Kebelakangan ini kita memang mudah terbaca di akhbar atau mendengar berita di tv mengenai pelajar sekolah yang dipukul atau dicederakan oleh guru. Dicederakan rakan sekolah memang biasa berlaku malah sampai meninggal dunia pun pernah berlaku. Cuma gua rasa agak hairan dengan mereka yang dicederakan guru atau kadangkala tidak dicederakan pun cuma terjentik sedikit sahaja.Gua hairan bukan kerana tidak pernah mengalaminya semasa gua sekolah dahulu tapi yang gua hairan kenapa waktu gua kena belasah dulu gua x kaluar suratkhabar ye? kalau tidak mesti gua dah gunting keratan akhbar tu dan tampal dalam album gua. setidaknya bila gua pergi Jordan dulu gua boleh bawa keratan akhbar tu dan tunjuk kat member2 baru gua. Tapi segan juga sebab bukan kita yang belasah cikgu tapi kita yang kena belasah. Tak mengapa kira gua cancel aje.Tapi gua cancel bukan sebab malu satu Malaysia tahu gua kena belasah dengan cikgu tetapi sebab gua rasa macam takde faedah langsung gua nak mengadu. Kalau gua mengadu lepas tu gua dapat peluang balik belasah semula cikgu tu orait jugak? Takpe gua cancel aje sebab memang confirm gua tak dapat belasah balik cikgu tu.Tapi gua cancel bukan sebab gua tak dapat peluang nak belasah semula cikgu tu, tapi macam yang gua cakap tadi takde faedah apa2 pun. Lainlah kalau gua mengadu tu Kementerian Pendidikan waktu tu boleh beri gua soalan bocor SPM ke, dapat jugak gua register 21 subjek, confirm gua dapat buat rekod 21 A1 dalam SPM. Mesti nama gua terkenal sebagai pelajar pertama yang menggalakkan pelajar lain buang masa buat rekod. Takpe gua cancel aje sebab mesti KPM x bagi gua soalan punya, lebih baik diorang bagi pada anak Menteri atau anak VIP lain, harum jugak nama bapak diorang. Tapi gua bukan cancel sebab gua confirm x dapat soalan bocor cuma gua rasa ia tak memberikan pulangan lumayan pada gua. Lain lah kalau gua report lepas tu datang mana2 institusi yang sanggup sponsor gua pegi belajar kat luar negara dan sediakan pekerjaan apabila gua balik. Mesti gua x payah menyusahkan mak bapak gua untuk belanja gua belajar atau gua sendiri nak pening kepala hotak bayar loan MARA macam sekarang atau pun kerja separuh mati nak dapatkan gaji bebanyak. Tak kisah lah gua cancel aje plan nak report gua kena belasah tu sebab mesti xde sapa yang sponsor gua. Baik Yayasan Pok Rafeah mahu pun Pekida. Habihkan boreh aje.Tapi gua bukan cancel nak report tu sebab gua yakin xde sapa nak sponsor gua cuma rasanya macam ia akan merugikan gua balik. Lainlah kalau gua report tu, media akan highlight cerita gua then ramai yang simpati ambik gua jadi anak angkat, belikan gua villa, Truck GMC serta wariskan pada gua syarikat import eksport mereka. Bukan ke dulu kalau bisnes kayo skit mesti buat import eksport. Mesti gua senang hati punya terus jadi boss seumur hidup. Takde lah menjalar siang malam nak cari duit buat beli rumah, bayar ansuran kereta atau masuk skim cepat kaya. Hahahahahaha! Tapi confirm xde yang simpati. Gua yakin sangat. Buat malu gua sendiri aje. Mesti orang kata, "kepalo hotak kau jang dah kau menyetan tu pasal cikgu kau belasah kalau den pun den tembak"Gua sedar, yang gua ni mentimun, Ustaz Ali Tajid itu durian. Sekali dia belasah gua guna tangan kanan dia mesti gua terhantuk kepala kat dinding sampai tanggal jam tangan Seiko dia yang beli kat Tampin tu. Kalau gua report lagi mesti dia belasah gua lagi. Sekali lagi jam tangan dia tercabut. Kalau sepuluh kali tercabut mesti kali yang ke-11 jatuh ke lantai sebab Cikgu Kamar pun malas nak sabarkan dia. Silap2 Ustaz Ali Tajid boleh meninggal dunia sebab darah tinggi kerana marahkan gua. Kan panjang ceritanya tu. Banyak lah pulak orang terlibat. Gua pulak boleh dituduh menyebabkan kematian. Maahad Ahmadi akan dikunjungi ramai SB. Polis pasang tali rentang "Do Not Cross. Police Line" Silap2 diorang letak polis berkawal kat sekolah n asrama. Cikgu Kamar kena tukar x jadi warden lagi. Payah lah pulak bebudak nie nak hisap rokok kat atas siling bilik air tingkat 4 atau nak panggil Hantu masuk 4.4 untuk tasmi'. Itu dah kira menganiya diorang. Gua x sanggup nak mengaiaya kawan2 gua. Banyak lah pulak kisahnya kalau gua report. menjelang semua benda tu nak berlaku sakit kat kepala gua kena hentak dengan Ustaz Ali Tajid pun sudah reda. Dia pun lepas kena aircond kat dalam opis dia mesti dah kurang marah. Mesti dia maafkan gua sebab dia tahu perangai budak-budak tengah nak naik. Cayalah Ustaz Ali Tajid.Tapi semua tu hanya berlaku pada gua sahaja dan ada macam2 pukulan lagi yang Ustaz Ali Tajid sudah berikan pada anak2 muridnya yang menyetan. Degil x mau dengar kata. Berlagak konon dah besar sangat. Biasalah budak2 tengah nak naik. Setakat sewa van pegi Port Dickson masa koperasi buat mesyuarat agung tu kira cincailah. Kena respek juga sebab pada usia remaja lagi mereka dah berani buat aktiviti yang mencabar. Menyusup keluar pagar melalui kawasan perumahan. Meyakinkan tuan punya van untuk berikan van sewa serta berkayak secara berkumpulan di Port Dickson. Kalaulah Malaysia Book of Record dah wujud masa tu, mesti hari ni ramai pelajar sekolah yang teruja nak buat acara berkayak beramai-ramai. Memadamkan rekod kami. Semua tu x payah kitorang nak belajar kat PLKN. Dapat secara ilham aje.Tapi itu cerita zaman gua