Friday, May 02, 2008

Antara Kamunting dan Guantanamo

Sami al Hajj merupakan jurukamera Al Jazeera. Hari ini beliau telah dibebaskan dari Kem Tahanan Guantanamo dan dihantar pulang ke Sudan. Kepulangannya bersama dengan dua tahanan Sudan yang lain telah mendapat liputan khusus oleh Al Jazeera sendiri dan beberapa media antarabangsa.

Sami al Hajj telah ditahan sejak June 2002. Kesilapan beliau hanyalah kerana menjadi jurukamera Al Jazeera dan ditugaskan untuk membuat liputan ke Afghanistan ketika serangan Amerika pada October 2001. Beliau ditahan oleh pihak polis Pakistan di sempadan kerana kewujudan Al Jazeera pada ketika itu tidaklah begitu disenangi oleh pihak Amerika dan Pakistan pula ketika itu adalah sekutu Amerika dalam kempen memerangi keganasan.

Rentetan penahanan beliau telah membawanya ke Penjara di Quetta Pakistan, sebelum dipindahkan ke Penjara Baghram yang juga sebuah lapangan terbang di dalam Afghanistan selepas diserahkan oleh pihak Pakistan kepada Amerika. Beliau seterusnya sejak June 2002 telah secara rasmi menjadi penghuni sel 345 di Kem Guantanamo.

Al Jazeera telah melancarkan kempen sejak itu bagi menuntut pembebasan Sami al Hajj termasuk kesemua tahanan di Guantanamo. Mereka menggunakan saluran media untuk menekan pihak Amerika Syarikat dan juga turut mendesak Sudan berunding bagi mendapatkan pembebasan rakyatnya itu.

Setelah hampir 6 tahun ditahan, tanpa sebarang pertuduhan juga tanpa sebarang bukti yang boleh mengaitkan Sami al Hajj dengan sebarang kegiatan keganasan, beliau akhirnya dibebaskan tengah malam tadi dan tiba ke Khartoum dalam keadaan terpaksa diletakkan di atas pengusung. Alfu Mabruk!

Sementara 2 malam yang lepas, gua menonton program ”Bersemuka Bersama Media” yang merupakan satu lagi wayang baru RTM untuk mengaburi mata rakyat selepas digoncang kuat di dalam PRU yang lepas. Tetamunya ialah Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar. Wakil medianya pula ialah Saudara Zainon, editor politik The Sun dan K. Kabilan dari Malaysiakini.

Agak melucukan apabila ditanya berkaitan ISA dan relevannya akta itu sekarang, Kem Tahanan di Kamunting serta penahanan tanpa bicara, Menteri Dalam Negeri yang khabarnya bapa beliau dahulu adalah orang terbilang di dalam UMNO, telah menjawab bahawa Amerika hanya tahu mengkritik tentang hak asasi manusia, tentang ISA dan sebagainya sedangkan mereka masih lagi menggunakan kaedah yang sama di Guantanamo.

Tuan Menteri Dalam Negeri, bagi orang bodoh, hujah anda itu bagaikan kanak-kanak melihat pelangi muncul selepas hujan. Melopong! Pandainya Tuan Menteri Dalam Negeri memberikan jawapan, yang sebenarnya telah kerap kita dengar.

Tapi Tuan Menteri Dalam Negeri, anda sebenarnya mengakui hakikat bahawa ISA adalah satu akta zalim, kejam, tidak adil dan hanya untuk meneruskan kelangsungan kerajaan sekarang sebagai pemerintah apabila anda membuat perumpamaan dengan apa yang berlaku di Guantanamo. Bebal!

Dan, jika anda baru tahu yang mencuri itu salah, adakah anda perlu menanti semua pencuri di seluruh dunia berhenti mencuri baru anda mengikut langkah mereka? Bebal!

5 comments:

manusia ganjil ikan yu said...

Dah nama beruk
terpaksalah guna undang-undang rimba

TOOLBOX said...

Gua pun tengok rancangan tu. Mentori tu banyak jawab ikut logik dan sodap mulut dio yo tanpa fikir fakta. Raso dio tak sedio sangat dan tak fikir asik kono tanyo bondo-bondo yang sensitif oleh 2 orang lagi panel

Btw pasal ISA gua teringat kek Malek Hussin. Bayangkan kalau semuo tahanan ISA semonjak tahun 60 boleh dakwo & monang kes kek mahkamah boleh muflis Perbendaharaan BolehLand

Yusmir Yusop said...

Sangat.Sama dengan je Kamunting tu.Cuma,ia di Taiping.

Kurie said...

Saya pernah tonton dokumentari "Fog Of War"...bekas presiden Ford berkata..."There's one rules...never says no"...nak kata apa kan?...

Skullsplitter said...

Bila berkata-kata hanya menggunakan otak tanpa menilai fakta dan kebenaran.. inilah jadinya..