Saturday, September 13, 2008

Bravo Tanahairku

Seorang mamak, yang mengaku sebagai Melayu, menghina orang Cina, yang menjadi pembayar cukai utama, yang hasilnya turut ditelan perut mamak itu dengan mengatakan Cina sebagai penumpang. Sangat rasis hinggakan Najib Razak juga memohon maaf, kononnya.

Mamak itu digantung keahlian selama 3 tahun di dalam United Malays National Organization.

Wartawan yang melaporkan kenyataan sangat rasis si mamak itu, ditahan di bawah ISA.

Seorang lelaki botak bertubuh gempal, yang kononnya anak raja, menulis tentang Islam, mentafsir Al Quran mengikut logic (Ingat ya, tafsir Syed Qutb itu juga dalam kategori tafsir logic akal – kecuali beliau seorang ulama agung yang boleh berbahasa Arab blah blah blah cukup sifat untuk menjadi seorang mufassir) pada ketika yang sama tujuannya ialah mendedahkan pembohongan yang dibuat oleh lelaki yang memohon maaf di atas tadi, juga proksinya dalam kes yang kita semua tahu.

Lelaki botak bertubuh gempal itu juga, walaupun tidak cukup sifat untuk menjadi seorang mufassir seperti Syed Qutb, berdepan dengan sebuah kuasa tirani, yang tidak pernah sekali pun berusaha memartabatkan Islam. Kecuali Islam dijadikan topeng menutup muka syaitan yang menjarah harta-harta negara bagi kepentingan perut masing-masing.

Lelaki yang memohon maaf terus bebas bergendut, juga tirani dokongannya.

Lelaki botak bertubuh gempal, ditahan di bawah ISA.

Seorang manusia jahanam, telah terbaca satu artikel di dalam blog pembela Melayu. Sekejap, wah erotisnya nama, pembela Melayu. Seorang lelaki boleh membela Melayu. Gua sangat kagum. Okay manusia jahanam itu, yang bermulut celupar, tidak sedar diri, lahanat, gila talak sebab hilang kuasa, rasis, celaka dan blah blah blah telah pula menulis di dalam blog jahanamnya tentang memorandum supaya azan diperlahankan.

Lelaki jahanam itu juga turut bercakap kepada sebuah akhbar jahanam, petisyen atau memorandum itu juga telah dibahaskan di dalam siding DUN. Malah meminta supaya ia disiasat. Bila hansard DUN diperiksa, perkara seperti itu tidak pernah wujud.

Wanita yang dituduh mendalangi petisyen itu, membuat laporan polis, kerana lelaki jahanam yang bermulut celupar, tidak sedar diri, lahanat, gila talak sebab hilang kuasa, rasis, celaka dan blah blah blah itu telah membuat fitnah, bagi mengambil kesempatan menimbulkan ketegangan antara agama.

Lelaki jahanam yang bermulut celupar, tidak sedar diri, lahanat, gila talak sebab hilang kuasa, rasis, celaka dan blah blah blah terus bebas menayangkan muka bongkaknya sehingga ke saat ini.

Wanita yang membuat laporan polis itu pula, telah ditahan di bawah ISA.

Bravo tanahairku!

8 comments:

Anonymous said...

dan yang paling lawak skali wartawan akhbar Cina itu ditahan atas alasan keselamatan beliau terancam, walhal ISA is a preventive measure... apa punya turr.. sigh...

Anonymous said...

nyawa terancam kerana ada orang yang mengancamnya. bukan? polis ada cukup bukti nyawa Tan terancam. apa punya bangang polis dengan hamid albar buat lawak bulan Ramadhan ni. wa tak larat mau gelak. perut kenyang sangat.

Farid Abu Talib said...

hamid albar kepala botak habis gugur rambut difikirkan memikirkan masalah rakyat... apa punya tur

Jorji said...

gua memang mengelak betul suratkabar dan berita TV. gua tak larat nak digest news2 komedi hari raya.
baca kat malaysiakini pun gua tak larat.

gelak banyak2 ni tak elok bulan2 pose.

Anonymous said...

Akum bro.
jangan nyumah bro bulan poso bro

The.Libyaman said...

farid,
kat mana Hamid Albar ni belajar dulu? Gua macam kagum dengan kebijaksanaan dia menjawab soalan. Lebih2 lagi pasal ISA.

jorji,
anak gua ajak layan youtube aje sekarang. Mr Bean atau Fawlty Towers. Baru terbarai.

cyclone,
gua tak nyumpah. Nasihat aje.

hafiz said...

ini hamid albar juga bangsa pendatang arab wahabi. hahahaha

The.Libyaman said...

hafiz,
wahabi lagi bagus dari hamid albar.