Monday, September 29, 2008

Ramadhan Ini Tahun

10. Seminggu yang pertama atau pun lebih kurang 10 hari awal Ramadhan, masjid padat macam ada artis sedang buat majlis akad nikah. Masjid Bandar Kinrara, yang glamour dengan Teresa Kok tu, macam sedang buat majlis perasmian. Gua biasa ambik line luar, ada angin sikit, dan senang nak blah.

9. Lu boleh nampak macam-macam jenis manusia, 75% adalah kalangan yang memang datang masjid seminggu sekali, atau pun seminggu awal Ramadhan saja setahun. Kalau lu nak cam mana satu geng yang jarang pegi masjid, bulan Ramadhan adalah waktu terbaik. Mereka ini akan menyendiri, duduk dengan anak-anak, baca papan kenyataan masjid lama-lama dan setiap hari, pakai baju Melayu sepasang atau pun berkelakuan melangak-langak.

8. Ramadhan juga akan menyaksikan banyak kereta-kereta besar di parking sekitar masjid. Baru gua tahu Jaguar hijau kat Bandar Kinrara ni milik orang Islam. Juga berapa ramai orang Islam yang naik Volvo S40. Itu belum kira motorsikal yang agak rare, dan yang tak rare langsung tapi biasanya dia cuma pecut laju-laju bila lalu depan masjid. Semua tu bergelimpangan masa terawih.

7. Ramai makcik-makcik dan anak gadis bertelekung yang pegi solat terawih, sekaligus memeriahkan lagi pemandangan malam untuk mat-mat rempit yang parking motor-motor kurang rare mereka sambil tunggu masa nak layan teh o dan habuan ‘moreh’.

6. Tengah-tengah Ramadhan ini tahun, masjid sikit kurang meriah. Gua tengok banyak sangat cerita 16hb Sept. daripada cerita Nuzul Quran 17hb Ramadhan. Masjid sudah tukar jadi pentas bisik-bisik. Pasti kedengaran ialah, Anwar Ibrahim dan 16hb September serta ayat “gua dengar…”. Masa ni pun ramai yang pegi layan berbuka kat luar. Itu belum kira yang kena layan bini pegi Masjid India. Bukan untuk terawih. Pegi Jalan Masjid India aje. Masjid sudah jadi 5-7 line aje.

5. Hujung-hujung Ramadhan peratus orang pergi masjid sudah naik semula. Maksud gua masjid kat kampong lah. Bandar Kinrara gua dah tinggalkan sejak Sabtu lepas. Jalan kat pekan-pekan kecik habis semua jammed. Masa ni, tokey pam minyak yang 4 bijik aje di Jelebu tak menang tangan. Kena siap hire anak Cina lepas SPM jadi pam attendant. Kalau biasa tutup pukul 1030 malam, kadang-kadang boleh jugak lajak sampai pukul 12.

4. Masa ni lu baru tahu yang orang Jelebu nie boleh tahan jugak ramai. Muka-muka yang hanya muncul setahun sekali memang bersepah. Ada yang dah bertahun-tahun sekali baru nampak. Masa nie lu akan terbiasa dengan budak-budak kecik bernama Boboy, Danish, Haikal, Danial, Batriesya dan macam-macam Sha lagi. Juga sering kedengaran di kedai-kedai runcit para ibu yang pandai cakap sepatah dua bahasa omputih kat anak diorang. “Danish…No!”

3. Kemunculan kereta-kereta yang rare dan yang kurang rare, tapi mereka berkongsi satu persetujuan, kereta mesti berkilat dan bagi yang suka membazir tu, segala mak ayah nenek moyang modified diorang akan buat. Nak pakai raya punya pasal dan nak tayang pada member kampong. Ekzos besar serombong kapal pun mesti kilat sampai boleh buat cermin. Bila pegi solat terawih, kunci mesti baling kat tempat sujud, pantang simpan dalam poket, nanti orang x tahu lu ada kete besar, rare atau pun kete modified.

2. Orang-orang kampong akan jadi tidak tentu arah. Rumah sudah ada cat, kasi touch up lagi, pagar sudah betul, mau kasi tukar, kerusi masih cantik juga mau tukar, langsir masih boleh pakai tapi tetap kena tempah baru. Orang kat bandar pun lebih kurang sama. Orang Melayu lah pukul rata nya. Di Jelebu, sudah ramai yang gila menghias rumah. Nak kata terpengaruh dengan Eric Leong, rumah takda plak piring Astro. Mercun plak berdentum dentam. Mak bapak turut sama jadi bodoh dengan anak-anak beli mercun pakai duit lepas tu bakar. Alasannya, raya setahun sekali. Tapi bila cerita zakat fitrah sudah naik jadi RM6.50 ramai pulak yang bising. Anak gua ada 7 orang beb, kali dengan RM6.50 sudah berapa? Tapi petang tadi baru beli mercun RM100. Alasannya, raya setahun sekali.

Last sekali, gua sudah blah tinggalkan Jelebu. Ini tahun raya di Muar. Kat sini pun lebih kurang jugak. Jalan pun sudah jammed. Kalau takde ahli keluarga yang nak bersalin, duduk aje dalam rumah. Mau pegi Bandar Muar yang biasanya 5 minit sudah makan masa setengah jam. Nasib kurang baik, pegi isi minyak pun sudah sejam. Buang masa. Tapi makanan tetap melimpah. Johor masih kaya dengan makanan. Pasti tiada orang yang tidak makan. Raya kedua baru pulang ke Jelebu. Harap-harap mamat kereta ekzos besar sudah pulang ke KL, atau pegi beraya ke kampong bininya pulak. Mintak2 jugak jalan tidak sesak dan tokey pam minyak boleh tutup kedai pukul 10 semula. Jelebu akan kembali tenang.

2 comments:

zan said...

Menarik komentar lu bro..
Selamat hari raya...

yuzy said...

Selamat beraya bro.Dorang pakai ekzos besar sebab dorang menang setahun sekali.Maaf zahir dan batin.