagi. Kali ini disebutnya pulak nama hantu yang paling menyeramkan dalam sejarah hantu-hantu Melayu iaitu Anwar Ibrahim. Patut jugak dia lambat mati, Tuhan bagi peluang dia meracau lagi.

Seorang manusia yang mengaku Melayu, menerajui sebuah pertubuhan pelajar Melayu -yang gua sendiri tak pasti berapa ramai pelajar Melayu menjadi ahlinya, mempunyai nama yang gua tak yakin langsung dia tu Melayu, membuat laporan polis ke atas seorang yang bukan Melayu kerana katanya menghina Raja Melayu. Patut juga dia menjadi peneraju pertubuhan itu kerana caranya berfikir memang seperti seorang pelajar, bukan insan terpelajar.

Pertama, kertas-kertas report di seluruh balai polis BolehLand akan habis, dakwat printer juga habis, polis terpaksa buat overtime, jika lah sepatutnya kita semua perlu membuat report polis ke atas janji-janji yang gagal ditunaikan oleh kerajaan sejak dulu hingga sekarang.

Kalaulah The Real Firaun yang meracau itu, perlu kita dengar cakapnya, aduhai berdosa sangat mereka yang dulu tidak mendengar cakap Tunku, nasihat Tun Razak dan juga pandangan Tun Hussein Onn, terutama ketika era 1988, zaman kebangkitan Firaun dan zaman kezalimannya sekali. Cakap lu mau suruh orang dengar tapi cakap orang lain lu tak mau dengar. Apa lu fikir lu seorang saja yang pandai, yang boleh cakap, yang ada akal, yang perlu diterima pandangan dalam BolehLand ini?

Ketiganya, biar sahaja isu orang Melayu diselesaikan oleh orang Melayu. Kalau nama dah macam lelaki kulit gelap yang menjual karpet, lu duduk diam-diam. Juga rupa lu sekali. Maaf gua bukan racist. Tapi gua benci nama lu yang tak cool langsung.

Lagi satu, orang Melayu tak heboh-heboh pun bila orang Melayu sendiri panggil Sultan diorang ”binatang” pesal plak lu nak kecoh?

3 comments:

TOOLBOX said...

Lu tak berapa nak waras takpe janji masih boleh "keras" heh..

Budak-budak tu semua saja jer nak test POLIS RAJA DI MALAYSIA err.. maksud gua POLIS DIRAJA MALAYSIA yang baru jer mengambil pendekatan KHIDMAT MESRA (Friendly Policing) selaras dengan matlamat KDN BolehLand untuk jadi sebagai Kementerian yang MESRA RAKYAT. Boleh?..

Pada pendapat gua (yang kurang pendapatan), orangtua yang nyanyok ajer suka meracau. Gua rasa dia, Karpal Singh, Lim Kit Siang dll yg sebaya dan seangkatan semuanya dah banyak merepek meraban bila bercakap dan dah tak relevan sgt utk zaman kita ni. Kalau suruh Rais Yatim masukkan dalam Muzium Adat di Jelebu tak boleh ke bro?

Anonymous said...

okay gak. sebab gua tengok dalam muzium tu takde pameran manusia lagi

Anonymous said...

Karpal menghina raja-raja melayu ya~
tapi melayu janganlah pula terhidu bau kari mamak yang lazat itu lalu terlupa ya..mungkin kari beliau ada kas-kas..

jadi jangan lupa siapakah si zalim yang pernah menghina,memalukan serta menyekat had kuasa raja-raja secara total suatu ketika dahulu..
sehingga semua harta2 raja diaudit dan diisytiharkan secara terangan?
adakah si firaun sudah lupa titah beliau terpampang pada semua surat khabar belaan B end??
"ISTANA MAHLIGAI SYHADU" lebih kurang begitulah..

eh eh..tapi yang magisnya..firaun tidak pula diapa2kan ya..
malah dikagumi seperti makhluk suci yang dianugerahkan untuk bolehland sepanjang zaman~
semuanya akur dengan cengkaman kuku firaun itu..opps jangan dibantah..
nanti dicakar oleh kuku besi..

ooouuchhhh~