sekolah. Bukan zaman sekarang di mana dalam tempoh kurang 4 tahun lagi anak gua yang pertama pula akan bersekolah. Cuma yang gua sangsi ialah dengan zaman sekarang ini, zaman gua telah tidak bersekolah lagi dan anak gua belum bersekolah lagi. Hampir setiap hari gua baca pasal pelajar dipukul guru. Pelajar kena ketuk kepala. Pelajar kena tampar dan bermacam aksi lain yang gua rasa Ustaz Ali Tajid pun sudah x pakai lagi sekarang ni. Gua x tahu lah kalau Ustaz Ali Tajid masih belasah pekerja di kebun sayurnya atau pun backhand pekerja TESCO yang lambat datang ambik sayur kat kebunnya.Ada ketikanya bila gua baca alasan cikgu tu ialah sebab kebangangan murid itu sendiri. X bawa buku teks. X buat kerja rumah dan macam2 alasan lain yang sememangnya silap diorang. So, what's the deal dude?Lu orang yang buat silap lu orang kena tanggung akibatnya. Xkan cikgu tu gile nak main belasah x tentu pasal. Mesti dia dah hilang sabar punya. Macam Ustaz Ali Tajid jugak. Dia hilang sabar dengan gua sebab dia tahu gua yang plan sewa 2 biji van pegi Port Dickson. Kalau gua pun mesti bengang sebab koperasi sekolah buat mesyuarat agung sekali korum x cukup langsung. Tapi bukan ada sapa nak pantau pun jalan aje mesyuarat dengan bebudak perempuan dan beberapa orang "pembaris". hehehehe.Zaman sudah berubah. Jika segala yang wujud dalam dunia hari ni juga wujud waktu gua bersekolah, mesti gua dan ramai sahabat yang lain sudah koma dibelasah Ustaz Ali Tajid. Handset kitorang xde, vcd belum sampai lagi, PlayStation belum buat lagi,komputer plak Cikgu Siti ajar guna MS-Dos aje bahkan istilah Mat Rempit pun belum terhasil. Bagaimana dengan sekarang? Mesti kalau Ustaz Ali Tajid masih jadi cikgu lagi, kitorang terpaksa kumpul duit untuk belikan jam tangan Seiko sebab jam dia selalu terhempas.Sama ada budak sekarang yang terlalu manja atau cikgu sekarang yang kurang sabar? Atau kebanyakan mereka anggota Pekida? Atau mak bapak yang semakin berlagak pandai atau pun budak yang semakin menyetan? Atau pun Kementerian yang lemah sebab menggariskan kod etika yang menyakitkan? Dan membekukan? Apakah hasilnya? pelajar yang hanya tahu menghabiskan masa membuat rekod siapakah yang paling banyak mendapat A1 dalam SPM. Pulangannya sudah tentu kepada KPM sendiri sebab xkan yuran SPM budak tu sama dengan yuran budak yang ambil 10 subjek? Hasilnya juga adalah para pelajar yang hanya boleh berfikir di dalam kotak, bukan di luar kotak. Ibu bapa yang hanya boleh melihat anak-anak mereka betul dan guru-guru tidak lagi perlu dihormati tindakan mereka.Dulu semasa di sekolah rendah, ada seorang sahabat yang telah kembali ke rahmatullah pada 1996. Namanya Zaini. Kerana dihimpit kemiskinan dia selalu ponteng sekolah. Dia akan muncul sekali-sekala di sekolah. Kerana marah dengan sikapnya ditambah apabila dia gagal menyiapkan kerja yang diberikan, Zaini selalu dihukum. Sewaktu itu gua dalam Tahun 2 dan Zaini berada di Tahun 3. Tahukah apa hukumannya? Zaini akan dibogelkan. Tanpa seurat benang. Dibogelkan. Dan di bawa ke segenap penjuru sekolah. Imej yang masih segar lagi dalam ingatan gua sehingga hari ini. Bahkan sewaktu gua memandikan jenazah Zaini yang mati kemalangan pada 1996, imej yang sama juga terbit muncul di depan mata gua. Mungkin kerana itu satu pengecualian, dia datang dari keluarga miskin dan hanya mempunyai ibu yang mungkin juga buta huruf. Terima sahaja apa yang berlaku. Itu satu pengecualian.Tetapi bagaimana dengan Mohd Musabaqah yang benjol dahinya kerana ditumbuk Ustaz Ali Tajid atau pun Asyraf yang lebam kerana dibelasah? Bagaimana dengan Apak dan Sofe yang terpaksa menggantikan gua sebagai dalang melarikan televisyen Pusat Sumber ke asrama untuk menonton final Piala Dunia 1994 serta dibelasah dengan rotan oleh Ustaz Ali Tajid? Bagaimana pula dengan para pelajar kelas 3 Zuhal di Serting pada 1992 yang seramai 45 orang dengan hanya Firdaus seorang sahaja yang terselamat dari libasan rotan Ustaz Aziz Ahmad a.k.a Aziz Tua kerana gagal menyelesaikan masalah matematik? Bagaimana pula dengan gua yang kena belasah hingga kepala gua berlaga dengan papan putih di bilik mesyuarat yang serba canggih di Maahad Ahmadi itu? kepala gua juga berbekas terkena jam tangan Seiko yang Ustaz Ali Tajid beli di Tampin hingga jam itu tanggal. Sakit memanglah sakit tapi macam yang senaraikan di atas tadi, ia memang tidak memberikan sebarang faedah kepada gua jika gua mengadu. Begitu juga apabila gua menumbuk kepala Ustaz Nuri sebanyak dua kali semasa semua orang beratur makan tengahari, mereka tidak pula mengadu kepada pihak yang sepatutnya. Give n take. Terima kasih semua, jika tidak mungkin gua tidak mampu menulis semua ini. Tapi bagaimana dengan hari ini? Ada ketikanya gua rasa mahu menjerit apabila membaca benda yang sama setiap hari. Kisahnya berulang tetapi senarionya berbeza. Dan gua juga rasa mahu menangis bila mendengar di sekolah isteri gua mengajar, ada ibu yang mengadu pada Pengetua, seorang guru mengatakan para pelajarnya bodoh kerana tidak boleh menyiapkan kerja sekolah. Entahlah. Terima kasih buat semua guru yang pernah muncul sepanjang hidup ini.
Blues di sini ialah kritikan, pandangan, idea-idea sampah, maki hamun, merungut dan perkongsian kisah. Jelebu pula ialah tempat kelahiran blues itu.
