Wednesday, December 31, 2008

Merebutkan Sesuatu

Dalam satu hadith tu, yang gua tak berapa ingat sanad nya, Rasulallah bersabda supaya kita merebut lima perkara sebelum datang lima perkara.

Wa rasa lagu Raihan pun ada jugak bab 5 perkara ni. Salah satu daripadanya, yang gua terasa macam nak berkongsi ialah waktu lapang sebelum waktu sibuk.

Pergghh! Dah ada yang berdetik dalam hati, ini mesti azam awal Muharram gua untuk tulis benda-benda yang lebih berfaedah. Lepas nie blog gua akan duduk sebaris dengan blog Ustaz Zaharuddin. Dan juga Yusuf Qardhawi.

Bukan apa, dalam tempoh dua minggu nie, gua rasa sibuk yang teramat sangat. Macam-macam benda yang datang, yang sengaja gua undang dan ada pulak yang memang buat muka tak malu datang tanpa dijemput.

Dalam tempoh itu jugak, ketika orang lain ada banyak cuti, gua macam malu-malu untuk mengisi borang cuti. Cuma harapkan belas ihsan cuti umum daripada KERAjaan Barisan Nasional.

Sebelum ini, gua hanya sibuk dan buat-buat sibuk pada hari Khamis dan Jumaat sahaja, tapi dalam tempoh dua minggu ini, gua memang serius punya sibuk. Setiap hari dan setiap jam.

Kalau sebelum ini gua rasa kerja gua adalah yang paling relax atas planet bumi, tapi tempoh 2 minggu itu buat gua kembali terfikir, memang tak boleh relax lah kalau ada kerja banyak. Dan macam manalah agaknya kerja orang lain yang lagi sibuk.

Dulu gua boleh download movie banyak-banyak kat rumah dan layan kat opis, tempoh dua minggu ini aje gua ada 4 movie yang belum sempat ditonton. Tapi movie mesti kena download jugak sebelum tidur.

Oleh kerana itulah juga gua terfikir dan terdetik untuk menghargai masa yang lapang yang sudah tidak lagi gua miliki ketika ini, pada waktu gua sangat sibuk. Kecuali sekarang ini setelah semua kerja-kerja selesai.

Agaknya macam mana kehidupan Samy Vellu ketika menjadi Menteri Kerja Raya dulu? Firaun ketika menjadi Perdana Menteri? Atau pun Mat Sentul ketika zaman semua filem-filem Melayu menggunakannya sebagai pelakon utama?

Kadang-kadang, ketika keluar malam di Kuala Lumpur, lu perlu tengok siapa yang memandu di sebelah lu, berhenti di lampu isyarat. Gua masih ingat imej seorang makcik bertudung memandu BMW di sebelah gua. Berhenti berhampiran Menara Celcom menuju ke Keramat. Masih berbaju kurung kerana hari itu hari Jumaat. Dengan muka yang letih gaya memang baru pulang dari pejabat. Jam 1045 malam.

Aduhai! Menjadi hamba wang dan masa.

Selamat menyambut tahun baru Hijri dan tahun baru Masihi. Jangan pergi tengok bunga api, nanti sendiri rugi. Orang ramai ambil peluang, nanti tak sedar handphone hilang. Anak dara jangan keluar malam, nanti Mat Rempit 'hentam' menangis tak boleh diam.

Jumpa lagi di tahun hadapan.

9 comments:

TooLBoX said...

Sheikh.. errr.. maksud gua Akhi Zul... errr.. maksud gua Bro Zul.. hadith tu kalau tak silap gua diriwayatkan oleh Muslim dan Tirmizi daripada Amru bin Maimun

Gua mati2 ingatkan lu lama tak update kono balik NS join mesyuarat undang utk lantik Yam Tuan Godang yg baru.. :)

Sojuk hati mama baco entry lu kali ni.. Alhamdulillah.. tapi jgn kerano Liverfool dah dok kat ateh lu lupo plak pasal bola :)

hobenz said...

muhahah...insap taubat nasuha jgk lu ye bila masuk tahun baru ni...ni la dia namanya kehidupan bro..kadang2 bz kadang melangok...beso la tu rencah rempah ratus kehidupan kito ni perlu diharungi dengan tabah n sabar banyak2..apopun wa ucapakan selamat tahun baru hijri 1430 n masihi 2009..semoga bertambahnya usia kita lebih mematangkan kita berfikir untuk masa2 mendatang yang penuh cabaran onak duri ala kulli hal kullu am wa kullu sanah wa antum bikhair...salam.

Rambo said...

pantun lu last paragraph tu buat gua rasa mcm nak tulis puisi pulak.

mama said...

mmmm... encik Tool baba memang sangat sibuk dengan masalah dunia sekarang hehhehe

selamat tahun baru baba.

Epi said...

selamat tahun baru baba, semoga rajin sket update blog tahun nih.. heheh..

babazahra' said...

Bro,
Liverfool kat ateh ko sekarang? Laa wa ingatkan team kilang simen mano. Tapi biaso lah tu, cam dulu2 gak, separuh jalan dah semput. Kono pulak kapten kaki pukul orang. Ptuiii.

Hobenz,
cuak gua dengar taubat nasuha tu.

Rambo,
Jangan. Lu baik layan Nasi Beriyani Batu Pahat aje cuti-cuti. Boleh kenyang perut. Tulis puisi lapar wei.

Epi,
Aye, rajin tulis blog.

yellowrose said...

slmt taun baru..dlu pernah travel europe gak ke?huhu yg my travel nih xdela sensorg 100%...cume dari joden naek flite n time crossing border naek ferry tuh jek snsorg..katsane ade jmpe member...huhu..kalo spnohnye snsorg xde kot nk g..wah2 sapekah mek pi tuh ??bia btol die trvel snsorg??giler laaaa...hak3..kem slm la ktdie..

nurazzah8 said...

babazahra,

adakah hendak ke sesuatu tempat itu sekejap atau lama? dapat kerja di sana?

babazahra' said...

asma',
kisah Mek Pi itu kisah realiti. Tapi hanya kalangan tertentu sahaja yang tahu. Sebab masa tu BADAR tengah 'berkuasa' di Irbid :)

Kak Azzah,
hehe bagaimanakah berita itu boleh dihidu? 3 tahun sahaja. Bekerja.