Warga BolehLand memang tukang karut yang paling unggul. Mungkin kerana menerima Islam melalui bangsa Arab yang terkenal dengan Hikayat Seribu Satu Malam nya, maka tempias itu berlarutan untuk bangsa Melayu khusus. Muncul kisah Pak Pandir, Mat Jenin, Pak Kaduk, Sang Kancil dan macam-macam jenis binatang lain.
Paling menarik yang gua perhatikan, setiap kali berlaku bencana alam atau pun kejadian yang meragut nyawa, maka pelbagai jenis karutan yang sangat kabur hujung pangkalnya akan muncul mewarnai suasana.
Sebagai contoh mesti lu masih ingat tentang kejadian Taufan Greg yang berlaku di Sabah dulu. Mungkin ada benarnya beberapa cerita yang tersebar itu, tetapi kerana memang pakar mengarut, kita menambah dengan pelbagai unsur-unsur lain. Mistik dan seks adalah rencah yang paling berkesan. Lewat ini, akibat ketidaktentuan ekonomi serta sifat bangsa Melayu yang terkenal sebagai bangsa yang paling ingin hidup mewah sambil goyang kaki, maka wang juga telah menjadi satu rencah yang berkesan.
Oleh kerana itu, kita boleh menjangkakan beberapa karutan akan muncul selepas kejadian tanah runtuh di bukit orang-orang kaya dua minggu lepas yang asalnya sikit sahaja tetapi ditambah beberapa rencah untuk menyedapkan lagi cerita.
1 - Kejadian menemui wang; ia akan melibatkan jumlah yang banyak. Takkan jumpa RM50 pun nak jadik modal borak kat surau kan?. Ini jenis yang kisah jumpa wang dua atau tiga beg. Ada dua versi, yang pertama jadik kaya terus sebab bawak balik rumah dan tak cerita kat orang lain. Yang kedua pulak, sangat amanah dan pulangkan pada tuannya dan dapat reward beratus-ratus ribu. Biasanya begini ” kawan gua tu cakap, ada Ustaz tu pegi baca yassin kat sana, bomba tu cerita kawan dia jumpa duit dua karung. Terus hantar surat berhenti bomba tu”
2 - Kejadian menjual barang-barang murah; kadangkala ia melibatkan juga harta benda lain seperti kereta dan mesin jahit Singer model paling baru, yang khabarnya pembantu rumah warga Indonesia tu baru bukak dari kotak. Ini memang ayat mamat cornman a.k.a broker haram yang mahu menyedapkan cerita sambil kaut untung. Ayatnya berbunyi begini ”Eh! Kalau kau betul-betul nak V6 murah memang ada sebab kawan abang aku yang keje MPAJ tu dia dapat 3 biji kereta ada Datuk tu suruh jual. Kereta dah abis bayar pun, ko beli murah lepas tu keluar duit lah repair. Anak Datuk tu pun ada bukak bengkel, hantar kat dia aje nanti. Dua biji lagi tu BMW, tapi bos MPAJ dah booked dulu dia cakap”
3 - Cerita-cerita mistik; ini part antara yang sedap juga bagi tukang-tukang karut. Dan biasanya yang nama kena petik ialah para agamawan atau pun boleh juga melibatkan para anggota bomba, RELA, Polis dan sebagainya. Ada cerita yang lebih kurang begini bunyinya ” Diorang sekarang tengah nak panggil Ustaz Harun Din (watak paling famous kalau orang nak buat bab cerita mistik daripada kisah bawak hantu satu bus sampai lah ke beberapa siri mistik tahap international) sebab tiap-tiap tengah malam ada aje bunyi suara orang menangis kat situ. Cari-cari tak jumpa pun. Itu yang mula-mula jadi kompius dengan maid Sri Lanka tu.