Monday, March 12, 2007
Friday, March 09, 2007
Keindahan Tidur
Pernah satu ketika dahulu dalam tahun 1996, gua terpaksa tidur dalam sebuah bilik kosong (abandoned room) dengan hanya beralaskan suratkhabar dan berbantalkan beg. Puncanya kenapa gua terpaksa menginap di bilik itu, biarlah ia menjadi rahsia gua sahaja, tetapi ia memang satu pengalaman yang agak rumit untuk di akhiri. Ia menjadi satu malam yang sangat panjang. Kebetulan gua turut membawa skateboard, jadi untuk menghilangkan boring kerana sukar untuk tidur, gua bermain skateboard. Di dalam gelap. Entah apa yang kelihatan dalam gelap itu pun gua kurang pasti. Apa yang pasti banyak kali juga gua terlentang dalam gelap sebab terlanggar batu. Gua pun tak pasti bagaimana jika ada yang terdengar bunyi skateboard bergerak dalam gelap sekitar 2 atau 3 pagi? Itu akan gua ceritakan nanti.
Malam itu memang sangat panjang. Nyamuk pula seperti mahu menambahkan lagi penderitaan gua. Rupanya berbaring di atas simen ini memang menyakitkan. Sebab itulah tilam tercipta. Selain untuk keselesaan tidur, tilam juga menjadi pemisah antara simen dan tubuh anda. Kemudian pula wujudnya katil. Ia bagi menjadikan jarak antara tubuh anda dan simen semakin jauh. Bahkan terus tidak berkait. Suratkhabar yang gua jadikan alas hanyalah senaskhah. Ia memang tidak cukup. Mungkin jika ia setebal akhbar yang gua jual setiap 2 bulan kepada pembeli “suratkhabarrr lamaaa” pasti gua lebih selesa. Akhirnya entah jam berapa gua tertidur pun gua kurang pasti. Tapi memang kurang selesa. Sangat tidak selesa. Bangun ketika subuh masih lagi berbaki untuk mengelakkan dilihat orang. Sangat berharga pengalaman itu. Hasilnya, esok gua demam. Belakang gua sakit dan seluruh tubuh gua berasa sangat lemah. Bagaimanakah penderitaan mereka yang dipenjarakan? Mereka yang menjadi mangsa seksaan tirani? Sudahlah tidur tidak bertilam, bilik yang kecil dan disusuli pula dengan penyeksaan. Nampaknya penderitaan gua pada malam itu hanya sebesar kuman, atau mungkin tidak kelihatan jika dibawa ke bawah mikroskop. Bagaimana pula dengan mereka yang tidak berumah? Yang saban malam terpaksa mendiami jambatan tinggal. Mungkin beralas kotak jika untung nasibnya baik dan mungkin hanya berbantal lengan. Nampaknya pengalaman gua malam itu, sudah menjadi sebesar hama.
Sebenarnya pengalaman mengajar manusia menjadi matang. Ia mungkin berguna pada kemudian hari. Ia juga boleh dijadikan pengajaran agar tidak berulang lagi. Dan bagi gua pula, ia boleh dijadika kenangan. Secebis kenangan dalam perjalanan hidup yang panjang.
Kemudian semasa di Eropah, gua juga terpaksa melalui pengalaman yang serupa. Semuanya berkaitan tidur. Ia sangat penting bagi kehidupan gua, dulu kini dan selamanya. Tidur menjadi satu elemen yang sangat penting. Gua terpaksa sekali lagi tidur berbantalkan beg. Mungkin kali ini lebih selesa kerana di Eropah anda tidak akan digigit nyamuk. Syukur. Tetapi kesejukan malam lewat August 1997 itu memang menyeksakan. Malam pertama terpaksa tidur di Zoo Berlin. Menariknya zoo di Eropah ialah konsepnya yang terbuka dan terletak di tengah bandaraya. Zoo Berlin hanya sepelaung dari stesen keretapi U2 U-Bahn Berlin Zoologischer Garten yang mengambil nama sempena nama zoo itu juga. Gua tidak tahu yang taman tempat gua bakal berlabuh itu adalah sebuah zoo, kerana gua sampai ke Berlin sudah jam 9 malam. Tetapi gua dan rakan seperjuangan memang terdengar bunyi gajah ketika melalui kawasan gelap di taman itu. Dan kami juga perasan keunikan nama stesen keretapi tersebut. Tidur di atas bangku taman bukanlah selesa sangat. Walau beg sandang kami besar dan tidur beralas selimut, tetapi suasananya terdedah. Cuaca pula agak sejuk dan kami pula terpaksa tidur mengikut syif demi keselamatan.Apabila bangun keesokan harinya objek pertama yang gua lihat ialah seekor arnab berwarna putih yang sedang mencari makanan di sebalik rimbun bunga. Ketika keluar membeli sarapan barulah gua perasan yang sebenarnya taman itu sebahagian daripada zoo tetapi bukan di dalamnya. Bunyi gajah dan binatang lain pula adalah kerana laluan yang kami ambil sememangnya bersebelahan dengan kandang mereka. Malam esoknya pengalaman yang sama juga mengajar kami untuk menjadi lebih selesa. Sebelum 12 malam, kami akan melelapkan mata dengan sepuasnya terlebih dahulu dan selepas semua premis ditutup kami akan beredar ke bangku yang sama untuk “tidur-tidur ayam”. Pernah juga selepas kembali ke Berlin semula dari Austria, kami membeli tiket wayang. Filemnya ialah Mr Bean. Ia sungguh satu nostalgia. Kami bukan menonton tetapi masuk panggung untuk tidur. Filemnya pula dialihbahasa. Kami tiba-tiba terjaga ketika ayam turkey yang dimasak meletup dalam microwave. Setiap kali menonton adegan itu, gua akan kembali bernostalgia.
Di Prague juga kami pernah tidur merata. Walaupun ia masih seperti di Vienna dan Berlin, tetapi bilangan mereka yang tidur di tepi jalan sangat ramai. Mungkin kerana penguatkuasaan yang kurang tegas atau mungkin kerana Prague lebih terbuka dan banyak dikunjungi oleh Budget Traveller seperti kami. Malam pertama selepas melarikan diri dari hujan di Wenceslas Square, kami tidur di Hlavni Nadrazi, yang merupakan stesen sentral dan terbesar untuk keretapi di Prague. Ia juga mempunyai kedai yang dibuka 24 jam serta penumpang transit yang ramai. Mungkin sekitar sejam sekali akan ada anggota polis yang meronda dan mengejutkan semua orang supaya tidak tidur d atas bangku atau merata tempat di dalam stesen itu. Selepas mereka beredar kami semua akan kembali tidur. Begitulah seterusnya sehinggalah esok, selepas pejabat kembali beroperasi, baru kami mendapatkan bilik. Barulah selesa tidur kami walaupun hanya 2 malam kerana tempat yang terlalu jauh dari pusat bandar dan hostel itu pula adalah bekas sekolah kejururawatan Kristian. Agak menyeramkan lantas kami beredar dan menetap di sebuah hostel di bangunan bersebelahan Hlavni Nadrazi. Punyalah rumit untuk memilih tempat tidur. Sedangkan nun jauh di sudut lain dalam dunia yang sama, ada insane yang terpaksa tidur di bawah jambatan. Bukan kehendaknya dan bukan pula paksaan. Tetapi keputusan tegas kehidupan menentukan bahawa dia perlu untuk menjadikan bawahjambatan atau kolong sebagai tempat tidur. Kenapa kita masih lagi tidak bersyukur?
