Monday, April 23, 2007

Dia Kembali


Pada mereka yang berasakan eranya sudah berakhir pada July lepas, mereka yang mengharapkan satu perubahan akan berlaku selepas ini, mereka yang sentiasa mendoakan agar dia terus terlantar dan mati, mereka yang mengharapkan peluang muncul selepas ini untuk menghenyak dan menghentam dan menguasai tanahair yang dibebaskan dengan susuk empat keratnya itu, mereka yang mengharap untuk kembali dan menjadi penguasa baru, mereka yang mengharap dan bersedia untuk mengubah ideologi yang sudah sebati terasas selama ini dalam minda rakyatnya dapat diubah serta mereka yang berharap dapat diingati kerana menjadi pimpinan Yankee pertama melawat negaranya, anda semua perlu dan berhak untuk kecewa.

Dr Fidel Castro Ruz is back. Dia sudah kembali. Susuk yang menerajui revolusi penuh romantis bersama 80 yang lain termasuk Ernesto Guevara Lynch de la Serna itu, lantas membebaskan negaranya dan menerajuinya hingga ke hari ini sudah sihat, boleh berdiri dan berjabat tangan dengan pelawatnya. Selamat kembali dan menerajui Marxisme-Leninisme dalam dunia yang ekonominya dikuasai kapitalisme.

Hati Yang Kejam


Pasangan suami isteri, kakitangan Pos Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Punyai 3 anak dengan 2 daripada mereka kembar dan berdepan masalah kesihatan, cacat anggota tangan dan kaki akibat penyakit kejang otot dan seorang lagi kerana penyakit kepala berair. Pasangan ini merayu bantuan untuk membeli kerusi roda khas bagi kembar cacat mereka ini. Harga kerusi roda ini ialah RM3600. Gua tidak silap dengan number. hanya ada dua sahaja kosong di situ, bukan enam yang akan menyamai harga pembinaan jalanraya baru di Ijok.

Tetapi yang paling menyedihkan sekali ialah apabila bantuan tersebut di tolak, mentah-mentah, bulat-bulat dan kering-kering. minta pada JKM x dapat dan minta pada Pusat Zakat Pulau Pinang pun x dapat. Bantuan diminta Februari tahun lepas. sudah setahun berlalu dan hampeh. bapa bergaji RM900 dan ibu pula RM898. Itu alasan terbaik untuk menolak permohonan bantuan. Gaji lu lebih dari cukup lah brader, kalau campur dengan gaji bini lu dekat 2k sebulan tu, pesal nak mintak bantuan kerusi roda lagi, setakat x sampai 4k lu kumpul sendiri lah.

Mengapa ya dalam negara yang baru beberapa hari lepas kononnya Indeks Komposit bursa sahamnya mencapai paras tertinggi dalam sejarah, masih lagi bertemu dengan kes sebegini? Gua mahu memberikan satu cadangan. Tetapi terlebih dahulu, kita check dengan Pusat Zakat Pulau Pinang itu, ada x dalam tempoh February 2006 hingga semalam, diorang menaja sesiapa, menyumbang derma atau bersedekah untuk sebarang majlis, aktiviti atau apa sahaja? Jika ada kita tengok relevan bantuan tersebut. Kalau memang tidak munasabah, kita bakar aje bangunan Pusat Zakat tu, pegawai yang menolak permohonan serta duit-duit mereka sekali. Kejam? Gua tidak rasa kejam sangat sebab apabila mereka menolak permohonan bantuan tadi lagi kejam.

Atau apa kata kita bunuh sahaja 2 orang ahli Putera Umno yang nak terjun di Kutub Utara. Mereka Mat rempit kan? Masyarakat Malaysia yang kononnya penyayang nie kata Mat Rempit menyusahkan dan tak perlu hidup, so kita bunuh aje 2 orang, kalau boleh dengan ketuanya sekali. So, diorang tak boleh ke sana. bermakna kita dah jimatkan belanja, tambang n makan minum serta bayaran kepada jurulatih projek mereka warga Russia yang sudah tentu gajinya boleh membeli lebih dari sebiji kerusi roda khas yang diperlukan pasangan di atas.? adakah gua bersikap kejam? tidaklah, mat rempit tadi dan ketua mereka sudah lama hidup dan tidak memberikan sebarang faedah kepada negara ini. mereka tidak boleh membawa sebarang kegemilangan kepada negara. adik kembar tadi baru berusia enam tahun. berikan mereka sedikit peluang lagi untuk menikmati kehidupan ini. berikan mereka peluang untuk merayakannya kerana penyakit mereka tidak memungkinkan mereka hidup lama seperti sesetengah ahli politik di BolehLand.

