Wednesday, June 18, 2008

Kalau Lu Join Politik Lu Kena Pandai Berpolitik!

Sebelum kita jalan lebih jauh, gua nak kasitau yang gua tahu pasal aurat perempuan. Gua pun tahu jugak lah sikit-sikit pasal hukum perempuan yang menyanyi di khalayak ni. Lagi pulak yang tak tutup aurat. Hellemek! Gua pun ambik jugak lah subjek Tafsir Ayat Ahkam dengan Ahadis Ahkam. Walaupun markah gua x sampai 100, tapi melekat jugak lah apa yang gua belajar. Budak Usuluddin lah beb!

Bukan apa, wa tengok ada orang macam tak sabar-sabar. Atau mungkin bukan tak sabar-sabar, tapi tak tahu berpolitik. Kononnya mahu jadik orang politik. Tapi tak tahu berpolitik. Gua tahu lu memperjuangkan Islam. Ideologi perjuangan Islam. Lu pergi usrah, ikut tamrin dan habiskan buku Fathi Yakan.

Gua masih belum tahu sama ada apa yang gua akan cakap ini betul atau tidak. Tapi gua peduli hape sebab ini blog gua kan? Selagi pandangan gua tidak bertentangan dengan aqidah, lu orang boleh blah. Ada ketikanya logik memang diperlukan ketika semua orang gagal berhujah dengan nas yang tepat.

Lu baru berkuasa. Dengan bantuan dan sokongan bukan sahaja orang Islam, bahkan mereka yang menyambut Chap Goh Mei serta Thaipusam atau pun Hari Natal. Ini Malaysia. Lu sudah tidak boleh mengelak daripada menyebut ”negara majmuk” , ”masyarakat berbilang kaum”, ”Kebudayaan Yang Pelbagai” dan ”menjaga hati”. Macam yang gua cakap tadi, kononnya mahu jadik orang politik, tapi lu tak pandai berpolitik. Sudah resminya berpolitik – faham maksud gua? Berpolitik.

”Alahai! Thierry Henry tu saja jatuh nak dapat penalti tu, politik aje lebih”

”Lepas pegi PC ni kita cakap kat bos jalan jam, pastu terus balik rumah. Politik lah sikit”

”Orang politik ni memang hampeh, hari ni cakap lain, esok cakap lain plak”

Faham? Kalau tidak pandai berpolitik, join saja dengan Tabligh. Pergi berdakwah, jangan sekadar cakap. Bawa semula mat-mat rempit dan awek-awek mereka ke masjid. Jalan yang lurus. Jangan join politik. Nanti banyak syubuhatnya. Faham syubuhat? Kalau tak mampu berdepan syubuhat politik, duduk aje diam di rumah. Nanti bila orang suruh keluar mengundi baru keluar.

Iye, Mas Idayu suka bergelek nyanyi lagu dangdut yang lirik macam haram jadah. Gua pun menyampah dengan Mas Idayu. Dan memang betul, Ella tak pakai tudung macam Wardina. Juga mengada-ngada. Tak kahwin lagi (apa kaitannya?) dan pernah dikaitkan dengan video aksi terlampau di atas kapal. Gua juga faham, lu nak kasitau yang konsert macam tu akan mempertemukan mat rempit dan minah rempit dengan lebih akrab. Itu pun kalau diorang ada nafsu untuk pergi lah.

Tapi, bukankah lebih baik jika kita hulurkan tali layang-layang tu tapi kita kawal supaya tak sampai terbelit kat wayar talipon? Geng, bukan ke sikap gopoh dan tidak cermat, atau boleh gua katakan tidak pandai berpolitik ini menyebabkan pula Sultan murka. Pandai baca suratkhabar orang putih? Tuanku’s Rage.