Vienna juga adalah tempat yang dilarang “bumping” atau tidur bersepah-sepah. Jadi kami terpaksa tidur di dalam taman di Vienna Museum of Fine Art. Agak mencabar kerana malam yang sejuk dan sesekali hujan renyai turun. Kami terpaksa menanti sehingga kawasan muzium itu ditutup barulah kami menyusup masuk dan berehat. 2 malam di sana dan 1 malam yang lain kami berjaga lantas esoknya tertidur di stesen keretapi. Gelagat kami yang tidur seperti tidak sedar diri menyebabkan kami ditahan untuk soal siasat oleh polis di stesen keretapi itu. Sepanjang perjalanan itu, tidur tetap menjadi eleman yang sangat penting untuk gua dan rakan-rakan. Entah kenapa, wang yang dihabiskan untuk mengembara bukanlah sedikit dan bila sudah mengembara, tidur masih lagi dilihat keutamaan. Apabila mendapat tilam yang empuk di Prague kami seperti lupa dunia, tidur sepuas yang boleh, mungkin untuk menggantikan waktu tidur yang hilang. Betapa ruginya.
Semasa di Mekah juga, gua pernah berdepan dengan masalah tidur. Bukan tidak boleh tidur, tetapi gua selalu sangat tidur. Memang sangat merugikan. Gua pernah tertidur sesudah subuh sehingga gua terasa matahari sudah agak perit memancar. Kerana berada di Mekah dan kerana musim haji, memang tiada yang menghirau. Gua juga tidur di tepi sebuah bangunan ketika berjalan kaki dari Mina ke Mekah. Sangat penat menyebabkan gua terpaksa tidur. Gua memang ada bermacam pengalaman tidur. Ada yang indah dan ada yang menyakitkan. Gua pernah tidur di Hentian Nilai, berhampiran Nilai Memorial Park. Jam sudah pukul 2 pagi. Untuk meneruskan perjalanan dengan menaiki motosikal, berseorangan dan kemudian melalui Bukit Tangga, juga berseorangan, membuatkan gua berfikir 2 kali. Sebenarnya gua boleh mengelakkan kesemua itu. Gua tidur di rumah kawan di Pantai Dalam. Kawan itu pula hanya menyewa bilik, dan baru menjadi penghuni selama 2 minggu. Malam itu dia bekerja menjadi pengawal keselamatan kerana menggantikan kawannya yang tidak sihat. Kononnya mahu merasakan juga pengalaman seorang pengawal keselamatan, gua keluar dari bilik sewa kawan gua di Pantai Dalam dan meninggalkan kunci rumah gua serta kunci rumahnya sekali. Bila di tempat kerjanya gua rasa sangat tidak selesa untuk tidur, gua mahu kembali semula ke bilik sewa, tetapi kunci dah tertinggal. Untuk kembali ke Subang, gua juga perlu mempunyai kunci. Gua memang membawa beg sandang kononnya sebagai persediaan untuk pulang ke kampung keesokan harinya. Jadi gua mengambil keputusan mudah untuk terus pulang ke kampung. Jam sudah pukul 12.30 malam. Dan apabila sampai di Hentian Nilai gua berhenti untuk minum. Di situ gua sudah terfikir, jika terus balik gua akan terpaksa lalu di Bukit Tangga. Seorang diri. Pukul 2 atau 3 pagi. Menaiki motosikal. Lantas gua merebahkan badan di atas sebuah meja makan. Terlalu banyak nyamuk dan gua beredar untuk tidur di surau pula. Nasib gua malang apabila surau telah penuh. Bukan gua seorang sahaja yang takut menaiki motosikal bersendirian di waktu malam. Gua pilih untuk tidur di wakaf. Lagi banyak nyamuk dan sekitar 4 pagi hujan pula turun dengan lebat. Mujurlah ada sepasang kekasih yang tidur berhampiran gua, dapatlah juga menjadi teman menanti waktu subuh. Sesudah suuh gua berambus meninggalkan segala memori pahit di situ. Entah berapa liter darah gua sudah disedut nyamuk gua pun tak tahu. Sekarang setiap kali berhenti di situ dan terpandang wakaf yang sama, gua akan kembali bernostalgia.
Pernah juga sekali gua tidur bersendirian di Mafraq. Tidur di rumah orang lain. Beit Freij. Semua ahli rumah pulang ke Malaysia. Siangnya gua baru menghantar 2 dari mereka ke airport. Jadi yang tinggal hanya seorang. Petang itu gua menghabiskan masa bermain skateboard di atas bumbung dengan seorang kawan. Malamnya gua lepak seorang diri bagi menantikan seorang penghuni rumah itu pulang. Malangnya dia menelefon gua dan memberitahu yang dia tersekat di Irbid sebab bas sudah habis. Gua ingatkan dia ada di Mafraq. Waktu itu pulak jam sudah hampir 10malam. Gua mengambil keputusan untuk tidur. Sekitar jam 2 pagi gua terjaga. Gua terdengar bunyi orang bermain skateboard di atas bumbung. Gua tidak bermimpi. Bunyi itu datang dan pergi kerana bumbung itu sangat luas seperti juga rumah tersebut. Gua meninjau ke ruang tamu dan melihat skateboard gua serta milik Acmal masih lagi di tempatnya. Dan waktu yang sama bunyi orang bermain skateboard masih lagi kedengaran. Ada ketikanya ia berpusing dan membuat turning di atas bilik tempat gua tidur itu. Sangat menakutkan. Gua pasti yang gua tidak bermimpi dan gua membuka tingkap untuk mendengar tetapi bunyi itu seperti mempermainkan gua. Ia lantas berhenti. Apabila gua kembali menutup tingkap ia akan berbunyi. Agak lama sekitar sejam bunyi itu mengganggu. Gua memasang kaset bacaan Al Quran. Ia tidak berhenti. Hendak keluar pergi ke rumah orang, lampu di tangga rosak. Tangganya pula banyak dan luas serta tertutup. Akhirnya entah jam berapa gua tertidur. Subuh itu gua terjaga dan kaset masih terpasang. Bukti bahawa gua tidak bermimpi.
Entahlah, gua masih percaya ia bukan mimpi. Dan ia akan terus kekal sebagai satu lagi nostalgia. Ia satu memori gua apabila bercerita mengenai tidur. Ia satu peringkat yang amat penting dalam kehidupan gua dulu kini dan selamanya.

