Monday, June 30, 2008

Cikgu Roslan Yang Di Sayangi

“cikgu, saya mintak tolong betul ni. Jangan hampakan saya” Bijan (bukan nama sebenar) merayu kepada Cikgu Roslan.

“Kalau kamu betul-betul nak jawatan Ketua Pengawas tu, kamu buatlah cerita sikit pasal displin si Pudin tu” Cikgu Roslan cakap sambil kepalanya macam terlentuk. Mengantuk barangkali.

“nak buat cemana lagi? Dulu saya dah kenakan dia pasal tidur sekatil dengan adik angkat dia budak Form One tu. Orang tak percaya pun, lagi pun ramai bebudak Form Five yang tidur ngan budak Form One yang jambu-jambu, cikgu. Termasuk lah saya” Bijan dengan rileks nya menyengih.

“Kali ni kamu tuduh lah pulak dia hisap rokok ke, dia fly malam pegi tengok Euro kat kedai Tukiran ke, kasik orang tengok displin dia betul-betul teruk”. Kali ini Cikgu Roslan mensuggest pulak.

“saya tengah terdesak ni cikgu. Kepala blur nak pikir cemana nak kenakan dia lagi, mana nak defend awek saya lagi, cuak saya cikgu”

Memang patut pun Bijan cuak. Lembaga Displin sekolah dah nak meeting minggu depan. Nak pilih Ketua Pengawas baru. Nak ganti Fendi yang dah kena reject sebab selalu tidur dalam kelas. Bijan takut kalau Pudin plak yang kena pilih. Orang-orang Pudin pun dah ramai yang jadik pengawas. Diorang boleh mempengaruhi Lembaga Displin nanti.

Lagi Bijan cuak, minggu lepas awek dia si Rohaya Sabirin dah buat hal. Kena tangkap ngan warden masa ragging budak pompuan kat surau sekolah. Dia saspek budak tu ada fair ngan Bijan. Budak baru masuk, Form 3. Cun jugak lah. Muka Chinese look. Memang Bijan tengah nak usha pun. Tapi Rohaya Sabirin cepat dapat tahu. Bengkak bengkik budak tu kena pijak.

Nak jadik cerita, si Zamri, orang kuat Pudin plak tengah lepak makan biskut kat luar surau. Dia pun pengawas jugak. Mulut boleh tahan. Panjang lah jadiknya kes si Rohaya Sabirin ni. Kait lah jugak dengan Bijan sikit-sikit. Dia tambah cerita lagi, kata Bijan pernah bawak budak baru tu pegi makan KFC kat Tampin lah. Lagi lah mengamuk Rohaya Sabirin.

“Cemana cikgu? Diammm aje” Bijan dah risau tengok Cikgu Roslan. Selalunya tak cam gini. Sporting ngan Bijan. Boleh cover line. Boleh slow talk. Maklumlah, Cikgu Roslan bertunang dengan akak si Bijan. Bakal abang ipar.

“Camni lah, kamu carik sorang bebudak lembut ni, suruh jumpa saya esok. Ajar suruh mengaku yang Pudin tidur sekatil ngan dia dan Pudin jugak dah ehem ehem dia. Mesti jadik punya”

Fuuuuhhhh! Lega Bijan sekejap. Masih ada peluang lagi nie.

Friday, June 27, 2008

Macam Nak Muntah Gua Tengok si Najib Sepak Bola!

Gua pernah tulis dulu, kalau mahu jadik Ahli Parlimen kena masuk ujian IQ dulu. Bukan apa, gua mahu MP seperti Seri Gading, Kinabatangan, Jerai dan Said ke hapa ntah yang tutup satu mata tu, tidak dilihat bodoh di dalam Parlimen, walaupun ramai yang maklum diorang bukanlah pandai mana sangat.

Itu cerita Parlimen yang lepas. Cerita selepas Said hapa ntah tutup satu mata kata Po Kuan bocor tiap-tiap bulan, tapi ini kali cerita Parlimen baru pulak. Said hapa ntah tutup satu mata tu sekarang mungkin sedang tolak kayu balak kat Kuala Sungai Linggi, cuma tinggal kawan-kawannya lagi yang tak reti nak jadik pandai sikit kat dalam Parlimen.

Tapi tiba-tiba, gua tengok Said hapa ntah tutup satu mata tu dah dapat pengganti pulak dalam Parlimen. Jadik bukan nak jadik Ahli Parlimen sahaja yang perlu ujian IQ, menteri pun apalah lagi. Kalau IQ rendah, nanti mula merapu macam orang sakit otak pulak. Sijil x payah tunjuk beb, kat Ampang pun ada jual. Setakat nak Phd pun bersepah.

