Thursday, December 11, 2008

Sedikit Idea Untuk Memantapkan Sokongan Kepada Pasukan Bolasepak Kebangsaan

Seperti yang sudah gua maklumkan sebelum ini, kali terakhir gua menonton pasukan bolasepak BolehLand beraksi ialah sewaktu kalah kepada Indonesia dalam Piala Tiger. Entah berapa tahun yang lepas, di Bukit Jalil. Gua siap buat poster lagi.

Tapi poster tu akhirnya gua gumpalkan dan gua layangkan ke tengah padang. Membazir kad manila dan dakwat marker pen bini gua aje.

Malam tu gua e mail surat pada Berita Harian dan esoknya surat gua keluar. Gua bersumpah untuk tidak membazir duit membeli tiket menyaksikan pasukan kebangsaan beraksi. Juga kad manila dan pen marker bini gua.

Tapi gua berjanji akan terus menyumbang idea untuk pembangunan bolasepak tempatan. Dan kerana mereka masih terus berjaya mengekalkan prestasi bangangnya di peringkat antarabangsa, di sini gua senaraikan beberapa langkah yang boleh diambil oleh pasukan kebangsaan demi memujuk hati para peminatnya, yang masih lagi tak serik-serik menyokong dan menyaksikan tahap permainan bodoh mereka itu.

Para pemain boleh terus ke Bukit Antarabangsa, menjadi sukarelawan untuk mengangkut barang dan membersihkan lumpur. Shukur Adan yang bertubuh tegap boleh mendaftar untuk menjadi sukarelawan membuat jambatan. Sila hubungi MPAJ dengan segera. Sekurang-kurangnya dalam setahun dua ni, penduduk Bukit Antarabangsa akan menghargai jasa anda dengan menyokong pasukan bolasepak kebangsaan. Ramai jugak tu.

Menjadi sukarelawan Lebuhraya Pantai Timur. Oleh kerana begitu banyak kejadian lembu terlepas ke tengah highway hingga menyebabkan kemalangan maut, maka khidmat sukarelawan diperlukan untuk menghalang lembu-lembu dan binatang lain seperti babi dan tapir daripada terlepas. Cuma gua sedikit konfius dengan penjaga gol. Beri dia tugas lain, takut nanti dia melompat tinggi-tinggi bila nampak tapir berlari.

Pantai Timur juga, tapi ke Kelantan dan Terengganu. Atau boleh juga ke Johor, untuk menjadi sukarelawan banjir. Khidmat kamu sangat diperlukan oleh mangsa-mangsa banjir khususnya pemain tinggi lampai seperti Indra Putra dan keeper yang muka macam Mat Saleh tu. Ia boleh menjimatkan petrol kerana kamu tidak memerlukan bot untuk bergerak. Tapi keeper yang pendek melompat tinggi tu, sila beri tugasan di darat sahaja. Masak air dan goreng cekodok untuk mangsa di pusat pemindahan misalnya.

Encik Khairy Jamaluddin juga boleh membantu memainkan peranan menaikkan semula imej pemain negara dengan membawa mereka ke Kuala Terengganu semasa pilihanraya kecil nanti. Khidmat mereka diperlukan untuk menampal poster, memasang khemah dan juga sebagai daya penarik kempen pilihanraya. Budak rambut tercacak tu sebagai contoh. Selebriti tu..tapi tolong beri mereka kebebasan memilih parti mana yang mereka mahu bantu. Gua rasa yang janggut sejemput macam Safee Sali tu mesti ada hati juga nak sokong PAS.

Awal Januari nanti pulak, para pemain perlu dihantar ke sekolah-sekolah di seluruh negara semasa hari pendaftran. Ini bertujuan untuk menjadi daya penarik budak-budak untuk mendaftar dengan pasukan bolasepak sekolah contohnya. Ia juga bertujuan untuk terus mengekalkan tradisi bolasepak BolehLand demi melahirkan para pemain seumpama mereka, sejak di bangku sekolah lagi.

Itu aje nampaknya, idea gua dah hilang. Apa-apa hal nanti gua e mail Khairy Jamaluddin.

9 comments:

Anonymous said...

jangan lupa
pencen nanti masuk Sehati Berdansa
macam gampang!

Antusabun said...

Khairi hari tu belagak cakap kata level pemain malaysia naik. apa haram!!

Anonymous said...

KJ Kuang 'Jar apa yg dia tau pasal bola ni? Yg undi dia yg bangang dan tiadalah lebih bangang. Bukan takat coach yg tak bagus tu, dgn KJ2 Kuang 'Jar ni pun kena resign. Dapat new kits, gempaks satu stadium. Masuk surat kabar. Kat jersi siap letak gambor keris!! Bosan. Dgn Vietnam pun terkucil. Dengan Laos pun sikit2 lagi je...

Ahhhhhhhhhhhhh!!! Bosan la FAM ni. So bila dia orang nak start jadi volunteer angkat baju orang2 kaya Bukit Antarabangsa? Ngabeh boreh je kat Phuket....

KJ Kuang 'Jar tunggu apa lagi? Kasi naik darah je FAM ni....

Anonymous said...

bro..lu je jd coach FAM..lu kan byk pengalaman jd JOHAN kat JORDAN dulu lu antara player kelicap yg terhebat pe...huhuhu

Jorji said...

mereka perlukan pelempang.itu je.

TOOLBOX said...

Lu bilo MU tak beghapo nak menyinar ceghito lar pulak bolasepak tompatan.. iyo lah jang!..

Abang Long said...

Tak payah pujuk gua. Dah 30 tahu gua tak masuk stadium tengok Malaysia main bola. Duit simpanan dah beli kancil dah....

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

lu ada lubang nak lempang shukor adan tak?

The.Libyaman said...

hasbullah,
kuota program tu memang dah ada untuk diorang. next year wa rasa Khalid Jamlus muehehe

antu,
maksud dia level kebodohan tu.

wak,
uih kat jersi ada keris ke? tak tahu plak gua. itu boleh repot pada FIFA tu, ada unsur terorisme.

benz,
wa pernah hantar resume nak jadik SU Agung FAM. Serius beb. tak kena panggil intebiu pun muehehe

j,
kalu wa nak lempang, wa pilih keeper lah, sapa lagi.

bro,
wa takut ramai jeles wa cerita pasal MU. lagi pun masih ramai peminat B.Satianathan, kesian plak diorang.

bang long,
bunyi macam dah menabung sejak abis zaman semi pro aje.

pp,
itu lu kena e mail Khalid Jamlus lah, tanya kedai mamak mana football star Malaysia selalu lepak.