Tidur yang sungguh indah dan tidak dapat digambarkan. Ini kerana kita tertidur dan hanya merasakan nikmatnya seketika sebelum tidur dan seketika selepas jaga. Jam sekarang sudah 2.50 pagi. Gua juga seperti rindukan tilam IKEA yang empuk itu. Indahnya tidur.
Monday, March 05, 2007
Menginjak Usia 30 Tahun
Sebenarnya gua dah menulis tentang ini sejak 6th Februari lagi tetapi entah kenapa, sifat orang Melayu yang masih lagi gua miliki ialah suka menangguhkan kerja dan akhirnya setelah hampir sebulan barulah ia dapat untuk disiapkan. Gua mahu bercerita tentang usia 30 tahun. 6th Februari 2007 gua menyambut ulangtahun yang ke-30. Bermakna gua sudah berusia 30 tahun sekarang. 30 tahun selepas gua dilahirkan. 30 tahun menghirup udara segar kurniaan Tuhan. Syukur.
30 tahun yang punyai pelbagai peristiwa. Gua sudah melalui 10950 hari dalam hidup ini, atau 262800 jam atau pun 15768000 minit yang penuh dengan warna yang pelbagai. Juga rasa yang pelbagai. Kalau mahu menyentuh statistic, gua akan menyiapkan satu artikel yang sangat Panjang di sini. Gua sudah berada di tempat yang pelbagai. Gua sudah bertemu dengan orang yang pelbagai. Gua sudah menaiki kereta yang pelbagai. Gua sudah bertemu dengan matawang yang pelbagai, berada di dalam cuaca yang pelbagai dan macam-macam “pelbagai” yang lain. Menarik sungguh kehidupan ini.
Gua sudah berada di 3 benua dalam usia 30 tahun. Gua sudah mempunyai karier. Gua pernah kena tipu dan pernah juga menipu. Tetapi sehingga usia 30 tahun gua masih belum pernah menghisap rokok. Gua tidak pernah melakukan jenayah dan gua memang bersih. Gua harap ia akan terus kekal sehingga ke akhir hayat. Gua telah berkahwin dan punyai 2 orang anak. Gua sudah bermain bolasepak, sukan yang paling gua minat, bersama dengan ratusan orang, dalam ratusan atau mungkin ribuan perlawanan dan menjaringkan ratusan gol sama ada rasmi atau tidak dan mengecap pelbagai kejayaan. Tetapi selepas 30 tahun, gua seperti tidak akan bermain bolasepak lagi. Itu sesuatu yang perlu difikirkan semula.
Kita sememangnya tidak akan tahu apa yang akan berlaku dalam hidup ini. Sebab itu pepatah Inggeris ada menyebut, hidup ini macam sebuah kotak yang dipenuhi coklat, anda tidak akan tahu coklat yang mana yang anda akan dapat. Satu ketika dahulu, sekitar tahun 1986, gua terjumpa buku Sejarah Melayu tulisan Tun Sri Lanang. Melalui buku itu gua mengenali nama Muar. Selepas itu Semasa di Tingkatan Satu, gua bertemu sekali lagi dengan nama Muar. Ia dikaitkan dengan Jalan Penarikan yang menghubungkan Sungai Serting di Negeri Sembilan. Gua pernah sampai ke Johor pada pilihanraya kecil Tambatan satu ketika dahulu bersama dengan datuk dan nenek gua. Tapi Muar adalah satu nama yang asing.
Pusingan hidup akhirnya membawa gua memasukkan tangan gua ke dalam kotak coklat dan apa yang gua dapat. Coklat yang bertulis Muar. Gua akhirnya bertemu dengan isteri gua yang berasal dari Muar, berkahwin dan salah seorang anak gua dilahirkan di Muar. Kini daerah itu bukan lagi satu nama asing bagi gua. Begitu juga dengan “King Hussein of Jordan”. Semasa kecil, gua sering bertemu dengan nama ini di akhbar. Gua juga sering mendengar nama ini disebut di televisyen. Ia sama masyhur seperti nama “King Faisal” atau “King Fahd” yang sering gua dengar bukan sahaja dari media, tetapi dari kalangan mereka yang baru pulang mengerjakan haji di Mekah. Entah kenapa satu hari gua memasukkan tangan ke dalam kotak coklat tadi dan gua memegang sebiji coklat yang bertulis “Jordan”. Nama ini muncul ketika gua sedang sesat. Gua sedang sesat di dalam cahaya neon Kuala Lumpur. Gua bertemu dengan nama ini ketika gua merasakan yang gua tidak lagi mempunyai sebarang halatuju dalam hidup ini. Gua pun tidak pernah bermimpi yang gua akan berkenalan dengan lebih rapat dengannya. Akhirnya gua terpaksa hidup di sana. Gua bertemu dengan isteri gua di sana. Dan kerana nama ini juga gua berada di tempat gua menulis sekarang ini.
Jordan sememangnya membawa satu makna yang sangat besar dalam hidup gua selama 30 tahun ini. Ia membuka minda gua bahawa dunia ini bukan sekadar Jelebu dan Kuala Lumpur sahaja. Ia lebih luas daripada itu. Ia mempunyai pelbagai warna yang lain. Ia mempunyai pelbagai rekabentuk dan bau. Sungguh indah. Tetapi warna kehidupan yang pelbagai itu bukan menjamin satu keindahan. Ada juga yang pahit dan bukan semua manis. Dalam usia 30 tahun ini, saat yang paling pahit dan menyedihkan bagi gua ialah ketika abah yang gua sayang meninggal dunia pada 3 April 2002. Gua tidak akan lupakan saat itu. Dan bertemu dengan isteri gua pula ialah saat yang paling manis yang akan kekal dalam ingatan. Kehidupan di Jordan pula adalah sebahagian dari warna meriah yang pernah gua saksikan. Jordan menjadi pintu yang membawa gua ke pelbagai tempat yang selama ini hanya gua dengar atau baca sahaja. Ia menjadi pintu untuk gua ke Mekah, Mesir, German, Turki, Czech Republic, Austria, Lebanon, UAE, Syria dan macam-macam lagi.
Entah lah, ada ketikanya idea untuk menulis akan turun macam hujan musim sejuk di Mafraq dan jika tidak kena masa ia seperti air hujan yang anda lihat dalam filem Sembilu, sekejap lebat sekejap reda. Ikut tekanan air dari pili bomba dan juga anggota bomba itu sendiri. Sekarang ni gua rasa macam tekanan air semakin rendah. Tajuk yang sebenarnya menarik, terlalu menarik untuk gua kupas ini akhirnya macam berada di awangan. Nanti gua sambung lagi. Ciao.