4 - Cerita-cerita berkaitan seks; ini adalah rencah paling dinantikan ramai orang. Cuma dalam kes bukit orang-orang kaya ni gua tak dengar lagi. Mungkin jumlah kematian yang sikit jadi tukang-tukang karut takde modal sangat. Cuma kalau di Highland Towers dulu cerita-cerita nie datang sampai lebih daripada 4 versi, contohnya ; ”Lu tahu, kawan abang ipar gua yang jadik pasukan penyelamat tu cakap, diorang jumpa 7 orang dalam satu ruang tamu, semua bogel beb, macam sedang buat parti aje”
Atau pun; Kawan opis abang aku tu cakap, bapak sedara dia punya kawan kata kat situ memang diorang selalu buat benda tak senonoh. Rumah ada guard, nak buat apa pun tak kisah bukan orang tahu. Anak-anak diorang buat pool party tiap-tiap minggu. Tu lah pasal”
Oh ya! Ada satu lagi kisah seorang wartawan yang pegi jenguk buat laporan pasal tempat tu jadik port penagih. Dia jumpa budak kecik kat tower yang tinggal, dia tanya mana rumah adik ni, budak tu jawap ”tu hah yang dah runtuh tu”
5 - Tambahan kisah-kisah lain ialah, gua kenal orang yang rumah dia runtuh, atau pun gua pernah pergi pejabat Datuk tu dulu, memang sombong tu.
Agak ekstrem sikit ialah ” kawan abang gua yang keje tarik kereta tu dia kata 5 biji kereta dah blacklist pun diorang dah dapat kesan kat sana, tapi nak buat apa dah banyak rosak”
Cuma satu yang kadang-kadang gua jadik kompius bila dengar cerita-cerita ni ialah, ketidakhadiran tuan punya badan itu sendiri di tempat kejadian. Ia menyebabkan gua selalu senyum apabila mulanya ayat-ayat seperti ” kawan adik gua tu kata, rumah bos kawan dia tu dah kosong bila diorang datang nak ambik barang”
Hampeh.

13 comments:
muhahaha..lu mmg best bro lu pun leh jadi tukang karut jgk la sbb lu citer sebiji mcm org2 yg buat citer karut tu punya story...tpkan ade kalanya betul secara kebetulan benda2 mistik mmg ade kat mana2 xmustahil dpn mata lu dia leh muncul skng cumanya kita x diberi kelebihan nampak atau merasakan benda2 yg misteri atau mistik ni...wa sendiri penah alami benda2 mistik tp wa xde la kecoh2 kat org len ni pun sebab lu buka story ni wa nak bgtau je la mmg live wa nampak beb...
Haha..pandai lu ngarang. Banyak benda yang boleh dijangka bile citer macam ni. Tapi sana atas bukit memang banyak maksiat dulu kan?
muahaha..
gua ada baca kat blog tu pasal blablabla..hantu..balbal..
boleh?
keke
KOSMO/METRO dah kehilangan seorang tukang karang yang hebat...agak2 kalau diorang offer Abang la kan, berapa Abang mintak?
adios....
cliche sangat semua citer tuh, dah biasa sgt timbul bila ada berita2 yg sensasi..
nak buat cmner...dah telampau ramai sgt yg masuk tingkatan empat...dan enam rendah sastera...
tukang cerita...tukang karut...tukang carut...tukang kempen...tukang urut...tukang sihir...tukang tenung...tukang mandi mayat...
begitu ramai tukang yg mahir2...mengapa masih dipanggil lazy natives...hmmm...
orang tua2 dulu suka tampaq pungkoq kalau anak cucu dia wat loqlaq
agak2 kalo gua dengar cite2 tukang karut time gua lunch dekat kedai-lauk-atas-dulang harus kena sepak tak?
benz,
lu sempat ambik gambar tak?
antu,
bukit lain kot
j,
wa x jumpa2 lagi blog cerita hantu ni, kasi link skit lah
kurie,
wa mintak sebuah rumah kat bukit orang kaya-kaya.
epi,
itulah wa nak guna perkataan 'cliche' tadi tapi x paham makna.
tarings,
dalam bebanyak tu wa rasa tukang urut paling best
min,
rasanya waitress tu wat loqlaq lah kot sampai JJ tampaq pungkoq dia
rambo,
jangan, lu suh aje belanja makan
wa msa tu mana de camera dgtal mahupun hp ade camera beb..zman sekolah2 lu wa nmpak sama geng wa kalu igtla nama glamour dia "envlope"atau sampol...ehehehe..masa balik prep oit...mengemang bulu2 wa smua..walau xbrapa ade sgt ekekekeke...
Setiap kali jumpa kawan, dia bercakap "hang jangan cerita kat sesiapa, aku cerita kat hang sorang ja".
bak kata orang
"lu ajinomoto memang sedapppppp".
Post a Comment