Dato’ Nazri Aziz. Dia perlu menjalani ujian IQ. Atau mungkin ujian mental, bagi menentukan kewarasan kepala hotaknya. Sebagai menteri yang menjaga Parlimen, wa tahu dia memang yang paling banyak bunyi. Jadik bila makin banyak bunyi, dah jadik makin bodoh plak.

Masa kecik-kecik dulu, wa selalu tengok berita. Ada orang letak batu-bata seketul. Letak simen sikit dulu kemudian lekatkan batu-bata kat tengah. Majlis perasmian apa kejadahnya entah, perletakan batu asas kalau tak silap gua. Hari-hari beb. Hari-hari Dato’ Nazri wei, paling banyak sekali dalam rancangan ”Peristiwa” jam 6 petang kat RTM. Itu dulu, awal 80-an.

Sebab kecik-kecik lagi wa dah jadik rebel, wa selalu cakap dengan mak gua, ”setakat letak seketul batu-bata tu, wa pun boleh buat mak, tak payah suruh Dato’ Rais pun”. Atau pun ”apasal diorang letak seketul aje batu-bata tu, baik siapkan terus aje bangunan nya”. Itu ayat gua masa umur 5-6 tahun kot. Banyak tengok tv.

Mak gua akan cakap ”Aaalaaahhh orang tu buat syarat aje. Nak rasmi kan. Letak batu asas”

Lagi gua bengang bila lepas tu muncul plak idea majlis pecah tanah. Menteri-menteri yang tangan tak pernah pegang cangkul ni, disuruhnya bawa ”trektar” atau pun ”bedozar”. Maka ada lah pulak sorang macai yang berdiri kat sebelah, tunjukkan pada menteri tu, tarik gear ni, jangan tarik tu, kang kita tergali lubang kubur Dato’ plak.

Seciput aje tanah yang kena korek pun. Buat timbus menteri tu pun x boleh. Masuk dalam pasu bunga mak gua boleh lah kot. Hah! Itu pun mak gua cakap ”Aaalaaahhh orang tu buat syarat aje. Nak rasmi kan. Majlis pecah tanah”

Kalau wa cerita macam nie dengan Dato’ Nazri agak-agak dia boleh paham tak? Atau memang dia bengap tak boleh langsung paham benda-benda simbolik nie.

Okay lah Dato’ Nazri. Mat rempit pergi terjun payung kat kutub utara ke selatan gua pun tak pasti, apasal diorang tak terjun hari-hari, kasi tunjuk lagi hero? Atau pun pesal diorang tak lepas sana terus, boleh rempit hari-hari mana ada road block polis atau pun JPJ.

Dan ada satu peristiwa lagi kelakar ye, Najib Razak tendang bola. Wa pun tak ingat lah game apa kejadahnya tapi yang penting bukan MU lah yang main sebab gua tak nampak pun muka Ryan Giggs masa tu. Cuma yang gua perasan, dia sepak bola sekali aje. Pastu keluar. Orang semua tepuk tangan. Pastu baru diorang start main.

Apasal plak Najib Razak tak main sekali? Maksud gua main bolasepak lah? Perut besar bukan alasan beb. Duit isi dalam perut mana berat pun, lain lah macam gua, isi kambing dengan ayam. Bergerak juga dacing timbang.

Apasal dia tendang sekali aje bola tu? Bukan dia aje, Sultan Pahang pun banyak kali gua tengok dia tendang bola. Apasal masa tu lu diam tak mahu cakap ”alahai tendang bola pun macam budak-budak, kalau betul-betul terus main lah 90 minit”. Main bolasepak lah. Jangan main futsal.

So, sekali lagi rasanya, ujian IQ perlu untuk dibuat. Dijalankan ke atas para menteri pulak. Khususnya Dato’ Nazri Aziz lah, dalam tempoh terdekat ni. Itu cuma wa bagi satu contoh. Kalau gua list plak pasal dia tak mahu kasi wartawan lepak kat lobi, Hospital Putrajaya terpaksa keluar reference letter plak untuk dia wajib buat medical check up.

Rilek lah Dato’ Nazri, mana ada kafe Parlimen jual Sheharazad atau pun Amstel. Press confirm tak dapat gambar tu punya. Kalau kat kafe Parlimen lah!

Wednesday, June 25, 2008

Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional

Gua memang cukup benci dengan papan tanda yang sebegini. Bukan kerana gua memang benci dengan Barisan Nasional atau pun UMNO, tidak. Gua masih mengasihi mak gua yang jadi ahli UMNO di Jelebu yang yurannya dibayar oleh Rais Yatim juga mertua gua yang sememangnya penyokong tegar UMNO di Muar. Tapi cukup setakat itu sahaja. Selebihnya tidak akan mendapat walau setitis pun kasih sayang gua.