Kalau kita boleh memadamkan rekod kemasukan secara sah seorang warga asing ke negara ini dan kemudiannya dia di bunuh serta jasadnya diletupkan, adakah terlalu sukar untuk kita melaksanakan misi cadangan gua tadi? Malaysia Boleh!

Thursday, April 19, 2007

Ijok?

gua baru saja sudah menonton Buletin 1.30. dialog yang paling gua suka hari ini ialah yang datang dari mulut si "Pondan".
he was liked "kita tahu beginilah yang selalu terjadi bila kita bertemu dengan Keadilan".
aduhai kesian betul gua dengan Pondan seorang nie. dia bercakap panjang lebar macam nak menangis. sabarlah! bertepuk sebelah tangan manakan berbunyi. lainlah kalau lu tepuk ke peha sendiri atau lu lempang ke pipi orang.
gua nampak macam menarik. tadi gua call Jonah pun dia kata kenapa x turun. this is one to one fight, bro. esok sehingga Isnin gua cuti. Ijok? gua tidak pernah pergi dan hati gua macam meronta untuk ke sana.

azam baru

Malam tadi gua buat pertama kali menggunakan Yahoo Messenger! Ah! memang gua buta betul dengan pelbagai kecanggihan internet nie. pernah juga satu masa dulu gua download YM tapi gunakan untuk satu hari aje sebab gua tengok ia macam melambatkan komputer. so gua delete semula. tapi last week member gua si Kidin e mail dan invite gua untuk join YM dengan dia. so gua download semula YM tapi bukan ke PC sebaliknya ke laptop. dan gua tengok ia berjalan lancar. malam tadi ia digunakan untuk pertama kali sebab Kidin pun online. Thanks bro, sebab ajar gua benda baru. hahaha mamposlah gua kena kutuk plak lepas nie.

Tapi itu semua sekadar picisan aje kerana yang paling membuatkan gua sangat terkejut ialah apabila Kidin menghantar gambar melalui YM. gambar ini diambil pada malam gua nak berangkat meninggalkan Jordan pada 7hb Oct 2001 the same day Afghanistan was attacked by the Yankees army. title pada gambar ini ialah QueenAliaCommunist. Kidin hanya mahu mengingatkan yang dia bergambar dengan gua di Queen Alia Airport malam itu. Usah ditanya kenapa dengan gelaran communist itu. Gua rasa macam nak menangis dan gua rasa macam nak ketawa bila melihat kembali gambar ini. gua pun dah tak ingat siapakah jurukameranya. gua ketawa melihat kembali susuk gua 6 tahun yang lepas. gua rasa nak menangis pulak bila mengenangkan susuk itu telah dirampas dan tidak dikembalikan semula. Ya Tuhan! kembalikan semula susuk tubuh gua itu. Kidin juga mesti merindukan kecengkungan wajahnya ha ha ha.


Si jurukamera memang pandai bermain dengan ruang. dia memberikan ruang yang begitu luas di sebelah kiri objek iaitu gua dan Kidin. ruang itu digunakan untuk tahun-tahun yang mendatang supaya boleh di isi dengan susuk yang semakin bertambah besar. sehinggalah kami sebagai objek berada tepat di titik fokus. Bijaknya.

Gua impikan susuk itu kembali dan gua menulis ini dengan azam baru. Azam untuk kembali mendapatkan susuk gua pada malam 7th Oct 2001 itu.

