Gua keluar rumah dengan harapan dapat shave Gillette percuma di Giant Bandar Kinrara.
Lepas bercukur dan dapat pencukur percuma, gua diberi sijil dan tiket lucky draw.
Lepas bercukur dan dapat pencukur percuma, gua diberi sijil dan tiket lucky draw.
Jam 9 malam gua pegi semula untuk lucky draw dan sebagai seorang manusia yang bertuah gua sudah menang "benda" bersaiz budak 5 tahun ini. Hadiah utama yang khabarnya bernilai RM1000.
Ada mana-mana manusia yang berminat membeli agar benda tak berfaedah ini boleh dialihkan segera dari rumah gua? Sila membuat penawaran di e mail gua. Ini serius punya iklan.
15 comments:
apo susah2 bro lu parking keto kat golf club kinrara tu tampal manilakad tulis besar jualan murah RM1000 sape cepat dia dapat...mesti laku bro...
lu iklan kat sini,yg baca gua..kasut futsal pun gua tak boli..
Try kedai golf mana2 untuk half prize..lu masih untung lagi ..
gua ingat ada kengkawan yang ada kawan punya kawan punya ayah sedara punya boss yang main golf. benda nie betul2 menyemakkan rumah gua. cubalah diorang bagi gua aiskrim ke, daging kambing ke tahu jugak gua nak buat apa.
Lu try iklan www.lelong.com.my
gila kau, kat sabah ni tauke balak berebut-rebut beli menatang ni buat hadiah untuk orang gomen
hari tu sorang tauke tanya gua, gua mahu iron baru ke sebagai hadiah, gua cakap boleh gak, kalau nak beli bagi yang steam punya..
sekali dia cakap nak bagi iron golf, gua mati-mati ingat dia cerita nak kasi iron seterika baju tu
cilanat
kasi masuk blog golfer la baba mesti ade orang mau beli punya...
budak dua orang ni dah bising bila mau jual benda yang sama tinggi dengan dia tu hahahh
bro,
wa ingat e bay tadi. complicated sangat.
max,
haha gua boleh imagine lu mengidam nak seterika.
Bodo betul cabutan bertuah lu dapat ni. Lu muka masam tak time ambik hadiah?
masam tahap ke-7 dah. baik jadik Bangladesh cleaner tu, dapat kad top-up hotlink harga 30. bukan sekeping tapi 10 keping.
alamak.. lu pon terlibat ka mencukur ari tu...
anyway.. lu tekan la kat mana2 forum golf.. sure ramai berminat..
Akak mmg setuju, you bawak aje kat mana2 kelab golf tu..(kat Shah Alam ke, Subang ke, etc) then taruk kat blkg kereta dgn poster besar...tulis SALE ..JUALAN MURAH ke.... sure itu boss ke, datuk ke, tan sri ke...mesti berebut nak beli sbb murah... hehehe...janji bayar CASH, jangan terima cek ke, kredit kad ke... hehehe.....hurm... they all ni setakat RM1000 tu macam RM10 jek!
Bro, berapa nak tolak? Rm400 ok? :)
alke,
please e mail.
bro,
aku cadangkan mung jual kat pilihanraya kuala terengganu sbb ramai Tan Sri2 dan Dato' 2 akan bertandang...
abu sripetaling...hehehe
abe,
mung tolong bawak jual nuu. ambo bagi bakshis
Post a Comment