Papan tanda ni, idea yang datang entah daripada kontraktor haram mana, telah muncul lewat 1990-an. Idea bodoh ini tidak pernah wujud ketika gua meletakkan bendera Barisan Nasional di belakang basikal gua masa pilihanraya 1982 dan 1986 dulu. Kewujudan bangunan UMNO di Jelebu, sama ada di pekan Kuala Klawang atau pun di Simpang Pertang yang akhirnya menjadi tempat kilang sarung tangan, tidak pula pernah diletakkan papan tanda seperti ini semasa projek berjalan. Itu dulu.

Cuma lewat 1990-an, kumpulan perompak harta rakyat ini sudah mempunyai cara menguasai minda rakyat melalui teori yang sering dimainkan oleh para diktator di seluruh dunia. Kalau lu pergi ke Syria semasa era Hafiz Al Assad, lu akan melihat gambar si presiden pada jarak sekitar 50-100 meter. Ketika kali pertama ke sana jugak gua dah rasa macam ada orang ikut gua. Rupanya itu adalah permainan minda disebabkan kewujudan terlalu banyak gambar Assad. Teori yang sama juga banyak digunakan di Iraq, Libya, Mesir, Soviet Union dan Uganda.

Buat jambatan tegak papan tanda ”Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional”, buat balairaya tegak jugak sekali ”Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional”. Buat jamban pun masih jugak nak pacak ”Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional”. Gua rasa belanja untuk tulis ”Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional” tu kalau dikumpul di seluruh negara sudah cukup untuk menampung masalah kemiskinan di Sabah. Atau paling kurang membayar komisen seorang jurubahasa ketika jual beli kapal selam di Paris.

Cuma yang buat gua hairan, mengapa setiap kali satu-satu projek itu gagal, menyungkam, terbengkalai, tak mendapat hasil, tidak bermutu, tidak berkualiti, roboh menyembah bumi macam kebanyakan siling-siling bangunan, juga seperti atap-atap makmal komputer, tak ada pulak tertulis ”Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional”?

Cuba tampal papan tanda besar ”Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional” di depan kilang Perwaja Steel di Kemaman, laluan monorail ajaib di Putrajaya, atau bangunan unik tanpa dinding sebelah Puduraya, bukankah lebih cantik. Sekurang-kurangnya pelancong asing yang datang ke sini tidak perlu lah nak bertanya pada mana-mana anak muda Melayu yang tidak pandai berbahasa Inggeris ”What The F**k is this building, my dear?” atau pun ”Where the hell this monorail stop, baby?”

Dan, cogankata ”Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional” juga perlu diletakkan pada plat-plat kereta nasional, khususnya Proton.

Masa kita nak beli kereta dulu, perkara yang paling utama, bagi mana-mana pembeli rasional, ialah bajet dan kualiti. Ada bajet lebih, baru boleh tengok kualiti. Kalau lu takde bajet, lu boleh blah. Lu tidak boleh melompat ke kualiti. Lu tidak boleh berbincang tentang kualiti.

Ini kerana kualiti ada pada satu takuk yang lain. Namun ada juga pembeli berani mati, yang mengetepikan bajet, terus melompat kepada kualiti, sebelum membuat keputusan membeli kereta. Macam gua lah.

Bukan sebab gua benci kerajaan yang buat projek kereta nasional sekaligus menyebabkan kereta import jadik mahal. Sebelum ada kereta ”orang kafir” pun gua dah pernah beli kereta ”orang Islam”. 2 biji gua beli. Sayang betul gua dengan kereta ”orang Islam” tu. Tapi apabila masalah demi masalah datang, kepuasan pun kurang, sumpahan semakin meningkat, kos selenggara juga tinggi, ”taste” pun dah mencanak jugak, maka gua tahu kualiti itu penting.

Ia bukan sekadar kereta untuk ke tempat kerja ketika hujan, tapi juga untuk membawa isteri bersalin ke hospital pada jam 4.30 pagi, membawa keluarga pulang ke kampung dengan 2 orang anak termasuk lampin pakai buang dan beg susu atau pun untuk memandu melebihi had laju di lebuhraya bertol milik para kroni. Berdosakah gua kerana memilih sesuatu yang lebih baik?

