Tuesday, June 17, 2008

Harapan Baru KERAjaan BolehLand


Setelah berfikir siang dan malam, pagi dan petang, maka bapak-bapak menteri dan Mamak Bendahara bersetuju memberikan tugasan getir lagi berat ke pundak "Lelaki BolehLand Terakhir" bagi mengutus maklumat kepada rakyat jelata.


Lalu berbondong-bondong orang TV bekerja menyiarkan labun "Lelaki BolehLand Terakhir" atas paksaan Mamak Bendahara dan bapak-bapak menteri. Untuk makluman rakyat jua, kata mereka. Supaya hilang segala nista dan tohmah kata. Jujur kami bersama mereka, jua. Ketika susah dan senangnya kita.


Malam ini jam 0930 malam, selain DYMM SPB Yang Di Pertuan Agong dan Mamak Bendahara, labun lelaki ini turut mendapat tempat yang istimewa. Tontonlah. Mana tahu kita mungkin boleh sedikit ketawa.

4 comments:

TOOLBOX said...

Yang sebonar ehh dio hormat (baco takut) kek menantu dio yang dah samo tunjuk jagoh memokak tanyo pasal akaun P*tronas. Sementolah layie haritu bapak mentori yang jago rogo barang2 dah bulat bijik mato & birat muko jonoh kono mnjawab soklan2 Ketuo Pemudo Pas pasal akaun tu.

Kalu kerano lu atau lenlain rakyat marhaen takdo do.. hampeh dio nak suruh labun tu keluar kek tb

Jorji said...

macam baco skrip je Johan Jaafar dan Hassan Merican...

The.Libyaman said...

lu tahu, "kitchen kabinet" bersetuju agar semua tv dipaksa menyiarkan. kerana mereka tahu skrip sudah dibikin. wayang tuuu. mak gua pun boleh termakan cerita bijih timah dia.

Irvine Pool Services said...

Great bblog you have