Monday, January 12, 2009

Gaya Sang Juara!

Gua rasa, letih gua memandu dari Muar ke KL petang tadi sudah terubat. Lenguh-lenguh kaki gua menekan minyak juga macam dah hilang. Gua boleh exercise tangan menaip SMS dan boleh meloncat-loncat sambil menumbuk ke udara meniru gaya Wayne Rooney. Malah lengan gua yang lenguh boleh pula bertahan dalam 5 minit memegang scarf, depan TV seorang diri.

Gua rasa ramai yang tutup tv bila tengok Berbatov scored. Kutu-kutu yang berembun lepak kedai mamak pun sure dah panggil datang kira lepas tengok Berbatov scored. Dan petunjuk yang paling mudah untuk Man United ialah, kalau dah cecah form, memang payah lah sikit nak off-form. Bersepai lah sebiji-sebiji lepas nie.

Masa zaman ekonomi tak menentu nie, zaman ramai team menang setakat sebiji aje, main dengan team yang berangan nak jadik champion lagi tu, Red Devils boleh score sampai 3 biji. Ini bukan standard menang ala kadar lagi. Kalau lu nak belajar cemana menang ala kadar lu tengok Arsenal main semalam. Tapi kalau nak belajar seri, selalulah menonton team merah yang kapten dia buat part-time jadik kaki pukul tu. Tapi kalau berangan nak jadik champion, kena lah main macam champion tadi. Cuma nak jadik champion tu tak tahu lah bila. Ikut nasib.

Tapi kalau tengok pada Giggsy tadi, kederat dia gua rasa boleh pakai lagi 3-4 tahun. So mungkin lepas tu boleh lah team lain nak plan jadik champion plak. League Cup ke dulu sebagai permulaan. Premier League payah sikit lah. Wa tengok Giggsy main tadi, macam 1600 orang Shukor Adan. Punya tenaga lah. Skill Shukor Adan tendang bola melambung tinggi-tinggi tu memang Giggsy tak boleh ikut punya.

Gua sangat happy, walaupun gua rasa, ini mungkin game terakhir yang gua boleh layan. Next week, dan game-game berikutnya gua tak rasa dapat celebrate lagi. Mungkin tempat kerja baru gua akan ada TV satelit, tapi gua dah teliti semua jadual game, ialah waktu pejabat. Kecuali Champions League.

Okay kawan-kawan, enjoy the games, but stop dreaming to kill the champion. Jumpa lagi, mungkin beberapa minggu daripada sekarang. Itu pun kalau area tempat kerja gua ada internet connection. Wish me luck. And so for my team, the Red Devils.

12 comments:

Antusabun said...

Nak jugak pilih devils tu. Amik la team lain. Asik2 man u... tak penat ke?

NURAZZAH8 said...

Selamat berangkat ke tempat baru...
kena selalu calling calling mama tu...kesian dia kena tinggal dengan anak-anak...tapi baba kan pergi mencari rezeki...InsyaAllah ... semoga semua selamat dan berjaya ...

Jorji said...

lu nak ke old trafford ke? :P

man u kalau dah kene tunenya..habis la!

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

woi woi..!! mana mau pergi..?? tapi memang sebijik ke, 3 bijik ke,12 bijik ke, sama je 3 markah..!!

Rembo said...

woi jgn lari.
sape nak supply minyak enjin kat aku nnti.

bro, mesej gua tengah malam, tatkala gua tidur kepenatan memandu, semata bakar gua, that's offense! hahaha

Anonymous said...

bro..lu jgn terlalu yakin sesgt dgn kemenangan yg baru permulaan ni...kok dah diam kek ateh baru leh nak rasa hebat sgt..tp apunpun wa doakan lu selamat berhijrah ke bumi libya n jumpa lg bila lu dh kembali n jgn lupa sms la kengkawan bila lu dah dok sana...semoga sukses selalu n ALLAHU MAAK!!

Yusmir Yusop said...

Terbaek!Salute.

The.Libyaman said...

antu,
for life.

kak azzah,
insya allah and terima kasih tolong doakan.

j,
wa nak tunggu air asia x pegi UK. kita buat rombongan okay?

pp,
ya sama cuma yang bezanya lu ada duduk nun jauh kat bawah hehe.

rambo,
wife gua akan takeover jual minyak Selenia muehehe.

hobenz,
hujung minggu ni memang kat atas lah team gua. hehe thank you doakan gua beb. nanti wa bg lu poster el fakhamah el rais.

momo,
always dude, always.

Anonymous said...

bluwekkk...!!

Alke said...

Bro, wa rase lambat dah nie, tapi kegembiraan gua tak terhingga. pagi isnin, dengan mata merah tak cukup tidur, gua tunggu kengkawan si biru depan opis. Wa tak cakap apa pun, diorang yang sibuk ucap tahniah sambil menyumpah2 si roman dan drogba. hehehehehe.....takat team merah cap mabuk tue...apa sangat. Silap2 rafa betinez tu buat aksi keegan depan tv, I luv it, I luv it....hehehehehe.anyway, all the best.

TOOLBOX said...

Humang aih!.. bilo monang.. cam kol*ng dapek beskal.. turun bukit pun kayuh punyo suko!.. maso kalah elok yo ontok2 dudok dendiam sampai blog ponoh sawang tak berapdet

Selamat berjayo kek tompek baru.. jaman ni bumi putar laju.. sekojap yo tau2 lu dah nak balik semulo ke Kinrara.. ke jelobu.. cumo jgn pulak lu bukak cawangan baru kek sanun :) Kesian kek mama

The.Libyaman said...

bocah,
mengandung ke?

alke,
dia punya feel nie lama nie, sampai raya haji tahun depan pun boleh.

toolbox,
kalah dengan derby tu taktik marketing. mau tarik crowds tengok 2nd game. TV ratings sure naik sebab ramai mau tengok MU kalah.