Tuesday, January 30, 2007
GUA dan PASPORT
Sejak meninggalkan Jordan pada 07th October 2001, gua tidak pernah lagi ke sana. Bukan sahaja ke sana bahkan meninggalkan Malaysia pun tidak. Cuma sekali menyeberang tambak. Buat passport baru kononnya bakal penuh dengan cop pelbagai negara lagi, sama seperti passport lama yang digunakan di Jordan. Tapi sayang, itu saja yang diterima. Satu cop keluar dan satu cop masuk semula. Hari yang sama. Kalau dulu gua pernah juga dapat cop keluar masuk pada hari yang sama. Menarik. Pengalaman kena terajang keluar dari Syria. Kononnya bakal menjadi kumpulan pertama yang akan ke sana melalui laluan keretapi bersejarah Hijaz yang saat itu sudah berusia 100 tahun, tetapi kempunan. Sampai saja di bandar Dar'a dalam Syria, kami dihalau untuk menaiki gerabak di sebelah yang kembali menuju ke Mafraq. Dapat dua cop keluar dan masuk pada hari yang sama dan bikin gempar sekali lagi sebagai kumpulan yang paling sekejap ke Syria dan kembali ke Jordan. Jadi bahan ketawa dan kutukan. Terima saja tapi gua tidak putus asa dan keluar saja dari stesen Mafraq, terus ambil “sarpis” menuju ke border tetapi sekali lagi kami ditendang pulang atas kesilapan seorang makhluk yang datang dari Mesir berjumpa dengan aweknya dan tidak boleh berbahasa Arab. Apa kejadahnya nasib kau ni Labu! Tetapi 2 minggu selepas itu gua dan isteri berjaya juga untuk ke Damascus. Tenang dapat mengembara tanpa beban. Tanpa tanggungjawab untuk melihat kalau ada yang tertinggal di Belakang. Tanggungjawab untuk menanti kalau ada yang sakit perut kelaparan. Bebas membuat keputusan dan pilihan. Bebas memilih masjid Syiah yang mana satu menjadi keutamaan lawatan. Bebas memilih di mana mahu makan. Di mana mahu tidur dan berapa yang perlu dibelanjakan. Itu satu kebebasan. Kata orang, mengembara ke tempat orang, di mana tiada siapa yang mengenali kamu, tiada siapa yang kamu kenali dan kamu bebas untuk membuat pilihan dan keputusan, itulah dia pengalaman sebenar yang paling indah.Jadi passport baru gua itu terus kekal kosong. Ia terus tersimpan rapi entah bila akan diselak. Banyak sungguh ruang kosong, Kalau di Jordan dulu, gua menyumpah dengan imigresen di Seremban yang cop pembaharuan passport gua di ruang visa. Bodoh punya manusia. Ruang khas untuk pembaharuan sudah ada tersedia tetapi tidak digunakan. Sejak itu, setiap kali memperbaharui visa gua akan cuba memastikan cop visa gua dimuatkan dengan sebaik mungkin dan menggunakan setiap inci ruang yang ada. Jika di airport atau sempadan gua sebolehnya mahu memastikan visa dan tarikh keluar masuk tidak sewenang-wenangnya dicop. Tetapi gua berurusan dengan Arab yang sentiasa buat tak paham dan tak mahu mendengar kata. Visa haji sahaja yang sepatutnya 2 mukasurat telah menjadi 3 dengan tidak meninggalkan ruang kosong. Sebenarnya jika kerja dibuat dengan berhati-hati sudah pasti ramai yang gembira. Contohnya, cop visa menetap di Jordan, termasuk setem, ia boleh dicop dengan rapi dan meninggalkan satu ruang lain untuk visa tahun berikutnya pula. Tetapi semua itu hanya impian sahaja. Bukan semua orang mahu mendengar kata. Dan gua juga pernah melihat passport seorang pemandu “sarpis” Mafraq-Damascus yang pasportnya memang sudah tidak ada ruang untuk dicop lagi tetapi peraturan tetap peraturan dan walau bertindih ia masih boleh lagi di baca. Itu mungkin satu pengecualian sebab diorang berulang alik setiap hari, tapi bagi gua pun situasi yang sama juga sebab untuk renew passport memang mahal dan waktu tu gua pakai passport yang jenis lama dan tiba2 aje plak passport dah ada yang baru punya yang ada chip la ntah apa benda lah lagi. So gua dapat renew 2 kali aje dan terus balik Malaysia. Cuma passport memang utilize betul sebab gua dapat gunakan setiap inci ruang yang ada. Ia masih ada ruang lagi sepatutnya jika waktu gua nak ke Singapore tapi tempoh yang sudah tamat dan kena dapatkan passport baru. Namun passport tersebut masih terus gua simpan dengan baik. Bertemu semula dengan passport itu yang menyebabkan gua tergerak untuk menulis tentangnya. Ia ada banyak kenangan. Ada visa Jordan selama mana gua menghirup udaranya dari 1995 hingga 2001. Ia ada visa yang membuktikan gua sudah menunaikan rukun Islam yang kelima. Ia juga menunjukkan gua sudah sampai ke 2 benua yang berbeza sepanjang gua belajar di Jordan, iaitu Eropah dan Afrika.

Sebenarnya impian gua sangat besar waktu itu. Gua mahu passport gua itu menjadi satu dokumentasi kehidupan yang sangat berharga. Yang tidak boleh gua nilai dengan setiap sen yang habis setiap kali ia dicop keluar dan masuk. Sampai satu ketika impian gua itu telah berkubur dan secara tiba2 pula sekarang ia muncul kembali dan gua akan pastikan ia berjaya dicapai. Tidak tahun ini, tahun depan dan jika tidak tahun depan tahun yang selepasnya, begitulah sehingga gua berjaya memiliki satu lagi passport yang hampir serupa dengan apa yang telah gua miliki dahulu. Gua mahu kembali ke Jordan, bergambar kembali bersama isteri dan anak-anak gua di pyramid, bersantai di atas Charlie’s Bridge di Prague, menunjukkan kembali kepada mereka bangku tempat gua bermalam di Zoo Berlin dan yang pentingnya gua ada impian yang belum tercapai di Lebanon, gua mahu bermain snowboard di sana. Ah! Indahnya waktu-waktu itu nanti.