Oleh kerana itu, menaikkan nilai faedah bagi bayaran bulanan kepada pemilik kereta import bukanlah satu penyelesaian kepada kenaikan harga minyak. Ia langsung tiada sebarang kaitan. Jangan jadi bodoh. Ia hanya menunjukkan lu telah tersilap langkah. Semakin banyak tindakan yang lu buat, semakin jelas kebodohan pada muka lu terserlah.

Atas alasan apa? Apa kaitannya dengan harga minyak? Atau pun nilai cukai jalan? Fiat gua sebelum kenaikan harga minyak, hanya perlu diisi tangki penuh sebanyak 3-4 kali sebulan dengan nilai RM80 sekali isi. Tanpa melibatkan perjalanan balik ke kampung lah. Tapi selepas minyak naik, satu tangki penuh ialah RM135. Lu nampak berapa banyak gua tambah untuk satu tangki?

Dan sekarang, kerana kebodohan seorang Perdana Menteri, juga menantunya yang tamak, gua terpaksa pulak menambah bayaran bulanan kereta, yang entah apa alasannya. Walaupun, jika lah mahu dikaitkan dengan kenaikan harga minyak agar seluruh rakyat membeli kereta yang tidak berkualiti itu, Fiat gua masih lagi dalam kategori kereta jimat penggunaan minyak jika dibanding dengan Kancil 660. Apa alasannya?

”Satu Lagi Projek Bodoh Kerajaan Barisan Nasional”

Wednesday, June 18, 2008

Kalau Lu Join Politik Lu Kena Pandai Berpolitik!

Sebelum kita jalan lebih jauh, gua nak kasitau yang gua tahu pasal aurat perempuan. Gua pun tahu jugak lah sikit-sikit pasal hukum perempuan yang menyanyi di khalayak ni. Lagi pulak yang tak tutup aurat. Hellemek! Gua pun ambik jugak lah subjek Tafsir Ayat Ahkam dengan Ahadis Ahkam. Walaupun markah gua x sampai 100, tapi melekat jugak lah apa yang gua belajar. Budak Usuluddin lah beb!

Bukan apa, wa tengok ada orang macam tak sabar-sabar. Atau mungkin bukan tak sabar-sabar, tapi tak tahu berpolitik. Kononnya mahu jadik orang politik. Tapi tak tahu berpolitik. Gua tahu lu memperjuangkan Islam. Ideologi perjuangan Islam. Lu pergi usrah, ikut tamrin dan habiskan buku Fathi Yakan.

Gua masih belum tahu sama ada apa yang gua akan cakap ini betul atau tidak. Tapi gua peduli hape sebab ini blog gua kan? Selagi pandangan gua tidak bertentangan dengan aqidah, lu orang boleh blah. Ada ketikanya logik memang diperlukan ketika semua orang gagal berhujah dengan nas yang tepat.

Lu baru berkuasa. Dengan bantuan dan sokongan bukan sahaja orang Islam, bahkan mereka yang menyambut Chap Goh Mei serta Thaipusam atau pun Hari Natal. Ini Malaysia. Lu sudah tidak boleh mengelak daripada menyebut ”negara majmuk” , ”masyarakat berbilang kaum”, ”Kebudayaan Yang Pelbagai” dan ”menjaga hati”. Macam yang gua cakap tadi, kononnya mahu jadik orang politik, tapi lu tak pandai berpolitik. Sudah resminya berpolitik – faham maksud gua? Berpolitik.

”Alahai! Thierry Henry tu saja jatuh nak dapat penalti tu, politik aje lebih”

”Lepas pegi PC ni kita cakap kat bos jalan jam, pastu terus balik rumah. Politik lah sikit”

”Orang politik ni memang hampeh, hari ni cakap lain, esok cakap lain plak”

Faham? Kalau tidak pandai berpolitik, join saja dengan Tabligh. Pergi berdakwah, jangan sekadar cakap. Bawa semula mat-mat rempit dan awek-awek mereka ke masjid. Jalan yang lurus. Jangan join politik. Nanti banyak syubuhatnya. Faham syubuhat? Kalau tak mampu berdepan syubuhat politik, duduk aje diam di rumah. Nanti bila orang suruh keluar mengundi baru keluar.

Iye, Mas Idayu suka bergelek nyanyi lagu dangdut yang lirik macam haram jadah. Gua pun menyampah dengan Mas Idayu. Dan memang betul, Ella tak pakai tudung macam Wardina. Juga mengada-ngada. Tak kahwin lagi (apa kaitannya?) dan pernah dikaitkan dengan video aksi terlampau di atas kapal. Gua juga faham, lu nak kasitau yang konsert macam tu akan mempertemukan mat rempit dan minah rempit dengan lebih akrab. Itu pun kalau diorang ada nafsu untuk pergi lah.

