Thursday, September 18, 2008

Merah Hitam

Ketika sering bersama dengan ahli-ahli keluarga tahanan ISA dulu, wajah kakak ini tidak sangat gua kenali. Tapi sekarang, beliau antara "orang kuat" yang memperjuangkan nasib para tahanan dan perjuangan memansuhkan akta zalim itu.


Baca pengalaman dan buaian perasan beliau di sini. Gua tahu bukan semua orang dapat membayangkan kesengsaraannya, tapi mata gua berair dan hati gua sangat sebak ketika menyelami blog kakak ini. Juga boleh membaca tulisan Azmi Sharom di sini.


ISA adalah satu akta zalim, tidak berhati perut, kejam dan kewujudannya sekarang memang khusus untuk menzalimi mereka yang mahukan kebenaran. Doalah sedikit untuk para tahanan, keluarga dan rakan-rakan mereka. Tidak mustahil satu hari nanti ia akan menemui kita, keluarga atau rakan-rakan kita pula.

2 comments:

j or ji said...

aku tak sanggup nak bayangkan atau fikirkan.

kekejaman manusia.tak payah la kita nak mengutuk kekejaman rejim2 luar atau perang2 di luar malaysia...

malaysia pun ada kekejamananya yg tersendiri.

babazahra' said...

tapi bila orang cakap Msia ada ISA, kjaan jawab alahai US pun ada Guantanamo. Bangang punya jawapan.