Monday, January 22, 2007
Jersi baru badan penuh kurap
Orang dah bagi jalan yang paling mudah untuk menulis pun kita masih malas lagi. Nanti kepala hotak yang penuh dengan pelbagai idea itu akan beku dan kemudian meletup sebab idea sudah terlampau penuh atau pun idea yang dah lama akan basi dan berulat busuk serta merosakkan bahagian otak yang lain pulak. Kalau setakat sebulan sekali saja posting GUA rasa itu memang tidak memadai. Kalau dilihat dari sudut yang berbeza, itu boleh dikatakan sebagai kufur nikmat. Orang dah bagi kemudahan kita x mahu gunakan. Tetapi bagaimana kalau sudah diberi kemudahan tapi merosakkan dan menghinakan kemudahan itu? Yang itu gua akan tulis nanti tetapi sekarang GUA ingin memberikan sedikit pandangan mengenai pasukan bolasepak Malaysia. GUA ingin mengucapkan tahniah terlebih dahulu kerana selepas sekian lama akhirnya pasukan kebangsaan kita sudah bertukar "wajah". Tetapi agak menyedihkan kerana "wajah" yang bertukar hanya luaran sahaja dan bukan "isi dalaman" mereka. Menyentuh mengenai jersi baru bagi pasukan kebangsaan, bagi GUA ia tidaklah begitu menarik.Ia cuma jersi dengan rekaan biasa sahaja. Hanya jenama sahaja yang menjadikannya menarik. Cuba tukarkan kepada satu jenama lain, rekalah secantik mana sekalipun pasti ia tidak akan menjadi tumpuan. Tetapi itu bukan salah mereka, kerana kita mempunyai "peluru jenama" yang memang sudah sedia tertanam di dalam kepala kita.
GUA ingin menyatakan di sini bahawa jersi bukanlah segalanya dalam permainan bolasepak. Pakailah jersi apa sekalipun atau semahal mana sekalipun, 2 minit yang pertama sahaja mata tertumpu pada jersi, selepas itu kita mahu menyaksikan permainan. Apa guna memakai jersi cantik dan mahal tetapi beraksi seperti sampah? GUA tidak menyamakan pasukan kebangsaan dengan sampah tetapi semangat permainan yang tidak berubah sejak sekian lama menjadikannya seperti sampah. Bersetuju atau tidak kita memang terpaksa mengakui bahawa bolasepak di Malaysia semakin hari semakin menyakitkan. Bawalah datang jurulatih sehebat mana sekalipun, jika pengurusan tidak betul, ia tetap akan kekal begitu. Pakailah jersi semahal mana sekalipun, jika politik bolasepaknya masih begitu, maka kekallah mereka menjadi bahan sindiran. Jangan menafikan bahawa bolasepak di Malaysia memerlukan satu perubahan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Jangan menafikan dasar meletakkan individu yang bukan ahli dan hanya mempunyai kepentingan tertentu dalam persatuan menjadi punca utama kejatuhan mutu bolasepak negara. Kita mempunyai ratusan malah mungkin ribuan bekas pemain dan jurulatih yang mampu menjana pembangunan bolasepak negara. Kenapa mereka dipinggirkan? Apakah sesuatu pertubuhan itu perlu diterajui oleh individu yang berpangkat sahaja dan mereka yang ada kemahiran serta pengalaman menerima arahan. Jika prestasi hancur, yang disalahkan ialah individu bawahan sedangkan mereka hanya melaksana arahan dan tidak diberi ruang yang luas membuat keputusan. Cuba lihat di Eropah, mengapakah individu yang merupakan bekas pemain bolasepak diberikan jawatan yang penting di peringkat tinggi seperti Micheal Platini, Franz Beckenbaeur, Predrag Mijatovic, Pele, Jorge Valdano dan ramai yang lain? Ini kerana hanya jauhari yang mengenal manikam.
Maafkan GUA, apakah yang boleh dilakukan oleh seorang Menteri Besar kepada sebuah persatuan tinju? Berapa kali dalam setahun individu-individu paling berkuasa dalam FAM menendang bola? Jangan anggap semua itu sebagai remeh tetapi benda remeh itulah yang menjadi benih yang bakal mencambahkan satu semangat kesukanan yang tinggi yang kemudian diterapkan kepada pemain seterusnya diterjemahkan di dalam padang permainan. Kesemua mereka memahami kehendak dan asam garam sesuatu permainan khususnya bolasepak. Apakah dia keperluan dan apakah yang tidak perlu. Lihatlah apa yang terjadi bila individu yang mempunyai seribu kepentingan memegang jawatan dalam organisasi sukan. Mereka ada kawasan Parlimen yang perlu dijaga, mereka ada mesyuarat peringkat bahagian yang perlu dihadiri, mereka ada syarikat besar yang memerlukan perhatian, bahkan mereka juga perlu melawat stadium-stadium di seluruh dunia menyaksikan pelbagai perlawanan bolasepak atas alasan mahu menimba pengalaman. Bukankah kesemua ini pembaziran dan menjadikan kita "beku"?
Fikirkanlah semula mengenai FAM dan perubahan yang sepatutnya perlu dilakukan dengan segera. Sudah sampai masanya kita menyerahkan sukan ini dari "hujung rambut ke hujung jari" kepada ahlinya sahaja. Orang yang benar-benar pakar, berpengalaman dan berminat dengan sukan, khususnya bolasepak, yang menjadi sukan nombor satu dunia. Jika keadaan sekarang berterusan, maka berlanjutanlah kita akan mendengar alasan seperti "pemain perlu dihantar berlatih ke luar negara", "Si Polan gagal menyesuaikan diri akibat cuaca sejuk dan makanan", "Kita tewas kerana pemain keletihan" atau pun "prestasi merosot kerana jersi tiruan". Fikirkanlah dan renungkan semula.