Tapi, bukankah lebih baik jika kita hulurkan tali layang-layang tu tapi kita kawal supaya tak sampai terbelit kat wayar talipon? Geng, bukan ke sikap gopoh dan tidak cermat, atau boleh gua katakan tidak pandai berpolitik ini menyebabkan pula Sultan murka. Pandai baca suratkhabar orang putih? Tuanku’s Rage.

Lu tahu aje lah BolehLand. Ada Sultan yang hati mereka perlu dijaga. Politik lah beb, politik. Bila Idris Jusoh kutuk Sultan lu marah tapi bila Karpal usik sikit lu tak mahu bunyi. Politik lah beb, politik. Macam tarik rambut dalam tepung. Bukan tarik terus. Lagi pun harga tepung dah mahal, kalau terabur rugi.

Hati Sultan kena mahu jaga. Hati orang yang mengundi lu dalam PRU lepas juga kena jaga. Semua orang ada hati. Oh! Abis sibuk jaga hati orang, hukum Tuhan bila mau buat? Nah, di sinilah lu kena pandai berpolitik. Sambil menyelam sambil minum air. Buat jangan sampai orang nampak. Kalau konsert tu, cuba dulu asingkan lelaki dan perempuan.

Lepas ni, ubah lagi sikit. Selepas terbiasa dengan konsert yang tidak bercampur, kurangkan pulak lagi hiburan tu. Terhadkan lagi. Setakat konsert dangdut, gua rasa x boleh mati lah kalau pupus terus. Hiburkan Sultan setahun sekali. Come on dude, Sultan kat BolehLand nie, okay sikit aje dari zaman Sultan Melayu Melaka. Beli jiwa. Jangan melawan. Diorang Sultan.

Oh ya! Ah Chong dan Muthusamy, hanya tengok aje. Sebab mereka pun terpaksa pangkah ”AnythingButUmno” dalam PRU yang lepas. Kebetulan ”AnythingButUmno” kat tempat mereka ialah PAS. Mereka mungkin berfikir rasional. Oh! Ini orang mahu buat Islam punya law. Tapi hanya untuk orang Islam. We Dont mind. It’s okay.

Tapi jika mereka lebih rasional lagi mereka akan berfikir, makhluk ni takda keje lain ke nak buat selepas menang election?

Tuesday, June 17, 2008

Harapan Baru KERAjaan BolehLand


Setelah berfikir siang dan malam, pagi dan petang, maka bapak-bapak menteri dan Mamak Bendahara bersetuju memberikan tugasan getir lagi berat ke pundak "Lelaki BolehLand Terakhir" bagi mengutus maklumat kepada rakyat jelata.


Lalu berbondong-bondong orang TV bekerja menyiarkan labun "Lelaki BolehLand Terakhir" atas paksaan Mamak Bendahara dan bapak-bapak menteri. Untuk makluman rakyat jua, kata mereka. Supaya hilang segala nista dan tohmah kata. Jujur kami bersama mereka, jua. Ketika susah dan senangnya kita.


Malam ini jam 0930 malam, selain DYMM SPB Yang Di Pertuan Agong dan Mamak Bendahara, labun lelaki ini turut mendapat tempat yang istimewa. Tontonlah. Mana tahu kita mungkin boleh sedikit ketawa.

Friday, June 13, 2008

Daging Kambing & Nasi Itu Sedikit Tersentak Ketika Menyelusuri Abdomen Gua

Apa yang istimewanya tentang hari Jumaat di Sri Petaling? Sebab ada makcik jual nasi beriani yang sedap dan deretan gerai-gerai makanan termasuk satu gerai menjual minyak memperkasakan “senjata” orang lelaki.

Ketiadaan makcik nasi beriani dan juga deretan gerai-gerai makanan termasuk satu gerai menjual minyak memperkasakan “senjata” orang lelaki ini kerap kali menyebabkan suasana yang agak kucar kacir. Contohnya minggu lepas ketika jemaah Tabligh bersidang dan kesemua tempat berniaga dijadikan lot parking.

Tetapi minggu ini, khutbah Jumaat juga menjadi satu lagi keistimewaan. Ramai yang menumpang solat seminggu sekali di masjid yang khutbahnya tanpa teks, serta sesekali muncul khatib yang berbahasa Arab ini, memberikan lebih tumpuan ketika masing-masing terlentuk akibat penangan pelbagai jenis makanan sebelum solat. Ini kerana secara tiba-tiba khatib telah menyebut beberapa frasa yang sungguh berbisa pada ketika ini.