Lu tahu aje lah BolehLand. Ada Sultan yang hati mereka perlu dijaga. Politik lah beb, politik. Bila Idris Jusoh kutuk Sultan lu marah tapi bila Karpal usik sikit lu tak mahu bunyi. Politik lah beb, politik. Macam tarik rambut dalam tepung. Bukan tarik terus. Lagi pun harga tepung dah mahal, kalau terabur rugi.

Hati Sultan kena mahu jaga. Hati orang yang mengundi lu dalam PRU lepas juga kena jaga. Semua orang ada hati. Oh! Abis sibuk jaga hati orang, hukum Tuhan bila mau buat? Nah, di sinilah lu kena pandai berpolitik. Sambil menyelam sambil minum air. Buat jangan sampai orang nampak. Kalau konsert tu, cuba dulu asingkan lelaki dan perempuan.

Lepas ni, ubah lagi sikit. Selepas terbiasa dengan konsert yang tidak bercampur, kurangkan pulak lagi hiburan tu. Terhadkan lagi. Setakat konsert dangdut, gua rasa x boleh mati lah kalau pupus terus. Hiburkan Sultan setahun sekali. Come on dude, Sultan kat BolehLand nie, okay sikit aje dari zaman Sultan Melayu Melaka. Beli jiwa. Jangan melawan. Diorang Sultan.

Oh ya! Ah Chong dan Muthusamy, hanya tengok aje. Sebab mereka pun terpaksa pangkah ”AnythingButUmno” dalam PRU yang lepas. Kebetulan ”AnythingButUmno” kat tempat mereka ialah PAS. Mereka mungkin berfikir rasional. Oh! Ini orang mahu buat Islam punya law. Tapi hanya untuk orang Islam. We Dont mind. It’s okay.

Tapi jika mereka lebih rasional lagi mereka akan berfikir, makhluk ni takda keje lain ke nak buat selepas menang election?

8 comments:

TOOLBOX said...

Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB)"berpolitik" menggunakan penyanyi yang pegang mikrofon terbalik (yang mampu juga buat aksi gelek gerudi) untuk menarik golongan veteran dan penyanyi bersuara serak-serak itik serati (yang belum kawin seperti kata lu walaupun tidak tahu apa kaitannya) untuk menarik golongan remaja (baca rempit) untuk datang ke stadium.

Disamping beribu-ribu tiket percuma dihadiahkan kepada budak-budak sekolah, KDEB juga adakan 10 cabutan bertuah (hanya 1 pada tahun 2005) untuk pastikan stadium penuh atau sekurang-kurangnya menyamai tahun 2005 (80,000 orang).

Semua ini adalah untuk pastikan ramai manusia datang memenuhi stadium yang sentiasa kosong bila ada perlawanan bola (baca untuk datang ramai-ramai saksikan sekali lagi pasukan Selangor di"belasah" oleh Singapura).

Gua bukan pandai bola seperti lu. Tetapi gua rasa dalam usaha untuk ubah gaya hidup dan berjimat kejohanan macam ini elok tak payah ada terus. Budak tadika kemas pun akan kata ianya membazir dan tidak membantu sangat dalam usaha meningkatkan mutu FAS. Lebih baik duit RM800,000 untuk lari daripada cukai itu jadi cukai boleh juga kerajaan B(abi) N(asional) bazirkan untuk benda lain.

Balik kepada isu gua rasa ianya politik PR sendiri. YB Menteri Besar seperti memberi laluan kepada Pemuda PAS bersuara bagi pihak Kerajaan Negeri secara indirect. Mungkin gua silap tapi itulah senario yang gua nampak.

Gua hormati pandangan lu. Ada juga kebenarannya. Tetapi gua pilih untuk bersutuju dengan tidakan Pemuda PAS. Kalau zaman retro 70'an, 80'an dan tahun 90'an dulu betul kita kena berpolitik sebab Hukum Islam tu macam baru. Sudah berdekad, berpuluh tahun, kalau asik nak berpolitik dan terus takut dengan isu kemajmukan dan kepelbagaian bangsa dan kaum, dan tidak takut kepada Allah swt sampai tiupan sangkala pun Syarak tidak dapat diletakkan di tempat yang sepatutnya di BolehLand. Prinsip pertama dan kelapan Islam Hadhari yang YM Sultan Selangor menjadi ketua penjaga itu pun menuntut kepada apa yang Pemuda PAS mahukan.

