Tuesday, September 16, 2008

Apa Lagi Yang Ada Dalam Poket Baju Melayu Anwar Ibrahim?

Tadi masa berbual dengan mak gua di telefon, dia tanya apasal takda apa-apa yang terjadi hari ini? 16th September ? Sebab gua sudah menyediakan jawapan untuk ahli-ahli United Malays National Organization yang bertanya soalan demikian, maka agak mudah untuk gua menjawab.

“Yang orang UMNO sibuk-sibuk tanya ni, memang nak sangat kerajaan bertukar ke?”

Mak gua kata, Najib keluar dalam berita malam ni tadi dengan muka yang lega. Macam orang baru lepas akad nikah sesudah terkantoi 6 kali tak sah oleh tuan Kadi. Mungkin Najib juga sedang menggosok gosok perutnya, lega. Tapi visual itu gagal dirakamkan media. Kecuali Rosmah mahu popularkan suaminya di Youtube.

Berbalik kepada cerita 16th September, mesti ramai yang suka. Daripada kalangan United Malays National Organization lah. Selamat leher gua, boleh lagi bernafas. Anwar bikin gempak. Tapi gua yakin ramai yang dah buat persediaan awal-awal. Jangan nak tipu. Kerani bank pasti sibuk kebelakangan ini. Maklumlah ramai yang nak tutup akaun, buka akaun baru nama orang lain atau pun pindah ke akaun luar. Mungkin.

Jadi, apa yang ada lagi di dalam poket baju Melayu Anwar Ibrahim? Mereka yang yakin pasti akan terus percaya dengan teori peralihan kuasa. Bukan kepada Najib, tapi kepada Anwar Ibrahim. Mesti ada yang kata gila.

Pak Lah yang sememangnya tidak terurus sejak kebelakangan ini akhirnya bersuara, mahu melihat senarai yang Anwar gemparkan itu. Jadi, teori Anwar sudah melangkah lagi setapak. Cuma orang bertanya lagi, dengan hanya melihat senarai nama itu, mahukah Pak Lah menyerahkan kuasanya kepada pembangkang? Kepada Anwar Ibrahim yang tiada sebarang kaitan lagi dengan kerajaan Barisan Nasional?

Cuba lihat semula saranan Anwar supaya penyerahan kuasa dibuat secara aman tenteram. Bukan maksudnya kekacauan adalah pilihan kedua. Tetapi jika dilihat nada Anwar Ibrahim 2 hari yang lepas, beliau sering mengatakan, ini bukan misi untuk membalas dendam. Ini bukan misi selepas mendapat kuasa maka kita akan memburu ahli-ahli United Malays National Organization. Firaun mungkin terkecuali sebab dia bukan ahli lagi.

Apabila dapat meyakinkan Pak Lah bahawa beliau sudah tidak lagi mendapat sokongan, Anwar akan memberikan pilihan. Untuk Pak Lah yang terbaik pada ketika ini ialah agar terus dihormati. United Malays National Organization pula ajalnya memang sudah ketentuan, tidak boleh dinafikan lagi. Apakah Pak Lah mahu menjadi Presiden United Malays National Organization yang paling malang dalam sejarahnya?

Ini kerana, di belakang leher Pak Lah pada ketika ini, sudah tersedia parang tajam yang dipegang Najib manakala sarungnya ditangan Firaun. Mereka ada Tengku Razaleigh, yang secara tiba-tiba kelihatan akrab dengan Firaun. Serta sekumpulan kecil lagi pendokong United Malays National Organization yang masih sayangkan sisa-sisa jenazah parti perkauman itu untuk dibekukan menjadi mumia. Adakah Pak Lah rela menjadi mangsa mereka?

Di sinilah pilihan yang boleh diberikan oleh Anwar. Pada ketika semua pihak di dalam United Malays National Organization mendesak penyerahan kuasa kepada Najib, tiba-tiba Anwar muncul dengan satu pilihan lain. Lebih selamat dan lebih terhormat. Walaupun mungkin bersifat sementara, kerana jika dilihat, menantu yang kononnya bertelur besar itu, akhir-akhir ini semakin kecut mengecil menjadi sebesar guli. Asal keluar saja muka, mesti alamat di Sabah dan Sarawak. Sebagai persedian mungkin, kerana dari Sabah ke Filipina adalah lebih mudah berbanding untuk keluar dari Rembau ke Doha.

Berbalik kepada cerita Pak Lah. Mengikut perlembagaan, perlantikan Perdana Menteri adalah atas restu perkenan Yang di Pertuan Agong, bukan mengikut majority. Itu sudah jatuh tangga ketiga selepas sokongan Ahli Parlimen. Di situ lah signifikasi penyerahan kuasa yang dicanangkan oleh Anwar Ibrahim.

Ia bukan sekadar penyerahan kuasa yang tidak masuk akal, tetapi ia lebih kepada satu tekanan kepada Pak Lah untuk membuat pilihan. Walaupun ketika melihat senarai nama-nama itu nanti, Pak Lah akan tetap berkata “tak sangka depa ni nak tikam gua dari belakang” tetapi sekurang-kurangnya dia akan mempunyai pilihan menyelamatkan tengkuknya daripada menjadi mangsa Firaun dan Najib. Kerana jika itu berlaku, bukan sekadar menantu kesayangan sahaja yang akan bersampan ke Filipina, dengan Pak Lah sekali terus pindah duduk di sana.

9 comments:

hafiz said...

bro. aku yakin. peralihan kuasa ini akan menjadi sebuah peralihan kuasa yang amat unik. aman dan tenteram! biarpun BN semakin tak terurus, rakyat tidak boley ditipu lagi. maksik di kampung pun sudah pandai berblog. pa alik kap lam ha ba wau dal wau ha!!!!! hahahaa

babazahra' said...

hampeh lah lu kasik gua pening eja jawi tu. kompius gila. rupanya pak lah bodoh. Najib dah ada blog. pegi tengok. persiapan hari tua.

kurie said...

apa ada dalam poket baju melayu anwar?

ingat serius rupayanya lawak gila ulasan abang nih...

kreadit untuk gaya penulisan yang best....

selamat berpuasa...

adios...

psittacula said...

Saya tak suka baca hal politik semasa. Kalau sejarah lama ok lagi. Begitu juga politik Kesultanan Melayu zaman dahulu.

Tapi bila baca entri ni, dan juga sebelum-sebelumnya, memang menarik mengetahui kisah politik dalam rencam bahasa dan gaya penulisan begini.

mama said...

takpa kita tunggu dan lihat saje dulu...

jawapannya pasti ada di setiap sudut.

hobenz said...

muhahaha dalam poket anwar ado kondom la bai apo laei dio nak sumbat kek dalam bontot sepol atau yang seangkatan la dengan kengkawan sepol tu ehehehe...

Anonymous said...

bodo la dak hobenz nih....

hobenz said...

lu lg bodos anony namo pun mcm org bukit mano ntah

babazahra' said...

kurie,
Anwar selalu pakai baju Melayu kan? Dia nak beli jiwa orang Melayu tu haha.

Bayan,
tapi kadangkala politik ni buat gua rasa macam nak muntah plak. lagi2 time perut kosong nie.

benz and anon,
bulan ramadhan tak baik gaduh n mengata orang. tak bertambah pahala puasa.