Tuesday, April 17, 2007

revolutionist yang gering

gua dapat nie dari blog Black yang langsung x mencintai BolehLand, baru 5 hari balik dari Korea dia sudah meninggalkan BolehLand yang ditinggalkan setahun yang lepas untuk ke Bangkok dan seterusnya ke Manila. Mission unknowed tapi gua tahu Black sangat berbahagia dengan apa yang dilakukannya dalam hidup ini. Go on brother!
Shamsiah Fakeh sedang terlantar sakit sekarang ini di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, kt depan kolam renang DBKL kat Bandar Tun Razak yang berjiran dengan rumah lama gua di Bandar Sri Permaisuri dan dekat sangat dengan stadium bolasepak Kuala Lumpur ( do i have to say more?). tempatnya di wad 4 katil no 20.
Shamsiah Fakeh yang tidak boleh tidak kita perlu masukkan namanya sebagai satu daripada faktor kemerdekaan negara ini sedang terlantar sakit wahai rakyat Malaysia. Benar sejarah negara ini ditulis oleh mereka yang menang dan Shamsiah Fakeh dianggap sebagai "kudis" oleh masyarakat. Gua rasa tanpa orang seperti beliau, kita tidak akan mencapai kemerdekaan dengan mudah dan perlu ingat laungan merdeka itu bukan dilaungkan kali pertama oleh si "pemenang".
Gua rasa nak bawa atuk gua pergi melawat sebab atuk dulu bersekolah di sekolah pondok yang sama dengan Shamsiah, seuisia dan sekelas. Jangan x percaya, orang yang kamu label sebagai komunis itu sebenarnya mungkin punyai pengetahuan dan asas agama yang lagi kuat. Semoga Allah memanjangkan umur si pejuang.

Monday, April 16, 2007

Monday Blues

ntah apasal lah gua memang alah giler dengan habuk. x paham jugak nak kata ada resdung belum pernah diagnos lagi lah. sabtu berkemas rumah buang semula file-file yang dah x guna n memacam kertas yang hanya laku kat pembeli "suratkhabar laamaa". dah siap pakai mask pun masih tersedut jugak. so sejak sabtu sampai Monday Blues nie hingus asyik meleleh aje. e mail opis plak ntah apa silapnya gua pegi delete file-file x berguna ntah apa yang menyibuk dalam PC gua nie dengan logo PAS lah dengan minit mesyuarat Dewan Ulama lah plak kalu ITS check nie jumpa memang gua kena suspek ahli PAS nie. gua delete ntah apa terus semua e mail kena delete. abis lah plak RTM n 8TV punya e mail pun gua delete. hapa malang lah nasib ini hari. kt luar hujan pulak lebat sampai dalam nie pun boleh dengar. nak balik cepat pun x boleh sebab gua merempit. semalam hari yang sangat meletihkan. dik mas punya majlis pertunangan. satu pengajaran juga untuk gua sebab pada awalnya kena suruh "menerima". malas nak berlakon jadi orang tua sebab gua tahu gua masih muda belia lagi. naik meluat pulak gua dengan orang tua seorang nie. tak bersopan langsung. gua rasa itulah majlis pertunangan paling tak beradab yang pernah gua lihat. kalau mamat nie umur sebaya dengan gua memang dah lama gua bagi penyepak aje. ada ke menyambut orang lain datang rumah awak buat perangai kurang hajar? itu lah masalahnya kalau jauh sangat dari Allah nie. kalau lah gua yang datang meminang orang buat kurang hajar macam tu, memang gua blah, lantak lah x tunang pun xpe, nanti terus kawin aje. kalau usia muda lagi xpe x paham beradat bersopan santun ini dah tua bangka dah bercucu pun anak yg last nak kawin plak nie. aduhai sakit betul hati gua.

Wednesday, April 11, 2007

Man Utd 7 AS Roma 1

the result is not a typo. no it isnt. yes it is true. what? yes god damn it, it is true. manchester united united smashed AS Roma seven goals to one. perhaps i should remind ya again. yes it is AS Roma. it wasn't Paya Lebar Punggol FC nor Al Ramtha, it was AS Roma. and where was it? it was in one of the memorable european nite football. UEFA Champions League. It wasn't Liga Super or Piala Tan Sri Isa Samad, it was in Champions League knockout stage, quarter final, where 8 teams stage, winners go to the semi-final. should i write it clear? it was Man Utd 7 and AS Roma 1.
thanks for a braces from my man Ronny, Carrick also got two beautiful long range goals and each from Wazza, Smudge n Evra. what else to say dude? i'm thinking of flying out of my apartment when goal by goals scored by teh Manchurian Army. God bless al the lads. wish the Treble happen. ciao.