“Ubahlah gaya hidup kita sidang Jumaat yang dirahmati Allah, kita sebenarnya terlalu mengikut budaya hidup kaum bukan Islam. Pada ketika kita berdepan dengan kesukaran dalam kehidupan, punca rezeki yang begitu sempit, ekonomi yang dilanda pelbagai masalah, demonstrasi atau pun mengumpat orang atasan bukanlah satu penyelesaian. Kita perlu kembali menilai segala kesilapan yang telah kita lakukan. Kesemua itu berpunca daripada diri kita sendiri…”

Gua yang sedang melayan jiwa kerana penangan nasi beriani lauk kambing satu set RM7 siap dengan air ni tiba-tiba tersentak. Bagaimana pula ya dengan Pakcik Ali Kunan di kampung gua yang setiap waktu ke masjid mengadukan nasibnya kepada Allah Taala selepas mengerah tulang empat kerat menoreh getah setiap lepas subuh dan kemudian ke kebun pisangnya selepas Asar serta sesekali turun ke sungai mencari siput untuk dijual ke pasar tani? Dia juga khabarnya tidak pernah mengubah gaya hidupnya sejak gua pandai bercakap hinggalah gua pandai menyampuk orang-orang tua berborak di kedai kopi. Orang tua tu menepuk dahi bila bercerita pasal harga barang yang naik akibat kenaikan harga minyak.

Atau lihat sahaja kepada kumpulan manusia bermotosikal setiap pagi di mana-mana lampu isyarat di Kuala Lumpur. Anak mereka di dalam bakul untuk dihantar ke sekolah dan isteri yang tercinta membonceng di belakang keluar bersama untuk mencari rezeki. Jika dilihat pada plat motor, gua percaya sudah lebih 4 tahun mereka tidak mengubah gaya hidup. Mereka akan berjimat sehingga motor pun mereka dah lama tak basuh untuk mengurangkan pembaziran air. Ya! Mungkin mereka punyai kereta dan benci untuk bersesak-sesak dengan kereta, tetapi gua yakin hari ini mereka sangat bersyukur kerana punyai satu alternatif untuk ke tempat kerja.

Jadi, untuk menyelitkan frasa-frasa berbisa seperti tadi di dalam khutbah Jumaat gua rasa bukan satu tindakan yang bijak. Ada benarnya apa yang disampaikan, tapi gua rasa ia lebih tepat jika dibacakan di negara-negara yang bergolak rakyatnya kerana merebut sumber hasil bumi seperti di Ivory Coast, Nigeria, Sudan atau pun Congo. Bukan Kampung Congo. Itu cerita lain.

Tuan-tuan sidang Jumaat yang dirahmati Allah Taala sekalian, kita bercakap tentang sebuah negara yang kaya dengan hasil buminya tetapi rakyatnya menderita ketika para pemimpin pula mendesak rakyat mengubah gaya hidup saat mereka sendiri tidak pernah membayar tunai kepada mana-mana pekerja pam minyak untuk petrol yang menggerakkan kereta mereka DAN bini-bini mereka masih lagi tersengih-sengih dengan rambut setebal 5 inci sambil menyelit di kalangan tetamu dalam satu perasmian sebuah restoran di kota London. Faham?

Friday, June 06, 2008

Bukan 12 Julai Tapi Sekarang!

Gua ada mengusulkan kepada seorang kawan yang menghadiri mesyuarat PROTES pagi semalam. Gua pesan, sila buat cadangan untuk mogok. Mereka ini perlu diajar. Mogok walaupun sehari sudah cukup untuk mengajar. Hentikan segala benda yang bergerak di atas muka bumi kita ini. Termasuk manusia sekali. Untuk sehari. Wujudkan satu solidariti.

Demonstrasi memang bagus. Turun ke jalanraya memang bagus. Perlaksanaan BERSIH dahulu sudah membuktikan rakyat mampu untuk melakukan apa sahaja. Tapi tempoh 5 minggu yang diberikan terlalu lama. Rakyat akan mudah berasa selesa. Terutama Melayu.

Lihat sahaja ketika malam negara huru hara akibat mengejar titisan minyak terakhir pada harga RM1.920 seliter, siapakah yang paling ramai menyerbu stesen minyak? Pemerhatian gua dan beberapa orang rakan, juga bukti-bukti bergambar dari media ialah kaum Cina. Terutama di kawasan perumahan. (Sinonimnya ketika ketiadaan beras juga keadaan yang sama berlaku.)

Orang Melayu hanya bersidai di depan rumah masing-masing melihat kenderaan yang bersusun mengisi minyak. Itu yang dapat gua lihat di Bandar Kinrara. Keadaan yang sama juga berlaku di tempat lain. Juga daripada bukti-bukti bergambar yang boleh kamu tengok sendiri.

