Wednesday, December 10, 2008

Dari Jabal Webdeh ke Bukit Antarabangsa

Gua tiba di Jordan, untuk kali pertama pada 7hb September 1995. Gua bertolak dari KL juga hari yang sama tapi sampai Amman jam sudah 0930 malam. Hari yang sama tapi sudah gelap.

Lebuhraya airport, mana-mana tempat di dunia ini yang gua pernah sampai, tidak begitu banyak bezanya. Mesti lebih daripada 2 lorong, dan tambahan lampu jalan yang terang. Tipikal. Cuma pemandangan waktu malam agak terhad.

Amman malam itu pada gua hanyalah cahaya di sebalik kegelapan. Dengan lampu-lampu rumah yang terbentang macam laut. Meluas dan meninggi. Selebihnya untuk malam itu hanyalah pesta, gendang dan restoran yang penuh sesak. Apa sambutannya, gua masih belum faham.

Esoknya apabila muncul siang, gua sudah melihat matahari di Irbid, 70 km dari Amman. Lebih landai, tapi masih juga sedikit berbukit. Rupanya cahaya yang membentang macam laut yang gua lihat malam tadi ialah rumah-rumah di atas bukit.

Petang itu juga kami ke Amman, semula sesudah solat Jumaat. Barulah gua dapat melihat buah butirnya lampu-lampu malam tadi. Nun di segenap bukit, rumah-rumah terbina. Setiap lorong-lorong sempit itu, bertaburan rumah. Setingkat, dua, tiga, empat dan juga apartment 5 tingkat.

Amman yang gua baca, terbentuk daripada 7 buah bukit, rupanya adalah bukit-bukit penempatan. Menyelusuri lorong-lorong kecil, antara rumah-rumah yang tidak berwarna itu, seperti melupakan gua yang lokasinya dilereng bukit. Dan di puncak bukit.

Tapi jangan silap, penempatan di lereng bukit itu bukan milik kroni Raja Hussein sahaja. Ia bukan kediaman kerabat di raja atau pun para kontraktor Kelas F sahaja, bahkan turut menjadi penempatan pemandu teksi, buruh binaan dan juga rakyat marhaen lain. Kawasan yang berbeza, namun tetap di lereng bukit.

Bukan sahaja di Amman, bahkan di Mekah pun penempatan di lereng bukit adalah satu pemandangan biasa. Cuba sahaja menyusur bukit-bukit sekitar Mekah, kawasan penempatan imigran Pattani dan juga Malaysia. Berhijrah untuk mencari impian. Terpaksa tinggal bersesak di lereng-lereng bukit.

Faktor cuaca dan fizikal bumi menjadikan bukit-bukit itu teguh. Jordan hanya menerima hujan sekitar bulan Disember hingga April. Selebihnya lu boleh bertaruh nilai sebuah kereta untuk menyaksikan bumi basah kerana air dari langit.

Faktor lain, mungkin kerana sifat Tuhan itu sendiri, Yang Maha Pengasih. Dia tahu untuk membezakan, niat seorang pemandu teksi membina rumah di lereng bukit dan juga impian seorang Tan Sri membeli banglo di Bukit Antarabangsa.

Ya, ada masanya, Tuhan juga sangat perlu dirujuk, ketika kita mahu berbangga diri tinggal di lereng bukit sambil sayup mata melihat pondok-pondok senget sekitar Kuala Lumpur.

13 comments:

manusia ganjil ikan yu said...

inilah waktu yg sesuai untuk dorg muhasabah diri dari komplen tah apa2..

Anonymous said...

abang,
saya rasa time ni la orang2 kaya nak mintak 'sedekah'...katanya...

Anonymous said...

gua sehari dua dengar
pasal tanah runtuh tuh
ada gak rasa kesian
lepas tu je gua dah mula rasa meluat
bukan main banyak pulak komplen
angkat barang orang tak tolong la
orang curik barang la
dalam keadaan cam tu pun
still nak mintak treatment lebih2
yang nak pegi evacuate bawak segala pinggan mangkuk, plasma tv and segala barang dalam rumah apahal
bawak yg penting2 dah la

LuciusMaximus said...

memandangkan status dan pangkat mangsa-mangsa yang terlibat dalam kejadian malang ini, adalah semestinya mereka berhak mendapat layanan yang jauh lebih baik dari layanan yang lazimnya diberi kepada mangsa-mangsa banjir di kampung-kampung di pantai timur. sebagai contoh, mangsa tanah runtuh di bukit antarabangsa berhak mendapatkan:
1) penginapan hotel bertaraf 5 bintang (bukan dewan sekolah)
2) makan-minum di hotel, buffet breakfast, lunch, tea, dinner dan supper (bukan makan nasi bungkus)
3) kemudahan pengangkutan berbentuk limo (bukan angkut naik trak askar)

mama said...

alangkah indahnya kalau dapat ke bumi urdun lagi satu hari nanti..
tak kan ku lepaskan peluang untuk bergambar di 7 kaki bukit Amman.