Wallahu a'lam..

Anonymous said...

okey bro,
gua terima. mungkin gua terkhilaf masa menulis tu. thank you very much.

Anonymous said...

Bro babazahra, Salam.

Aku dgn blog ko ni kira macam cinta pandang pertama. Ala2 blog Hishamudin (bukan Auw!) Rais. Mula2 tu ingat sapa lak brudder yg macam bagus ni nak blog-blog. But in short, memang ada kelas. So gua terus hooked. Once in a while kena masuk blog ko.

Anyway for this first time aku kureng setuju dgn komen ko. Memang betul kita majmuk. Memang betul kita ada pelbagai. Memang betul ini semua politik. Tapi sampai bila? Sultan, kita hormat. Tapi kalau sampai makcik terrer gelek gerudi tu boleh dgn lantang buat statement kat koran nasional, aku ingat ini sudah lebeh la.

Betul la kita majmuk tapi tak boleh la nak kitaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa jenak kena jaga hati orang lain. Apa kita punya hati takde nilai? Where got road.

So yes, by all means, itu rocker yg tak kahwin lagi dan awek gelek gerudi tu are NOT welcomed.

Lagi satu, apa kelas bola Maysia, Selangor, Singapore ni? Nostalgia? Pirrraaaahh.. Zaman tu rasuah banyak dah bro....

Ko Red Devil,. So ko jgn lower ur class dgn menatap pasal Red2 Giants ni.... hampeh bro...

Anonymous said...

salam
blog saudara 'broken arabic' dah tak update lagi ke?

Anonymous said...

wak,
wa dah boleh terima. tapi Salehuddin Ayub pulak macam sependapat dengan gua hari ni. mungkin dia pun cuba nak main politik. Cuma gua rasa perlu juga "berpolitik" dalam konteks ni. keutamaan sekarang ni, maksudnya untuk parti pembangkang ialah merampas kuasa dan menafikan hegemoni BN/UMNO di BolehLand. Peluang hanya akan datang sekali. Berkorban sikit. Nama pun politik. Ambik Federal itu keutamaan sekarang. Lepas dapat tu nanti buatlah seberapa banyak perubahan pun. Macam Kelantan kan? Bukan terus saja buat law perempuan keluar iklan kena pakai tudung, kan? Contohnya lah. Gua pun cakap banyak2 nie sampai tak perasan dah betul ke salah. Tapi bila cakap dari sudut politik lah. Sebab yang nak protes pun orang politik. Kalau nak cakap dari sudut agama gua rasa baik Pemuda PAS pergi letupkan kilang arak kat tepi Federal Highway tu dulu. Contohnya lah.

anon,
wa ada post cerita biodiesel kat "broken arabic" baru ni. lu pegi baca dan fahamkan. apa punya gila lah gua boleh tulis pasal biodiesel pulak ya? dah itu aje yang gua terfikir. happy reading.

Yusmir Yusop said...

Mereka takut masuk neraka.Kena buat cepat-cepat sebab takut disoal kenapa esok.

Kalau semua orang ajak pergi masjid tapi orang tak nak ikut,kenapa kita tak bawa 'suasana' itu ke luar?

Anonymous said...

Salam Bro.

Lu sihat? Senyap je?

Tak syiok la.....

manusia ganjil ikan yu said...

http://nikabduh.wordpress.com/2008/06/19/dewan-pemuda-pas-selangor-dan-hikmah-berdakwah/

tak tau nak guna lidah, tangan atau hati..pening dude