Monday, December 11, 2006
Mampusnya Pinochet pada 10 Dec. 2006
Gua pertama sekali menonton filem ini semasa di Jordan. Saluran Israel 1. Kali pertama menonton ia sudah suku jalan jadi rasa macam terlalu banyak kekurangan. Imej yang paling mencuri perhatian ialah gambar kecil Che Guevara ditampal pada peti sejuk di rumah Charlie. Gua pasti filem ini mesti ada sesuatu. Imej dengan warna merah menonjol itu tidak akan muncul dengan sewenang-wenangnya melainkan membawa mesej yang terlalu indah seperti mana ia muncul di dalam "In The Name of The Father" .Selepas itu filem tersebut melalui proses ulang tayang. Walaupun bukan siaran berbayar seperti Astro di Malaysia, ada ketikanya Israel 1 juga ketandusan bahan. Maka gua berpeluang menonton filem ini berulang kali. Mungkin 4 kali kalau gua tidak silap. Ia adalah peluang yang sukar dilepaskan sama seperti Cinema Paradiso yang gua tonton setiap tahun bermula pada penghujung 1995 ketika mula menjejak kaki di Jordan, juga melalui Israel 1. Menariknya saluran ini memang kerap menayangkan filem-filem yang menarik dan boleh dikatakan sebagai berkualiti. Ia bukan seperti Israel 2 yang kerap menayangkan filem-filem box-office yang bukan kesemuanya berkualiti. Melalui Israel 1 juga gua berkenalan dengan King of the Road, Cinema Paradiso, In The Name of The Father, dan lain-lain.Sebenarnya di sini gua bukan nak cerita pasal Israel 1 dan filem-filem tersebut tetapi mengenai Charles Horman dalam filem Missing yang boleh kita tengok posternya di sini. Gua pun nak celebrate kematian Augusto Pinochet (10 Dec 2006) yang menjadi diktator di Chile sejak 1973-1990. Charles Horman adalah seorang jurnalis di dalam filem ini yang berasa dari negara Yankee. Dia hilang enam hari selepas kejatuhan Selvador Allende yang menyaksikan Pinochet berkuasa. Turut sama hilang ialah kawannya bernama Frank. Filem ini mengisahkan flashback isteri Charlie yang mencari suaminya. Mereka dilarikan junta tentera dan dibawa ke stadium. Bapa Charlie juga turut datang dari US untuk mencari anaknya. Nasib Charlie & Frank memang tidak diketahui. Scene yang agak memberikan kesan pada gua ialah ketika mereka berdua didaftarkan dan Frank melihat seorang lelaki yang sudah dibogelkan dibawa menuju satu lorong gelap di dalam stadium tersebut dan selepas kelibat mereka hilang...bang! bang!Charlie & Frank ditemui mayatnya sebulan selepas itu.Usaha ayah dan isteri Charlie akhirnya berhasil untuk membawa pulang jasadnya ke US.Dia perlu dibunuh kerana telah menulis mengenai peranan Amerika yang membantu Pinochet untuk menjatuhkan Allende.Kedutaan US juga tahu Charlie dibunuh tetapi merahsiakannya, demi hubungan dengan seorang diktator seperti Pinochet. Semalam Pinochet mati pada usia 91 tahun. Bulan lepas dia menyambut ulangtahun ke-91. Gua juga terserempak dengan imej tersebut tetapi tidak ingat di mana, mungkin di BBC atau Al Jazeera. Lelaki tua kutuk ini memang tidak patut mati semalam. Dia sepatutnya mati pada 1990. Patutnya selepas dia tidak lagi berkuasa, seorang anak muda yang berani mesti pergi membunuhnya. Jenayah yang dilakukannya perlu mendapat pembalasan rakyat. Tuhan akan membalas tetapi kita terpaksa menanti lama. Benar, apa yang dialami sebelum kematiannya semalam juga adalah sebahagian pembalasan Tuhan tetapi bukankah lebih seronok jika dia mati di tangan rakyat yang kehilangan ahli keluargnya semasa rampasan kuasa 1973 itu?Filem Missing ini bagi gua agak menyakitkan. Geram dan marah. Sama seperti bila kita menonton Braveheart,Imiganing Argentina atau yang seumpama dengannya.Rasa bimbang juga wujud, terutama bila isteri Charlie terpaksa berlindung & tidur di sebalik pokok bunga kerana perintah berkurung.Apabila gua terserempak dengan nama Pinochet, gua akan teringat dengan filem ini. Melaluinya gua tahu betapa kejam si tua kutuk ini yang pada hujung usianya cuba menagih simpati agar dia tidak dibicarakan atas jenayah yang dilakukannya.Namun yang paling menarik sekali, gua mahu menonton filem ini kerana imej Che yang ditampal pada peti sejuk,hanya kecil kurang dari saiz poskad namun ia jelas dan menonjol. Selepas itu, gua pun print out imej merah Che bersaiz A4, dan gua tampal di pintu peti sejuk gua. Serta merta gua pelik, kenapa di Jordan dahulu peti sejuk gua ada imej Che tetapi tidak di Malaysia? Satu perubahan mesti dibuat petang ini....Monday, December 04, 2006
serius atau berlakon?

Gua bukan mahu buat lawak dan gua bukan mahu kritik sesiapa. tetapi gambar yang gua guna kali ini memang agak menarik. itu gua punya pandangan peribadi. gua minat sungguh dengan gambar sebegini.cuba anda bayangkan sekiranya pada zaman Hang Tuah dulu, teknologi gambar telah pun wujud. maksudnya ada kamera, filem dan sebagainya sama seperti pada hari ini. bayangkan juga jika gambar lelaki ini dilihat oleh Sultan Muzaffar Syah, apakah reaksi baginda?
tetapi apa peranan gambar ini yang sebenarnya? waktu gua menulis tentang gambar ini, berita di tv sedang menyiarkan masalah mengenai air kumbahan kediaman yang tidak dirawat. teknologi yang digunakan adalah lapuk. 15 sungai di seluruh negara berada dalam kategori teruk tercemar. 9 pula adalah sungai mati. isu alam sekitar telah menjadi kemarahan rakyat. bullshit man.! lu pegi panggil mamat yang pegang keris nie dan tanya pada dia apa yang dia boleh buat dengan keris tersebut? gua tahu dia pun ada keris dan gua tahu dia boleh buat apa dengan keris dia tu? itu pun kalau keris dia masih tajam lagi. tapi keris yang dia pegang dalam gambar tu? adakah dengan menjerit terlolong memegang keris lu dapat selesaikan masalah rakyat? adakah dengan keris itu juga seluruh rakyat malaysia akan dapat peluang memandu Hummer?
apakah lu fikir dengan menghunus keris lu dapat membantu orang miskin? semua orang akan dapat pergi sekolah? jangan cakap sahaja lebih brother! buat dulu jangan cakap aje. tahun 2006 lu mau cakap pasal kepentingan Melayu sedangkan orang Melayu ramai yang hidup merempat. lu ingat gua tipu? abis yang tidak berumah di Kampung Berembang itu siapa? yang selalu keluar tv anak tak makan tu sapa? yang meminta derma untuk pembedahan anaknya itu siapa? gunakanlah keris lu itu untuk membantu semua orang. Retorik kan? tapi sahaja aku suka melihat gambar ini dan mahu memperbodohkan orang yang memegang keris ini. sudah dua kali rasanya gambar dia memegang keris dalam perhimpunan UMNO tetapi semuanya cakap kosong dan tidak berisi? ia akan kembali seperti biasa. aku rasa apa yang mereka lakukan sekarang ini, dengan tidak punyai ijazah pun aku boleh buat. aku berdoa supaya satu hari nanti di Hari Pembalasan, aku akan berada di sebelah dia dan orang yang seumpama dengannya ketika mereka semua ditanya Allah, apa yang kamu sudah lakukan selaku pemimpin kepada rakyat di bawah naungan kamu? kalau boleh aku ingin sangat menunjukkan kembali gambar dia memegang keris ketika itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)