Anonymous said...

kalamuka masbut ya zalameh...eheheh mmg padan muko jgk la pd yang masih xsedar2 diri kat bukit antarabangsa tu...gua bukan xkesian tp ni lah dia amaran dan peringatan tuhan yang MAHA KUASA tuk hamba2nya yang masih dalam kealpaan kelalaian dek sebab terlalu rakus dgn pembangunan yang xkenal erti puas nah ambik lah sedikit cobaan tuhan nak tunjukkan pd kita semua so pk2kan lah selepas ini jgn sodap selero yo nak buek rumah nak buek banglo kek ateh bukit yg namanya pun dah gah antarabangsa...

Jorji said...

dulu...orang asli je yg duduk atas bukit ni..sekarang,orang asli kene halau sebab orang nak bukit tu utk penempatan elit.

dari nama Bukit Lanjan ditukar kepada damansara perdana..

Aku tak sabar nak menderma pada tabung bantuan yayasan al-salam utk mangsa tanah runtuh yg jauh lagi kaya dari aku..

The.Libyaman said...

ikan yu,
bukan komplen aje, orang panggil bodoh pun main repot polis

kurie,
dan potongan 50% menginap di hotel

hasbullah awang,
plasma TV diorang ada sentimental value kot. pernah tengok MU jadik champion, misalnya.

max,
ada teksi percuma lagi. siap dilepaskan pak menteri. percuma untuk pergi balik, ke mana sahaja dalam KL.

benz,
ayat lu sama macam Mazidul dalam TV3 semalam lah. juga ayat beberapa orang ustaz semasa kes Highland Tower dulu.

mama,
minggu depan kita pegi ye

j,
wa rasa majlis penyampaian derma tu mesti dibuat di JW Marriot. Artis undangan Hetty Koes Endang

Antusabun said...

Bagus artikel lu. banyak yang tersirat. harap orang Malaysia amik perhatian. kawasan bukit bukan untuk orang kaya sahaja. kenalkan orang bukit?

NURAZZAH8 said...

babazahra,
akak juga first time sampai Amman malam...so tak nampak apa sebab masa itu tersangat sejuk (baru lepas turun snow)..dan mata tersangat mengantuk (kalau ikut time msia waktu itu pukul 3 pagi)...sepanjang perjalanan ke Irbid, akak tidur aje...
selepas beberapa hari datang semula ke Amman menghadiri konferens, kemudian LoveUJordan@Silversarina bawa jalan2 Amman, baru nampak semua rumah2 kat lereng2 bukit disekitar Amman... memang menakjupkan masa lihat tu sebab kelihatan semua rumah itu dibina rapat2 dari kaki bukit hingga ke puncak bukit... sekali pergi rasa tak puas...IA jika Allah murahkan rezeki dan panjang umur teringin hendak ke sana lagi...belum habis lagi "menjejak Nabi dan para Sahabah" ... di bumi para anbiya'!

Khairi Jalalluddin said...

Rajin juga anta menulis dalam blog syeikh.

Anonymous said...

antu,
kat Jelebu ada satu tempat, nama Kg Bukit.

kak azzah,
bukit mereka adalah untuk semua dan bukan untuk kemegahan. Kota Ajloun juga di atas bukit, teguh merentas ratusan tahun.

KJ,
jangan panggil syeikh, kang bocor rahsia hehe

Anonymous said...

babazahra',
entry ni bikin saya rindu sgt sama Jabal Webdeh...teringat zaman2 menelusuri Jabal Webdeh, di celah tangga melalui banglo lama yg dijadikan studio lukisan..saya akan berlama2 di studio ini..terus lagi ke puncak ada galeri lukisan tua..di depannya kedai buah.kadang2 berehat minum shai di sini..di akhir lorong sblum menuruni tangga ke Balad, masih ingat masjid tua Jabal Webdeh..rindunya waktu itu..