Thursday, April 19, 2007

azam baru

Malam tadi gua buat pertama kali menggunakan Yahoo Messenger! Ah! memang gua buta betul dengan pelbagai kecanggihan internet nie. pernah juga satu masa dulu gua download YM tapi gunakan untuk satu hari aje sebab gua tengok ia macam melambatkan komputer. so gua delete semula. tapi last week member gua si Kidin e mail dan invite gua untuk join YM dengan dia. so gua download semula YM tapi bukan ke PC sebaliknya ke laptop. dan gua tengok ia berjalan lancar. malam tadi ia digunakan untuk pertama kali sebab Kidin pun online. Thanks bro, sebab ajar gua benda baru. hahaha mamposlah gua kena kutuk plak lepas nie.

Tapi itu semua sekadar picisan aje kerana yang paling membuatkan gua sangat terkejut ialah apabila Kidin menghantar gambar melalui YM. gambar ini diambil pada malam gua nak berangkat meninggalkan Jordan pada 7hb Oct 2001 the same day Afghanistan was attacked by the Yankees army. title pada gambar ini ialah QueenAliaCommunist. Kidin hanya mahu mengingatkan yang dia bergambar dengan gua di Queen Alia Airport malam itu. Usah ditanya kenapa dengan gelaran communist itu. Gua rasa macam nak menangis dan gua rasa macam nak ketawa bila melihat kembali gambar ini. gua pun dah tak ingat siapakah jurukameranya. gua ketawa melihat kembali susuk gua 6 tahun yang lepas. gua rasa nak menangis pulak bila mengenangkan susuk itu telah dirampas dan tidak dikembalikan semula. Ya Tuhan! kembalikan semula susuk tubuh gua itu. Kidin juga mesti merindukan kecengkungan wajahnya ha ha ha.


Si jurukamera memang pandai bermain dengan ruang. dia memberikan ruang yang begitu luas di sebelah kiri objek iaitu gua dan Kidin. ruang itu digunakan untuk tahun-tahun yang mendatang supaya boleh di isi dengan susuk yang semakin bertambah besar. sehinggalah kami sebagai objek berada tepat di titik fokus. Bijaknya.

Gua impikan susuk itu kembali dan gua menulis ini dengan azam baru. Azam untuk kembali mendapatkan susuk gua pada malam 7th Oct 2001 itu.

1 comment:

thinker bell said...

ada jugak org moden nama kidin lagi ek? arwah atok saya nama kidin. and i think kidin is seriously cool. and obviously rare. :D