Oleh kerana itu gua melihat tempoh 5 minggu yang diberikan sangat tidak rasional. Gua masih belum menerima laporan daripada rakan yang menyertai mesyuarat tersebut, tapi nampaknya mogok telah dianggap tidak relevan. Atau mungkin sukar untuk dilaksanakan. Dari sudut perlaksanaan mungkin.

Tetapi jika BERSIH mampu dilaksanakan dengan jayanya, gua tidak nampak mengapa mogok terlalu sukar untuk diadakan. Atau demonstrasi dalam tempoh terdekat dan bukan 12 Julai.

Ini kerana 12 Julai adalah sekitar 5 minggu dari hari ini. Rakyat akan selesa. Hakikatnya, selesa sebab mereka akan terpaksa. Mahu atau tidak sehingga hari ini sudah berapa kali kita mengisi minyak dengan harga RM2.70 seliter? Mungkin ada yang berulang alik dari Cyberjaya ke Melaka? Sudah berapa kali terpaksa berbelanja besar? Dan sehingga 12 Julai?

Demonstrasi, atau mogok, protes, kempen atau apa sahaja, termasuk usaha untuk mengambil kesempatan bagi menjatuhkan kerajaan perlu dilakukan dengan kadar segera. Sekarang, ketika keadaan masih lagi panas. Berikan satu aksi segera, kerana ketika ini kemarahan rakyat itu berada pada tahap yang sangat maksima. Ia perlu digunakan dengan sebaik mungkin.

Atau PROTES mempunyai sebab mengapa ia perlu dilakukan pada 12 Julai, maka ia perlu diterangkan kepada semua. Kita mudah sangat selesa. Jangan sampai terlalu selesa dan tunduk patuh.

Thursday, June 05, 2008

Mekanisme kepala hotak!

“This is not an attempt to be popular” F**k Lah cakap dalam berita malam tadi.

Wife gua cakap, F**k Lah saja nak carik alasan mau letak jawatan. Kira kalau dia resign lepas ni bukan sebab kepimpinan dia lemah atau pun Firaun membebel tak sudah-sudah. Atau bukan sebab orang UMNO sendiri benci beliau. Dan menantunya sekali.

Kali ini jika F**k Lah resign, ialah kerana tekanan rakyat akibat tindakannya meletakkan jawatan. Itu persepsi wife gua, yang juga bukan ahli politik atau pun ahli mana-mana parti politik. Macam gua jugak. Hanya rakyat marhaen yang pandai kritik sahaja.

F**k Lah kata ini adalah satu mekanisme baru untuk mengurangkan beban subsidi kerajaan kepada rakyat. Bagaimana pula dengan beban rakyat di atas batu jemala dan bermacam-macam batu lagi di tubuh badan mereka?

Selepas huru-hara semalam, oh ya! Gua rasa laporan polis perlu dibuat kerana kenyataan secara mengejut mengenai kenaikan harga minyak itu menyebabkan seluruh negara menjadi huru hara. Pekan Kuala Klawang di Jelebu yang hanya ada 4 stesen minyak itu telah diserbu hinggakan kesesakan lalulintas terjadi. Di Semenyih pula, polis terpaksa berkawal di 2 buah stesen minyak yang telah awal-awal lagi menghentikan operasinya kerana mahu mengaut keuntungan jualan harga baru. F**k Lah patut ditahan di bawah ISA kerana menimbulkan huru hara.

Baiklah, selepas huru hara semalam, harga barangan keperluan juga akan menyaksikan peningkatan. Makanan dan sebagainya akan menyaksikan peningkatan yang “mencanak”. Jadi bagaimana bebanan itu akan ditanggung oleh rakyat?

F**k Lah mengatakan minyak kita masih lagi murah berbanding negara ASEAN lain yang tidak mengeluarkan minyak. Oi orang UMNO, negara ASEAN lain yang tidak mengeluarkan minyak. Ingat, Brunei mempunyai satu keistimewaan lain.

Bagaimana dengan Venezuela? Atau pun Iran? Ah sinonimnya 2 buah negara ini selain menjadi pengeluar minyak utama dunia dan kemudian menjual minyak kepada rakyatnya dengan harga yang murah, juga terkenal dengan wanita-wanitanya yang jelita. Ya! Wanita Iran dan Venezuela.

