Monday, September 08, 2008

Antara Mahmoud Darwish dan Pak Samad

Ketika Mahmoud Darwish meninggal dunia, sebulan yang sudah, Palestine yang dijajah Zionist itu telah berkabung selama 3 hari. Bendera juga dikibarkan separuh tiang. Penghormatan untuk negarawan yang berhak untuk dihormati.

Ketika Pak Samad meninggal dunia, gua tengok dalam media saluran propaganda penuh dengan puji-pujian, penghormatan yang melambung tinggi walaupun, ia hanya untuk sehari dua, paling lama seminggu. Ceritanya, dan kemudian lenyap ditelan masa.

Mereka kata ia satu yang berhak kerana Pak Samad banyak menyumbang ke dalam dunia media, khususnya kewartawanan. Jadi merekalah juara yang perlu menghamburkan penghormatan sesudah kematiannya.

Tapi, di mana penghormatan dan pujian itu sebelum ini? Tiba-tiba sahaja gua kerap sangat terbaca “Pak Samad adalah salah seorang pejuang kemerdekaan Negara”. Bagaimana mungkin nama seorang pejuang kemerdekaan Negara ini tidak tertulis di dalam buku sejarah Malaysia Tingkatan 3? Apakah akhbar seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian kurang waras atau pun memang sudah gila?

Atau pun mungkin kerana lewat ini ramai yang berbunyi mengenai isu kemerdekaan, penulisan semula sejarah kemerdekaan dan para pejuang kemerdekaan, lantas nama yang dulunya terpinggir terpaksa ditulis semula. LIhat! Kami bersikap adil dan mengiktiraf semua.

Walaupun sebelum ini, pejuang-pejuang kemerdekaan itu kerapnya ialah mereka yang berunding untuk mendapatkan kemerdekaan. Lebih rumit lagi kemerdekaan itu juga khabarnya satu agenda. Ah! Pejuang kemerdekaan pergi berunding? Apabila menyebut tentang perjuangan, ia akan sentiasa terpalit dengan penangkapan, pemasungan, darah dan air mata. Juga kebiasaannya nyawa.

Tapi berunding untuk satu kemerdekaan belum lagi tersenarai sebagai satu perjuangan. Apatah lagi mengambil kerja orang lain yang sudah disiapkan hamper separuh jalan. Itu bukan pejuang.

Dan menafikan penghormatan Negara seperti yang diterimanya Mahmoud Darwish atau pun Solzhenitsyn juga adalah bukti jelas bagaimana budaya itu, seni itu, sastera dan mereka yang berada di dalam lingkungannya, adalah masyarakat kelas kedua yang tiada atau pun berhak kepada penghormatan dan penghargaan.

Kerana itu juga wujudnya Istana Budaya yang mahu mengangkat elitis pujaan penguasa atau pun liberalist yang tidak pernah atau pun jarang menongkah arus dalam karyanya, khas buat mereka berpencak. Juga Balai Seni Lukis Negara.

Dan jika kamu adalah kontra kepada senarai di atas, Pasar Seni yang dulunya tempat menjaja ikan dan sayur-sayuran dalam ertikata sebenarnya, adalah tempat sesuai untuk kamu. Faham perbezaannya?

11 comments:

Jorji said...

Status selebriti hanya utk penyanyi,pelakon dan pemimpin politik.

puji-pujian hanya ketika dah mati juga adalah adat resmi negara malaysia.

Yusmir Yusop said...

Harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan nama.Kutip semangat beliau untuk diteruskan.Al-fatihah.

Kurie said...

biasa org2 yang kritis terhadap sesuatu masalah/isu kurang digemari, walaupon mereka dihormati tapi berapa kerat sangat yang mengerti...

semoga rohnya ditempatkan bersama org2 yang beriman...Amin..

adios...

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

gua ingat elok mati muda laa..

Anonymous said...

jorji,
tambah satu kaum lagi. ahlil sukan.

yuzy,
gua nak tunggu bila agaknya wujud Jalan Samad Ismail kat Msia nie.

kurie,
kalau dia ditimbulkan, mesti ada yang kena tenggelam pulak. Kan?

pp,
the good die young. eh! wa rasa macam nak join masjid lu lah terawih. 9.02 mlm dah abis, sure imam laju cam Usain Bolt.

Anonymous said...

babazahra' said...

menangani anonymous macam lu melayan stray cats yang datang nak buka tong sampah lu. halau2 datang jugak nak makan.

baba nama sebenar ko siapa tinggal di mana di jelebu?

Gua tak dapat pun maklumat dari profile lu..

Lu pun anonymous macam kucing kurap la kirakan..

Anonymous said...

maksima,
paling kurang wa ada nama dan tempat lahir.

mama said...

semoga rohnya di tempat orang yang beriman...

mama said...
This comment has been removed by the author.
Farid Abu Talib said...

pejuang kemerdekaan terbahagi kepada dua. satu pihak berunding satu pihak mengangkat senjata. tapi yang berunding yang dapat nama. adakah yg berunding ini layak digelar pejuang? Mmg sah dlm buku teks sejarah tingkatan tiga mmg tiada nama pak samad.

Layla Haq said...

Dalam teks tiada nama pejuang yang bermandikan darah. Yang ada hanya nama pejuang yang tidak terpercik darah. kerana apa?

kerana kerajaan mahu generasinya mempunyai persepi perjuangan harus dengan musyawarah, dan berunding. Y

Akhirnya, yang dirunding jadi serunding. Eh, serunding tu makanan kan?