Friday, June 06, 2008

Bukan 12 Julai Tapi Sekarang!

Gua ada mengusulkan kepada seorang kawan yang menghadiri mesyuarat PROTES pagi semalam. Gua pesan, sila buat cadangan untuk mogok. Mereka ini perlu diajar. Mogok walaupun sehari sudah cukup untuk mengajar. Hentikan segala benda yang bergerak di atas muka bumi kita ini. Termasuk manusia sekali. Untuk sehari. Wujudkan satu solidariti.

Demonstrasi memang bagus. Turun ke jalanraya memang bagus. Perlaksanaan BERSIH dahulu sudah membuktikan rakyat mampu untuk melakukan apa sahaja. Tapi tempoh 5 minggu yang diberikan terlalu lama. Rakyat akan mudah berasa selesa. Terutama Melayu.

Lihat sahaja ketika malam negara huru hara akibat mengejar titisan minyak terakhir pada harga RM1.920 seliter, siapakah yang paling ramai menyerbu stesen minyak? Pemerhatian gua dan beberapa orang rakan, juga bukti-bukti bergambar dari media ialah kaum Cina. Terutama di kawasan perumahan. (Sinonimnya ketika ketiadaan beras juga keadaan yang sama berlaku.)

Orang Melayu hanya bersidai di depan rumah masing-masing melihat kenderaan yang bersusun mengisi minyak. Itu yang dapat gua lihat di Bandar Kinrara. Keadaan yang sama juga berlaku di tempat lain. Juga daripada bukti-bukti bergambar yang boleh kamu tengok sendiri.

Oleh kerana itu gua melihat tempoh 5 minggu yang diberikan sangat tidak rasional. Gua masih belum menerima laporan daripada rakan yang menyertai mesyuarat tersebut, tapi nampaknya mogok telah dianggap tidak relevan. Atau mungkin sukar untuk dilaksanakan. Dari sudut perlaksanaan mungkin.

Tetapi jika BERSIH mampu dilaksanakan dengan jayanya, gua tidak nampak mengapa mogok terlalu sukar untuk diadakan. Atau demonstrasi dalam tempoh terdekat dan bukan 12 Julai.

Ini kerana 12 Julai adalah sekitar 5 minggu dari hari ini. Rakyat akan selesa. Hakikatnya, selesa sebab mereka akan terpaksa. Mahu atau tidak sehingga hari ini sudah berapa kali kita mengisi minyak dengan harga RM2.70 seliter? Mungkin ada yang berulang alik dari Cyberjaya ke Melaka? Sudah berapa kali terpaksa berbelanja besar? Dan sehingga 12 Julai?

Demonstrasi, atau mogok, protes, kempen atau apa sahaja, termasuk usaha untuk mengambil kesempatan bagi menjatuhkan kerajaan perlu dilakukan dengan kadar segera. Sekarang, ketika keadaan masih lagi panas. Berikan satu aksi segera, kerana ketika ini kemarahan rakyat itu berada pada tahap yang sangat maksima. Ia perlu digunakan dengan sebaik mungkin.

Atau PROTES mempunyai sebab mengapa ia perlu dilakukan pada 12 Julai, maka ia perlu diterangkan kepada semua. Kita mudah sangat selesa. Jangan sampai terlalu selesa dan tunduk patuh.

15 comments:

Junaidi Asmara said...

Aku rasa cakap kau ada rasionalnya.
kalau lama sangat tunggu nanti, semua dah malas. Malumlah..MELAYU kan ramai.
Memang sesak poket sekarang ni.

Anonymous said...

Tul tu lambat sangat.. apa kata bro cadang kat member bro tu kempen rakyat malaysia ni pakai reben hitam ka kat lengan ka kepala ka sampai minyak turun atau pun kempan spray kat tembok macam geng rat wat

abdul hadi said...

diorang berani buat sesuka hati pasal diorang tau rakyat takkan berani buat lebih-lebih... masih ramai lagi yang takut.. ini kita kena ubah!

manusia ganjil ikan yu said...

Hangat-hangat taik ayam

The.Libyaman said...

PROTES mahu buat roadshow seluruh negara dulu sebelum demo. Mungkin mereka melihat BERSIH berjaya dengan cara demikian. Dan cadangan pakaian hitam juga menarik kan? Seperti BERSIH dengan t-shirt retro kuningnya. Tapi gua sure ramai baju band akan keluar :)

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

bawa molotov boleh? ah duit lagi..nak beli minyak..

gayour said...

protes untuk trus hidup!

Yusmir Yusop said...

Jangan hangat-hangat taik ayam.Kali ni mesti lebih berani dan pandai.

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

ntahnye asal lama sgt..ni tgh berkobar2 marah...lama2 kang dah sejuk dah kureng sikit smngat marahnya....harap dipercepatkan..!!

TOOLBOX said...

"Polis Kata Jangan!..."

myownmind said...

depa soh pi Pejabat pos lak.. seolah2 caring laa kasi subsidi minyak nie.. ehehehe amacam??

Jorji said...

PROTES TO SURVIVE!!

Anonymous said...

makin hari makin lemau. kereta pun mau jalan jugak. minyak isi full tank malam huru hara pun dah surut.

"takpe lah, nak buat cemana kat negara omputih pun dalam tv tu minyak diorang mahalgak"

:) berjaya diperbodohkan oleh orang bodoh

Rajuna said...

direct action bro, direct action!!! hahaha

Anonymous said...

Mesti protes..!!!