Baiklah berbalik kepada 2 negara ini, mengapa mereka selaku pengeluar minyak boleh menjual minyak dengan harga yang murah? Sebab mereka jual minyak mengikut harga pasaran dunia, dapat untung berbilion-bilion, yang dikategorikan sebagai wang rakyat, disalurkan semula untuk rakyat. Dan mungkin juga kerana Chavez dan Ahmedinajad bukan seorang yang korup, boros serta tamak. Ah! Romantisnya gabungan Chavez dan Ahmedinajad.

Katakanlah kerajaan tidak mahu memberikan subsidi kepada rakyat dalam pembelian bahan bakar ini, mengapa tidak salurkan sahaja keuntungan petroleum itu untuk menjadikan pengangkutan awam kita berkelas dunia? Sekarang sudah terlewat lah. Oh ya! Ini semua juga berpunca daripada najis-najis yang ditinggalkan Firaun.

Memperbaiki pengangkutan awam, menjadikannya lebih efisyen, murah dan berkualiti. Maka rakyat akan berbondong menggunakannya. Ini tidak, rakyat disuruh mengubah gaya hidup ketika masing-masing mempunyai sebiji, dua biji, atau pun lebih berbiji-biji kereta. Dan motosikal.

Adakah kita sanggup untuk menggunakan pengangkutan awam ke tempat kerja? Pada hari ini? Jika tidak terdesak? Dengan keadaan mutu pengangkutan awam hari ini? Mesti jawapannya tidak? Kecuali sudah terpaksa.

Berhentilah bercakap. Lancarkan satu mogok. Seluruh negara. Serentak. Kita cuba lihat, apakah kesannya. Cukup hanya sehari. Berikan mereka satu pengajaran. Tuhan sudah berikan BolehLand ini satu nikmat yang bukan diperolehi setiap umat manusia, iaitu minyak. Oh ya! BolehLand juga pengeluar gas asli utama dunia selepas Qatar dan Iran, juga pengeluar utama minyak sawit dunia. Kaya, sangat kaya sebenarnya.

”Jika negara terus memberikan subsidi minyak dalam jumlah yang sama pada hari ini, kita terpaksa menanggung beban hutang yang tinggi” gua tak ingat semalam sama ada Najib atau F**k Lah.

Wei labu! Kita hutang sebab banyak beli minyak ke atau hutang sebab beli benda lain?

Wednesday, June 04, 2008

Dialog Dua Orang Sahabat Karib

Gua balik rumah naik kereta. Hari hujan. Jalan jam macam haram. Dekat pukul 8 malam, gua terus buka tv. Sakit hati betul gua tengok muka pembaca berita ni. Gua angkat talipon terus dial no member lama gua.

“Hola commandante!”

“Hola comrade!”. Itu aje yang gua tahu. Gua terus cakap Melayu.

“Gua nak tanya sikit lah ni, apo pasal lu jual minyak murah?”

“gua kesian tengok rakyat gua susah, bro. apasal lu tanya?”

“Bukan apa, ini hari negara gua minyak naik lah”

“Eh! Bukan negara lu pun keluar minyak ke? Banyak tuu”

“Tu lah pasal, wa pun x paham sangat. Kata untung banyak tiap2 tahun”

“lu punya gomen songlap kot?”

“ish! Lu jangan buat fitnah bro, gomen wa Islam Hadhari”

“abis tu lu rasa pesal minyak lu mahal?”

“wa x tahu. Diorang kata minyak dunia mahal sekarang. Gomen x boleh bagi subsidi sangat pun”
wa pun x bagi subsidi minyak sangat. Tapi untung minyak banyak beb, tak abis makan”

“tapi bro, rakyat lu x ramai. Negara wa ada 25 juta. Itu belum campur imigran lagi. Buruh Indonesia pun naik 125Z ini hari wa tengok”

“laaa, negara wa pun ramai. 27 juta lebih dah orang. Biasa lah kan, ramai model kat sini. Takde keje lain semua nak buat anak aje. Bini masing2 macam muka telenovela tu”

“mungkin GDP lu tinggi kot. Kitorang usd14k aje”

“hak tuih! Itu tinggi lah tu. Negara wa 12k aje”

“abis tu pesal minyak negara wa mahal ni?”

“wa rasa macam tadi lah, gomen lu “makan” lebih kot?”

“wa rasa jugak lah. Ramai dah orang cakap macam tu.”

“biasalah tu beb, minyak mahal, mesti untung banyak”

“eh bro, okay lah, abis duit gua kang cakap lama2. IDD nie bukan talipon Jelebu-KL”

“okay lah, adios bro!”

“okay, kim salam ngan orang kampung”

Gua tekan butang merah. Sure bil Maxis gua next month melambung. Berapa sen seminit call Venezuela hah?