Saturday, August 16, 2008

Entri dari Utara 2 - Bukan Permatang Pauh

Dulu, orang yang kahwin di Masjid ni, biasanya ada kes-kes khusus. Mungkin kena tangkap basah, kalau ikutkan naratif filem Melayu lama atau pun era drama swasta. Atau mungkin sebab rumahnya banjir, terbakar atau belum siap diubahsuai. Erti kata lain, dia malu nak buat akad nikah di rumah sebab rumahnya tak begitu cantik. Dulu.

Tapi sekarang, nikah di masjid sudah jadi satu trend. Kononnya untuk lebih diberkati. Serius, gua dah tahu pasal nie sejak dulu lagi. Masjid tempat mulia. Rumah Allah, tempat orang beribadat, bersemuka dengan Tuhan paling kurang untuk seminggu sekali, kalau bukan setahun dua kali. Biar perkahwinan itu nampak suci, nampak lebih Islam, lebih putih dan lebih berkekalan, kononnya. Walau cuma untuk 3 tahun. Cuba tengok Erra Fazira dulu kahwin kat mana. Kat rumah mungkin.

Jadi, bila Datuk K, yang meruntun hati ramai pemuda Malaya yang memasang impian berjimak dengan Siti Nurhaliza, itu bernikah di dalam masjid, ia menjadi satu imej yang kekal pulak dalam kepala hotak gua. Dengan songkok dan baju Melayu putihnya (ini satu ritual supaya nikah dalam masjid Nampak lebih suci, orang tak pakai baju kuning atau merah) gua selepas itu melihat sesiapa sahaja yang bernikah di dalam masjid, dengan songkok dan baju Melayu putih, seperti susuk Datuk K. Dia memang kacak.Pfft.

Jadi, bila melalui sebuah warung, sekitar jam 8 malam semalam, gua melihat susuk seorang lelaki bersongkok, berbaju Melayu, duduk dalam masjid, maka gua terus berhenti. Mahu tahu siapa pulak yang nikah dalam masjid dan tidak menghantar kad jemputan.

Tapi saying, pengantin lelaki itu hanya seorang diri, dan yang lebih buat gua keciwa, dia gagal menyaingi susuk Datuk K. Lebih teruk lagi, dia mencemar ritual pernikahan di dalam masjid kerana memakai baju Melayu kuning, dan seluar slack hitam kalau tidak silap. Ah! Ini pengantin gay, rupanya. Tapi mana pasangannya?

Gua jadi lagi keciwa, bila mendengar pulak pengantin ini berakad dengan beberapa labun erotic. Ini sudah mencemar ritual majlis suci di dalam masjid. Tak percaya? Berapa ramai dalam masjid dan seluruh penonton ketika itu yang tidak terbayang zakar Anwar dan dubur Saiful? Ah! Suci sungguh kamu.

4 comments:

TOOLBOX said...

Pegang al-Quran semasa sumpah kepercayaan salah: Mufti Perlis

Anonymous said...

wa tengok mamat ni "kayu" lah. lu biasa dengar orang panggil orang "kayu?" entah, macam something wrong gak. kesan wa belajar mantiq kot ahak ahak.

TOOLBOX said...

Rasanya normal kots skrg orang panggil orang dgn gantinama "kayu", "mangkuk" etc. wlpun tak terer bab balaghah atau pun mantiq :)

Lu baca komen Mat Tomoi (kalau belum baca lar). Wlpun dia bukan peminat "kipas susah mati" DSAI tapi dia pun rasa ada something wrong dgn mamat "kayu" tu

mama said...

duit punya pasal... jika tidak kuat iman manusia sanggup buat apa saje.